Asalamualaikum.
Aku seorang wanita, ibu, isteri, pekerja. Aku cuba jalani hidup tanpa fake, aku jadi diri aku sendiri.
Kata-kata aku memang terlampau jujur. Aku tak pandai bodek, kalau aku tak suka, aku cakap tak suka. Kalau aku tahu orang berbohong, aku terus tegur depan-depan.
Di rumah anak- anak aku berikan dengan arahan yang jelas. Kalau aku marah, aku bagitahu kenapa aku marah.
Sama juga dengan suami, aku nak apa2, aku cakap dengan terang, kadang2 siap dengan link kedai untuk dia beli.
Dari segi keluarga alhamdulilah, suami dan anak2 faham aku, dan boleh ikut cara aku yang tegas dan jujur.
Masalah aku sekarang di tempat keje, tempat keje aku lebih kepada membodek orang atasan, di depan orang atasan, semua manis2, tapi bila di belakang mengutuk2.
Aku tak reti nak membodek, aku tetap dengan sikap aku yang agak jujur dan tegas. Hasilnya, aku jadi buah mulut orang.
Pernah penyelia aku menfitnah aku di hadapan aku dan rakan2 sekerjaku yang lain, aku tak menjawab, aku tenung mata penyelia aku, dan aku senyum.
Tapi hati aku tak puas, aku rasa nak menjawab, tapi aku masih hormat dia di hadapan orang ramai.
Hari ini, aku masuk ke bilik penyelia aku untuk membincangkan sesuatu, semasa sesi perbincangan, kami ber empat, dia ada bertanya soalan, dan aku jawab soalan dengan jujur,
Berbeza dengan 2 orang staff lagi yang agak membodek,
Hasilnya, ada orang nasihatkan aku supaya lebih berhati2 ketika bercakap dengan penyelia tu, aku tak melawan, aku tak berbohong, aku cuma jujur.
Sejujurnya aku tak boleh nak jadi pembodek. Dan aku benci dengan orang yang suka bermuka2, di depan manis, di belakang mengutuk mengata.
Salah ke aku jujur dan tegas, segala tugas aku buat, aku terima, tapi selalu aku yang jadi mangsa fitnah,
Lain yang aku cakap, lain yang di ceritakan pada orang, sehingga aku nampak buruk di mata semua orang.
– Aku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
people with your personality, which i have to, we need to mind our own business and speak only when necessary. Silent is our shield. If u not agree, silent. If u dislike some one, ignore them. Because, we dont have to explain ourselves others. Besides, its reduce drama in our life. More time and space for us.
I like your personality. Jalan terus tak de kona2. Kalau kita mmg jujur buat kerja nak takut apa kan? Tapi tt adat bekerja ni mmg kena pandai politik sikit untuk protect diri kita. Mind you bukan pandai politik untuk bodek/jilat.
Ada yg komen speak only when necessary. Betul. Org yg jujur buat kerja ni dia diam2 je. Tapi otak jalan. Kalau ada yg cucuk n pusing cerita.. then you speak out. Tapi professionally la.. bukan guna emosi.
Semua task yg you dapat, yg you buat make sure ada/simpan black n white. Ahaaa aku dah merasa ni masa kerja dgn MNC company toxic. Dia punya tak nak ngaku salah tu.. budak2 baru masuk ni haaa yg kena point. Seniors mcm biasa nak lepas diri nak jaga KPI.
Tiap2 hari aku minta mak aku doa Allah jaga aku, tolong aku bila susah dekat tempat kerja. Alhamdullilah..time2 nak kena bambu tu nnt ada je hamba Allah dari dep. lain tolong backup /tolong.