Mengharap Secebis Nasihat

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.

Tujuan saya tulis kat sini untuk dapatkan kata² semangat yang boleh kuatkan lagi diri saya.

Saya seorang wanita dan berumur awal 30an dan bekerja di selatan tanah air dalam bidang EHS. Alhamdulillah rezeki dapat kerja dalam bidang yang saya pelajari.

Cerita saya harini mengenai diri saya. Saya merupakan anak sulung dalam keluarga. Lahir dalam keluarga yang biasa². Tak terlalu mewah, tak terlalu susah. Alhamdulillah.

Saya bercinta dengan beliau saya namakan dia S yang sebaya dengan saya selepas kami tamat pengajian. S bekerja dalam bidang yang sama cumanya di utara tanah air.

Cerita percintaan kami secara pjj. Kami akan berjumpa dalam setahun 2 or 3 kali. Selebihnya memang melalui phone call. Kami mmg kerap text/vc.

Kami pernah berbincang untuk bawa hubungan kami ke fasa seterusnya, akan tetapi keadaan terhalang kerana kakak S ditakdirkan menjadi balu beberapa tahun lepas. Dan mempunyai 3 anak buah. Kakak S tidak bekerja tetap di 1 tempat. Dan mempunyai masalah kewangan.

S yang tanggung kakak, anak buah serta family. Atas faktor tanggungjawab terhadap keluarga, kami menunda perbincangan tentang fasa perkahwinan. Saya tidak pernah berikan tekanan kepada S tentang hal perkahwinan ni. Saya faham tanggungjawab die bsr terhadap family.

Saya juga bersyukur, keluarga saya tidak pernah berikan tekanan terhadap saya tentang isu ini juga. Keluarga kami berdua kenal masing². Tiada halangan daripada sudut keluarga.

Percintaan kami berlarutan sehingga pada tahun ke 4 percintaan, kami diuji dengan orang ketiga. S curang dengan rakan sekerjanya yang merupakan tunang orang. Saya namakan perempuan itu sebagai Z.

Z menghubungi saya dan menyatakan hasrat untuk berkawan dengan S. Namun, setelah S kantoi, die menukar tempat kerja dan berhijrah ke negeri lain.

Pada masa itu, S memang nampak sehabis usaha untuk berubah dan mengambil hati saya semula.

Saya menjadi tulang belakang S. Saya menolong beliau dr semua aspek. Dari 0 hingga sekarang beliau telah mempunyai apa yang beliau idamkan selama ni sebagai seorang lelaki (kerjaya yang okay, rumah, kereta)

Alhamdulillah. Tahun ini masuk tahun ke 8 kami bersama.

Awal bulan lepas, S menelefon saya dah beritahu mahu end relationship kami kerana rasa bersalah dengan saya.

Selama ni S menipu saya. S mempunyai perempuan lain di sana. Katanya telah berkawan dengan perempuan itu sudah melebihi 1 tahun dan hubungannya telah pun melebihi status antara kawan. Perempuan yang jauh lebih muda dr usia kami.

S berkata perempuan itu tahu kewujudan saya. Akan tetapi, die memilih untuk “berada” juga dengan S. Tiada hint diberikan kepada saya yang dia mahu akhiri hubungan ini.

Sehari sebelum kejadian, die melayani saya macam biasa. Kami tiada pergaduhan. Dalam 1 hari die block saya pada semua social media. Saya buntu, keliru. Apa silap saya. Kenapa saya diperlakukan sebegini.

Saya seorang wanita yang menjaga diri untuk dia walaupun tidaklah sempurna auratnya. Fizikal saya tidak menampakkan yang saya berusia awal 30an dan mempunyai kacukkan daripada keturunan arab.

Ramai yang mencuba mendekati, tapi saya tidak pernah melayan lelaki lain walaupun status saya belum berkahwin. Saya tahu, sakitnya bila dikhianati. Perkataan “setia dan jujur” kita tak boleh beli dengan duit.

Saya percaya kifarah Allah itu ada. Oleh itu, saya tak berani untuk menyakiti hati orang. Tapi gamaknya saya diperlakukan sebegini.

Hampir sebulan lebih saya mencari diri saya. Begitu payah saya nk move on daripada dia. Sebab saya pernah sayang beliau 8 tahun. Bukan senang untuk saya padam atau reset nama beliau dalam kehidupan saya.

Hari berganti hari, saya makin kuat, Allah yang berikan kekuatan terhadap saya. Tetapi kelmarin, beliau muncul kembali. S menyatakan maaf kerana telah menyakiti hati saya. Tetapi beliau masih mempunyai hubungan dengan perempuan itu.

Saya keliru, S meminta maaf dengan saya. Pada masa yang sama, S memuji² perempuan itu. Katanya tak boleh hidup tanpa perempuan itu. Tak mampu untuk sakitkan hati perempuan itu. Walaupun S sedar, saya yang selama ni ada untuk dia dari semua hal.

Motifnya untuk menyakitkan hati saya? Kenapa die muncul kembali. Saya telah berjaya perlahan² bangun daripada kesedihan. Tapi kenapa datang semula? Saya bukan barang mainan untuk dibuat uji kaji.

Keadaan macam ni, dengan situasi kecurangan yang berlaku di Malaysia bagi saya rasa takut untuk mempercayai orang. Saya risau, saya takkan boleh “percaya” seseorang. Saya jadi takut pikir ke alam perkahwinan.

Boleh ke saya minta nasihat daripada kalian untuk bagi saya semangat. Saya tiada tempat untuk meluahkan. Kawan² seusia semua dah berkawin. Saya tak nak menyusahkan mereka dengan masalah saya.

Nak cerita di rumah, kita sebagai anak sulung dilihat sebagai orang kuat dalam keluarga. Mereka melihat seperti kita mampu meyelesaikan semua masalah dengan sendiri.

Tapi tidak, kami sebagai anak sulung tak kuat. Perlukan bahu untuk bersandar juga.

Minta maaf jika tulisan saya memberikan keserabutan terhadap kalian. Assalamualaikum..

– Miss qwertyuiop (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *