Assalamualaikum semua.. Terima kasih admin kalau cerita ni disiarkan,
Aku ni tak pandai mengarang tapi aku rasa bosan duduk rumah dan ternampak page IIUM Confession ni.
Aku just nak berkongsi POV aku sebagai seorang rider dan juga pembonceng tegar sebab aku rasa ride motor ni sebahagian dari identiti aku.
Aku ni dari zaman sekolah (naik dengan bapak) sampai sekarang dah nak separuh abad sangat suka naik motor. Pergi kerja pun naik motor. Kalau Malaysia ni inshaAllah, satu semenanjung aku pernah round naik motor.
Mungkin mereka yang berkereta tak paham kenapa, mungkin pada mereka bahaya. Tapi aku rasa bebas sangat bila aku naik motor.
Bila naik motor aku dapat rasa perbezaan bau udara di setiap tempat aku lalu. Kalau lalu jalan dalam kawasan berhutan tu memang terasa segar sangat udaranya, rasa sejuk pun terasa sampai ke tulang.
Walaupun lalu sekejap je area hutan terowong Penchala pun dapat rasa perbezaan suhu dan kesegaran udara sebelum masuk area MK.
Berbeza pula bila aku bawak motor pulang dari tempat kerja. Terasa haba, bau asap dan muka mesti hitam kalau lap dengan kain tiap kali balik dari tempat kerja dek kerana dikelilingi hutan konkrit..
Lagi satu, apa yang buat aku suka naik motor, aku dapat perlahankan “Fast Moving Life”.
Atas motor, aku boleh nampak perbezaan kepulan awan, shade warna, lapisan dia. Terasa masa jadi slow tau masa naik motor walaupun ride pada kelajuan 120+
Kalau lalu kawasan hutan, boleh nampak ada pokok yang agak kering daunnya banding pokok lain, mungkin kurang dapat cahaya matahari atau sakit.
Kalau dalam terowong atau lalu tepi bangunan, boleh nampak crack bangunan tu, discolor and kadang disaluti lumut sebab air bertakung. Sempat jugaklah aku judge hasil kerja kontraktor Malaysia ni, haha.
Masa naik motor juga, aku indulge dengan hidup manusia lain, boleh nampak orang menangis dalam kereta, nampak orang sidai baju dalam condo sebab takde balkoni, nampak kucing yang terkulai lembik di tengah² pembahagi highway, mungkin sebab terperangkap disitu dan lapar.
Dan antara yang paling aku ingat adalah aku nampak orang berdiri dia atas tembok jambatan m***, ready to jump.
Masa tu jalan jem dan ada je kereta berdekatan (sangkut jem) dengan lelaki tu tapi masing² fokus dengan life sendiri. Aku juga meneruskan perjalanan aku masa tu. Sampai sekarang aku teringat sebab aku tak berhenti tanya..
Kalau ride masa hujan, aku nampak pasangan suami isteri tukar baju hujan tepi highway. Sempat dorang bergurau senda sebelum meneruskan perjalanan meredah hujan.
Lagi satu kalau hujan, cukup dengan 60km/h boleh rasa macam kena tembak bertubi-tubi terutama bahagian leher haha. Air hujan sakit tahu tak.. Kalau duduk bawah jambatan time hujan, boleh bersembang sesama rider.
Aku rasa sepanjang aku ride ni kalau nampak accident, selagi takde kekangan aku akan tolong. Banyak kali juga aku perasaan kebiasaan mat motor yang akan berhenti tolong mangsa-mangsa, mungkin mudah sikit banding kereta nanti jadi jem pulak..
Atas motor juga satu masa untuk aku beribadah, aku suka dengar ayat al-quran atau zikir. Dan kalau tak dengar pun aku zikir sendiri je sepanjang perjalanan aku,
Jarang sangat aku dengar lagu sebab aku tahu risiko motor ni tinggi banding kereta, at least kalau accident atau meninggal pun aku dalam keadaan zikrullah.
Aku pun pernah je nampak masa aku otw gi kerja, laki bini naik motor pergi kerja, pillion kat belakang selamba je pegang fon baca quran sambil motor bergerak laju. Betul-betul memanfaatkan masa, ikut surah al-ansr.
“Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian, kecuali mereka yang beriman & beramal soleh”
Aku ada kereta tapi guna hanya untuk hantar anak-anak, jalan-jalan dan balik kampung. Jarang sangat aku berkereta sebab tak kena dengan jiwa aku, aku rasa confine.
Kalau korang yang tak pernah naik motor, cuba la sesekali jadi pillion ke, rasa apa yang aku sampaikan ni. Tangkap syahdu beb.
Dah itu je perkongsian aku, jangan lupa baca doa naik kenderaan setiap kali mula perjalanan, moga Allah jaga kita dalam setiap perjalanan…
– Rider kental (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit