Adakah Aku Anak Derhaka?

Hi semua.. Sewaktu aku menulis ini, aku sedang mengelamun.

Orang akan nampak aku di luar seorang yang ceria, berjaya dan bahagia. Tapi orang tak nampak apa kesusahan aku dah lalui dan apa ujian aku hadapi. Alhamdulillah, aku bersyukur apa sahaja rezeki dan ujian Allah bagi.

Aku adalah anak perempuan. Keluarga aku agak susah, bukan senang. Ibu bapa aku dahulu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Maka aku dan adik semua dibesarkan dengan serba kekurangan dan ia mendorong untuk kami belajar bersungguh dan bekerja serta berniaga bersungguh.

Kalau siapa pernah rasa erti MISKIN itu apa, pasti dia akan faham kenapa kita kena bersungguh. Supaya kita mampu keluar dari circle of kemiskinan. Pulak ayah aku meninggal muda. Aku dan adik nombor 2 dan 3 pula kerja part time sambil habiskan degree kami.

Adik-beradik aku semuanya agak cerdik dan sering kali memang anugerah pelajar cemerlang. Mereka semua sudah bekerja tapi yang berniaga hanya aku seorang.

Ini kerana cita-cita aku agak besar dan alhamdulillah Allah permudahkan segalanya dan mampu belikan rumah dan tanah untuk keluarga aku. (Pencapaian aku tak adalah besar mana, bolehlah… bukan senang anak orang miskin nak ubah kehidupan.)

Dulu masa arwah ayah ada, walaupun kami hidup susah tapi kami tetap bahagia, semua rapat dan sentiasa bantu satu sama lain. Sampailah arwah tak ada, ibu aku hilang arah.

Selepas arwah dah tak ada, hidup kami berubah!

Ibu aku mula mengenali lelaki dan silih berganti kenalan-kenalan lelakinya. Aku dan adik-adik selalu nasihat supaya jika nak berkawan atau cari pengganti, carilah yang baik-baik. Kami perasan boyfriend dia pelik-pelik. Umur pun dah lewat 40-an ketika tu, kenalah hati-hati.

Namun ibu aku takkan dengar nasihat, selalu dibalas balik:

“Aku tahu lah apa aku nak buat, kamu tu anak! Tak perlu aku nak bagitahu atau minta izin!!!”

Kalau bab boyfriend dan lelaki, mak aku memang akan back up boyfriend dia gila-gila dan anak-anak dia pun jadi lain.

Pernah terkantoi ibu aku bawa balik boyfriend dia dekat rumah. Adik aku ada sekali waktu tu, adik aku call aku untuk aku balik terjah rumah. Memang kantoi lah berdua-duaan buat perkara sumbang.

Sejak tu aku selalu bergaduh dengan ibu aku. Aku dahulu terlalu menghormati ibu, sekarang aku dah semakin pudar rasa sayang dekat ibu.

Sedih sangat, kerana motivasi aku adalah ibu aku. Niat aku nak senangkan ibu.

Lebih sedih, ibu aku selalu bagi duit dekat boyfriend dia. Ibu ketika itu bekerja jual nasi lemak sahaja untuk sara diri dan adik bongsu.

Long story short,

Kami kerap bergaduh dengan ibu pasal boyfriend-boyfriend dia. Adalah sekejap dia putus dengan boyfriend dia sebab dah bertaubat dan segan dengan kami. Alhamdulillah semua makin rapat dan kembali ceria.

Sampailah satu masa, 3 dari kami sudah berkahwin dan ekonomi kami semakin stabil. Selang beberapa tahun, ibu berkawan lagi dengan lelaki. Lelaki ni lagi pelik… sebab jenis psycho dan jenis ambil dadah.

Oleh kerana mulutnya manis, ibu aku terpikat dan akhirnya berkahwin senyap-senyap dan hanya forward gambar nikahnya di dalam group WhatsApp.

Alangkah terkejutnya kami!

Lelaki itu tidak bekerja dan tidak menyara atau memberi nafkah kepada ibu. Malah menumpang di rumah yang aku belikan dan sentiasa pau duit mak aku. Aku rasa sangat kecewa dan marah.

Hati dan rasa sayang aku semakin pudar dan pudar demi hari. Kerana perangai ibu aku yang tak habis cari masalah hidup.

Walaupun aku dah tidak lagi rapat, tapi aku tetap jaga kebajikan ibu dengan beri belanja RM1,500 sebulan, bayarkan api air dan kadang-kadang aku balik aku beli barang rumah. Aku selalu bawa ibu melancong luar negara (dengan syarat lelaki itu tak ikut).

Tahun lepas, ketika suami aku menolong kemas rumah untuk persiapan raya puasa, suami terjumpa beberapa paket serbuk putih dan daun kering.

Suami call kawan dia inspektor polis, rupa-rupanya syabu dan ganja. Bayangkan kalau budak-budak terjumpa, cucu-cucu dia terjumpa dan makan… apa jadi?

Suami aku dah lama syak lelaki itu ambil barang kerana matanya, rupa dan cara dia. Serta kadang-kadang lelaki itu cakap sorang-sorang tepi dinding sambil gelak-gelak.

Aku confront dengan ibu,

Guessssss what?????

Ibu aku terus mengherdik aku, kata aku ni nak ganggu rumah tangga dia. Kata aku ni kepoh, kata suami aku ni sengaja nak kantoikan laki dia. Whatttt????!!!!!!!

Confrontation “dadah laki tu” bertukar defensive mode dan menjadi pergaduhan dan aku terus dilabelkan anak derhaka dan si Tanggang moden. (Tepuk dahi)

Puas dah aku tegur, laki dia ni main dadah. Dan laki dia ni tak ada tanggungjawab pun sebagai suami. Tidak ada apa-apa pun sumbangan lelaki tu. Menyusahkan ada…

Mak aku back up habis-habis laki dia…

Malas nak gaduh panjang,

Maka aku tak jadi raya dengan ibu. Aku dah malu sangat-sangat dengan suami aku. Dah lah suami aku ni jenis nerd, alim, alik kucing. Terkejut dia nokkk tengok benda tu, sebab keluarga dia semua baik-baik.

Suami kata:“Kita kena selamatkan ibu! Tapi sayangnya ibu tak nak diselamatkan. B faham perasaan sayang.”

Aku ada soalan.

Laki ibu aku tu langsung tak menanggung nafkah malah menumpang di rumah aku yang aku berikan kepada ibu aku. Pernah dia kata, “Kalau aku paksa ibu ceraikan dia, dia akan buat sesuatu sampai aku dan adik-adik aku merempat.”

Aku dah rasa tawar hati dengan ibu.

Adakah berdosa aku tidak lagi tanggung ibu aku?

Adakah ia tanggungjawab aku kerana aku berkemampuan sedangkan ibu sudah kahwin lain?

Adakah aku berdosa aku dah tidak lagi rasa sayang kepada ibu aku seperti dulu?

Apa peranan laki dia???

Sedangkan setiap kali ibu memerlukan, hanya anak-anak dia sahaja akan turuti kehendaknya.

Aku cuma nak jauhkan diri sahaja untuk jaga “kewarasan dan jiwa” aku…

– Insan Biasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. sudah2 la tu sis bagi duit kat ibu bulan2 kalau perangai ibu macam ni. sepatutnya nafkah ibu, si ayah tiri la kena bag ibukan anak2 pulak jadi kewajipan kena bagi kat ibu/ayah.

    Anak2 bagi duit tu hanyalah ihsan anak je. Ni dah jadi kewajipan anak2 pulak, terbalik dh. Pening!

    Lepastu kawen baru duk pulak menumpang rumah anak bagi. Elok sangat la tu perangai.

    Semoga dipermudahkan segala urusan sis, semoga ibu dapat hidayah secepatnya. Amiin

  2. ibu kita kene hormat, tapi bukan itu lesen ibu untuk buat perkara yang bathil.

    mulai hari ni, segala hal kebajikan rumah ibu tu kau bayarkan terus direct tanpa melalui ibu. segala bil bayar terus bil online.
    segala barang makan kau beli terus hanta rumah segala beras ke barang basah kering semua.
    duit kat tangan ibu, kau bagi seminimal mungkin. 200 ke. cukup.
    sbb duit 1.5 k kau bagitu, xde ke tempat lain tu. ke dadah jugak la tempat dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *