Aku lahir dalam sebuah keluarga yang agak alim.
Tapi itu bukan penghalang untuk aku dari melakukan semua perkara buruk and jahil.
Aku sekolah agama swasta dari kecik.
Hingga sekarang.
Bermula bila keluarga aku ada krisis kewangan.
Aku umur darjah 5.
Aku terpaksa berpindah ke sekolah kebangsaan biasa.
Mula terpengaruh dengan demam korea kawan2.
Mula bukak drama korea.
Dengan adegan2 yang romantis.
Seterusnya dengan video2 yang kurang sopan.
Seterusnya dengan video2 lucah yang ada di youtube.
Aku buat tanpa rasa bersalah.
Mungkin kerana umur aku yang belum meningkat dan tak faham apa erti dosa yang sebenar2 dosa.
Ada satu video ni ajar aku cara mel****p
Masa umur darjah 5 aku dah mula buat bende tu.
Aku tak tahu bende tu salah.
Tak pernah tahu apa akibatnya.
Lama2 makin ketagih.
Semakin tersasar.
Semakin terpesong.
Solat aku tinggal.
Quran tak baca.
Macam2 ujian yang aku terima.
Aku tak pernah sedar khilaf aku.
Apa yang budak darjah 5 boleh paham?
Aku mula mencari.
Terbaca mengenai bende tu di fb.
Keburukkan. Dan hukum.
Aku sedar khilaf aku.
Aku dah hanyut dan berusaha untuk ke tebing.
Tak ada sapa yang bantu.
Semua aku buat sendiri.
Aku berusaha untuk berubah.
Naik form 1.
Aku masuk ke tahfiz.
Solat penuh.
Hari2 baca kalam Allah.
Berubah.
Tapi tak bertahan lama.
Aku nak pindah.
Dan kesekolah lain;
Tapi bila aku pindah.
Aku ketagih balik.
Terpesong balik.
Solat tinggal.
Aku cari punca.
Aku banyak membaca.
Orang pandang aku tinggi dengan ilmu yang aku ada.
Tapi tak ada sesiapa pernah tahu khilaf aku.
Au nak berubah.
Aku sedar.
Sekali aku tinggal solat.
Perasaan ketagih tu ada.
Jadi untuk tidak tinggal solat.
Aku masuk asrama.
Jadi sesorang yang baik.
Sehingga hadir seorang lelaki dalam hidup aku.
Aku tak tahu macam mana nak bagitahu dia.
Tentang khilaf aku.
Aku tak ada dara.
Dan bukan gadis yang baik2 seperti yang kau nampak.
Dia ajak aku kahwin.
Aku takut dia fikir aku tipu dia.
Aku cuba.
Akhirnya aku berterus terang.
Mula2 dia mengamok.
Mengamok gila.
Seminggu dia soal aku.
Macam2. Aku terus terang.
Dia kata. Mungkin aku yang ditakdirkan untuk dia.
Kami akan berkahwin insyaaAllah.
Jika tiada halangan. Selepas aku tamat diploma aku.
Moral: Sekali anda tinggal solat. Macam2 benda jahat yang luar biasa anda boleh lakukan. Jaga batas. Tundukkan pandangan. Jangan jadi bodoh macam aku.
Aku simpan semua ni sorang diri. Berat sangat2. Sampai sekarang family aku tak tahu.
Dia lah satu2 nya. Yang tahu. Segala2 nya.
Dia yang selalu ingat kan aku.
Tapi.. Aku tak tahu macam mana nak stop chat dengan dia.
Dia ajnabi kan? Kan jaga batas kan? Tapi dia satu2 nya semangat aku. Allah uji aku dengan cinta nya. Aku tak tahulah.. Apa pendapat korang?
– Allah ‘s Slav (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit