Salam semua.. Aku menulis ni masa suami aku kat masjid, untuk majlis Maal Hijrah. Aku rasa ni Maal Hijrah paling menyentuh hati aku & buat aku betul-betul tersedar yang memang takde apa yang milik mutlak aku.
Untuk intro.. Nama aku Lin, umur dah 46, kahwin dengan suami dah 15 tahun. Tapi masih belum ada anak. Gugur 6x sejak kahwin.
Tak pernah suami aku persoalkan zuriat & dia selalu sokong je semua rawatan kesuburan aku. Memang kami dah check doktor, aku yang bermasalah sebab rahim lemah.
Suami aku baik sangat & meratukan aku. Semua kerja kat rumah ni dia buat, kecuali memasak je. Rumah tiptop, jaga aku tiptop, bukan jenis lepak luar, tak hisap rokok, hobi dia layan aku and layan motor kereta dia je. Dia cakap tak pernah sunyi sebab aku ni ceria and selalu bahagiakan dia.
Baru-baru ni, kawan aku satu sekolah asrama dulu, dia doktor pakar, lelaki, contact aku. Nama dia aku letak Azrul lah. Dia pun dah kahwin lama, tapi belum ada anak. Suami isteri doktor pakar and PJJ.
Dia contact sebab nak minta tolong aku pujuk isteri dia untuk buat IVF. Sebab dia tahu aku ni kalau cakap apa-apa, orang mesti percaya & mampu influence. Sebab kitorang dulu kawan baik sangat masa sekolah menengah, dalam team debate.
Masalahnya aku sendiri pun belum ada anak & tak yakin nak pujuk isterinya. Doktor pakar pula tu, berbanding aku.
Tapi aku kesian kat Azrul tu. Bila dia cakap, “aku ni dah sampai tahap rasa nak kahwin lain sebab aku betul-betul nak anak. Kitorang berdua gaji bulanan dah lebih 200k, tapi duit banyak nak buat apa? Dia sibuk sini, aku sibuk sana.
Aku lelaki & aku mampu, tapi aku tak sanggup duakan isteri aku. Aku taknak dia sedih, sebab dia tak salah. Cuma dia tak boleh mengandung. Tu je,”
End up, aku cakap sorry sebab tak mampu nak galas amanah tu. Azrul tu pun bagus je, dia takdelah terus2 kacau aku dan paksa2 aku pujuk isteri dia. Dia pun sangat jaga batas dengan aku, takde pun sesi luah perasaan, minta simpati, curhat-curhat.
Dia sangat respek aku as isteri orang & cakap pun straight je. Memang fully tak ada intention lain. Padahal masa zaman belajar dulu, 2x aku tolak cinta dia sebab dia terlalu skema.
Tapi yang jadi masalahnya sekarang, aku.
Aku terbawa-bawa perasaan Azrul.
Aku cuba letak suami aku sebagai Azrul.
Bezanya,
Azrul gaji 100k, suami aku gaji tak sampai separuh pun dari aku. Tapi suami aku tak culas tanggungjawab. Rumah, makan, bil api air semua atas dia. Tak mewah, tapi ada. Jaga hati aku, tak romantik dalam perkataan, tapi small gesture everyday sangat menenangkan hati aku, Syukur.
Sampailah minggu lepas,
Macam biasa lepas dating, kami akan borak-borak pasal kerja, atau apa saja. Tak ada langsung cerita antara kami yang dirahsiakan. Sampailah aku tercerita pasal Azrul.
“Awak, kalau awak kat tempat Azrul, dengan kewangan yang kukuh macam tu, awak akan kahwin lain ke?” Aku tanya suami.
Suami tarik nafas panjang. Dia cakap, kalau dah mampu sangat, yes kahwinlah. Nabi pun suka ummat dia ramai. Lagipun niatnya baik. Gaji 100k kot, sayang kalau takde anak.
Entah kenapa, hati aku remuk,
Dalam kereta masa suami drive, aku menangis senyap-senyap sambil buat-buat tidur. Aku terlalu terluka.
Maksudnya suami aku ada niat je nak anak walaupun dari perempuan lain kalau dia mampu. Walaupun secara dasarnya dia tak cakap direct.
Aku tak tahu kenapa aku sedih sangat. Aku macam baru kena tampar untuk sedar, bahawa suami yang aku ingat sayangkan aku sepenuh hati, ada juga perasaan nak kahwin lain kalau mampu.
Sedih dia terbawa-bawa sampai mimpi.
Selama ni aku terlalu selesa dengan perasaan aku sebab suami aku jaga and tatang aku sungguh-sungguh. Dia bukan jenis berkawan dengan perempuan, password phone dia semua aku tahu & boleh akses bila-bila aku suka.
Sekarang ni aku menyesal tanya dia. Tapi sekurang-kurangnya aku sedar, yang aku kena sayang suami aku berpada-pada. Bila-bila boleh terjadi.
Natijah dia sekarang,
Aku berhenti dah doa supaya suami aku kaya. Dulu aku selalu doa sebab aku kesian tengok duit dia habis untuk keperluan rumah. Dia sikit pun tak mengeluh. Dia tak malu pun bawa bekal hari-hari sebab nak jimat & bangga makan bekal aku yang sedap-sedap.
Kat sini,
Aku nak tanya pendapat para wanita & para suami.
1. Kalau wanita lain dalam situasi aku, apa yang korang rasa ya? Valid tak untuk aku rasa sedih macam ni? Sebab aku rasa suami aku tak buat salah pun, dia hanya bagi pendapat jujur.
2. Para suami yang dalam situasi suami aku pula, apa definisi mampu kahwin 2 bagi korang?
Aku tak pernah rasa para suami yang kahwin 2 atau lebih ni, dapat beri keadilan sepenuhnya, especially dari segi perasaan & kasih sayang. Dan, kalau tak ada anak, korang memang sanggup kahwin lain demi nak dapat anak?
Terima kasih sebab baca.
Selamat Maal Hijrah kepada semua yang membaca ni. Maal hijrah kali ni mengajar hati aku untuk berhijrah supaya tidak mengikat hati aku dengan makhluk.
Dulu aku sayang sangat-sangat kat suami aku, sekarang aku masih sayang, tapi aku belajar sayang dia berpada-pada & serah pada Allah.
– Lin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit