Saya Dah Tak Tahu Nak Buat Apa Dekat Dunia

Saya female, 26 tahun, anak 2nd dari 4 beradik. Saya luah dekat sini sebab taktahu lagi nak luah dekat siapa, sebab kalau kawan-kawan nanti dikira aib family, kalau boyfriend, dia pun tak kisah hahaha.

Saya ada je luah pada kawan rapat saya, sahabat rapat dan jawapan positive dia saya ni anak harapan, maybe dia tak faham sebab dia anak tunggal.

Saya dari kecik banyak makan hati dengan family. Tapi sekarang saya dah tak kisah, more macam saya cuba positivekan diri sendiri dan telan je semua pahit.

Nak dipendekkan cerita, saya ni family sederhana. Niat saya belajar tinggi-tinggi memang nak tolong mak dan ayah. Saya ada kakak sulung. Saya tahu dan saya tak boleh pertikaikan apa yang dia dah lalui, sebab saya bukan dekat tempat dia. Tapi dia ni dah kahwin, dah ada suami, ada 2 orang anak.

Saya baru habis belajar tahun lepas dan baru bekerja jadi faham lah struggle dekat situ merantau negeri orang. Mak saya suruh saya stay dekat dengan kakak saya supaya senang pantau. Tapi saya rasa disusahkan?

Suami kakak saya tak bekerja, banyak hutang family, jadi memang setiap bulan saya bagi duit pada kakak saya. Paling banyak 1k sebulan, bayangkan dengan gaji hanya basic fresh grad. Mula-mula saya bagi muka tapi lama-lama makin berlemak pulak, dan saya tak mampu.

Bila saya complaint mak saya back up kakak saya, dengan alasan “tolong lah kakak bukan sesiapa, kakak kamu jugak. Nanti bila dia senang dia tolong kamu pulak”

Jujur saya cakap secara kasar seumur hidup saya, kakak saya tak pernah senangkan saya atau tolong saya bila susah. Tapi bila dia susah dia datang pada saya, bila saya perlukan pertolongan saya di ignore je. Sampai satu tahap saya dah taknak dengar cakap mak saya dan abaikan semua.

Jujur saya diabaikan dan diketepikan. Saya merantau, sorang-sorang, masih struggle. Saya muda lagi tapi berhutang demi kesenangan keluarga juga, tapi yang ni saya ikhlas saya tak kisah, janji mak ayah, adik-adik senang. Tapi tak pernah dihargai.

Mak saya selalu call saya untuk tanya keadaan kakak sahaja, “kakak macam mana? anak-anak dia macam mana? bila kakak balik? kenapa tak dapat call kakak?” semua kakak.

Tak pernah sekali pun tanya saya okay ke dekat sini. Tak pernah dari zaman belajar sampailah bekerja, memang tak pernah tanya saya. Jujur saya tak okay. Tapi saya diam. Saya diam sebab saya dah besar dah penat nak meluahkan.

Dari kecik saya cuba meluahkan tapi mungkin saya dianggap anak kecik yang suka merenget. Bila saya nangis, cakap tak okay nak mengadu, saya dikatakan lembik, menyusahkan. So buat apa?

Bila balik saya rindu masakan parents tapi tak pernah ditanya, kadang balik tak masak langsung, So balik saya masak maggie je sebab lapar sangat yela perjalanan jauh. Dekat rumah bujang makan maggie, dekat kampung pun makan maggie, hahaha.

Tapi bila kakak dan adik-adik yang lain balik semangat tanya nak makan apa, setiap kali raya tanya kakak dan adik-adik nak makan apa, menu raya apa.

Saya pernah je bagitahu nak makan apa walaupun tak ditanya tapi macam biasalah mana nak masak bende yang saya nak. Sampai saya dah besar ni saya pun taktahu makanan kegemaran saya apa hahaha.

Kadang kalau saya balik sorang pun tanya pasal kakak saya, cerita pasal adik-adik saya. Saya? Sampai saya makan hati sangat, kadang saya balik just nak check keadaan parents saya tapi sepatah pun saya tak berkomunikasi sebab saya makan hati.

Bukan tak pernah cuba untuk diorang faham saya, banyak kali sampai saya rasa numb. Saya cuba manja-manja dengan mak tapi ditolak secara kasar, tak diendah.

Ayah? biasalah anak perempuan bila dah besar tak rapat mana dengan ayah, saya jadi renggang dengan ayah bila adik lelaki saya lahir, sebab semua focus pada dia.

Saya struggle dekat tempat kerja, dengan hutang, dengan kakak yang selalu meminta duit dan meminta saya jaga anak dia, hantar ambil dia kerja, macam takde laki, masalah dengan partner lagi, majlis kahwin lagi, sampai saya kena panic attack dekat tempat kerja.

Pasal planning majlis kahwin saya pun tak diendahkan, cuma ayah cakap kalau susahkan family tak payah kahwin. Jadi saya terasa dan tak pernah dah nak share apa-apa pasal majlis kahwin saya.

Saya di diagnose MDD, and insomnia sebab dah 2 weeks more tak boleh tidur sebab penat sangat dan saya tak semangat nak hidup atau buat apa-apa dah. Ni dah nak masuk 3 bulan masalah insomnia saya, masih bergantung pada ubat tidur.

Saya rasa dah takde sesiapa, saya tak rasa nak buat apa-apa dah dekat dunia ni. Saya nak rehat je. Surat dr perlu di informkan kepada family tapi saya minta untuk tidak diberitahu.

Yang saya cerita ni hanya 10% dari masalah hidup saya yang saya lalui sorang2. Yang lain, saya pun taktahu nak cerita macam mana, saya tak tahu nak luah macam mana, taktahu.

Tapi kakak saya jumpa surat dr dan bagitahu pada parents tapi saya dipersoalkan, “kamu fikir masalah apa kamu muda lagi, tak perlulah over sangat” macam tu haha. Jadi? saya juga salah.

Ye kita ada Tuhan. Hari-hari saya doakan parents saya supaya ditempatkan dikalangan orang-orang alim. Itu je. Bila nak doakan untuk diri sendiri saya jadi blank, saya tak tahu apa saya nak dekat dunia ni, saya just nak rehat je.

Saya sampai satu tahap saya dah taknak apa-apa, dan taknak buat apa-apa. Saya nak kasih sayang tapi saya bukan siapa-siapa untuk orang sayang.

Saya sayang diri saya tapi kadang benci sebab kan diri saya macam ni lah orang menyampah dan taknak sayang saya. Kan? Betul, sebab saya. Jadi macam mana nak sayang diri sendiri.

Anak harapan keluarga? mungkin tidak. Saya nak lari jauh-jauh, tapi tak sampai hati nak biarkan parents saya. Saya dah tak boleh nak positivekan diri dah, dalam kepala saya semua negative. Semua..

– Harapan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Luahkan semua pada emak dan ayah apa yg kamu rasa. Jangan pendam. Luahkan yg kamu rasa diabaikan, tidak dapat layanan sprt adik yg lain, kenapa awak mesti jaga kakak sedangkn dia dh bersuami dn tu pilihan dia, mengapa awak perlu beri duit pd kakak sedangkn awak jg ada kehidupan sendiri. Jgn jdkn beban pd awak tntg kakak dn adik2. Bukan tgjwb awak sbb masih ada mak bapak. Cuba jarakkn hubungan awak dgn family utk ketenangan. Keraskn hati untuk fikirkn diri sendiri dulu, pekakkn telinga selepas awak luahkn segalanya. Jaga jarak sehingga satu masa keluarga akan rasa kehilangan awak. Pasal kawin tu jika ayah susah beri kerjasama mohon guna wali hakim. Pastikan pasangan awak memang lelaki yg brtgjwb. Jgn rahsiakn masalah awak pdnya. Mengadulh pd Allah kerana Dia maha mendengar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *