Tinggal Dengan Mak Mentua?

Salam, first of all thanks admin sbb sudi post cerita ni.

Okay cerita dia macam ni, bakal suami aku cakap lepas kahwin nak duduk dengan mak dia.

Yang lebih parah, kakak dia pun cakap nanti lepas kahwin, dia nak suami dia duduk dengan kitaorang sekali, termasuk lah adik lelaki bakal suami aku ni.

Aku jadi geram lah. Yelah, takkan lah aku nk bertudung sepanjang masa, pastu tak ada privacy.

Bila aku cakap macam tu dekat dia, dia cakap, itu pun tk sure lagi whether kakak dia akan tinggal sekali lepas kahwin and adik laki dia maybe tinggal rumah lain.

Come on lah, bukannya aku tak tahu, adik dia tu manja nak mati dengan mak dia. Ingat senang ke mak dia nak bagi lepas?

Benda ni kitaorang dh discuss before ni, and dia setuju cari rumah lain. Tapi semua tu berubah sebab ayah dia baru meninggal. So aku pun kena lah faham situation dia.

So ada lah beberapa kali aku datang rumah dia tolong kemas tolong masak apa semua.

Tapi yang membuatkan aku lagi tak nak tinggal sekali, bila apa yang aku buat semua tak betul.

Contohnya, bila aku masak semua salah. Bukannya aku tak reti masak. Padahal kalau dengan family aku, aku lah yang masak.

Mak bakal suami aku ni baik, baik sangat and dia manja. Tapi bila aku datang rumah dia, jadi tak menang tangan. Semua aku kena buat.

Bila aku buat, ada je pulak salahnya. Kadang-kadang makan hati jugak lah. Bila aku ikhlas nk tolong pastu cakap itu ini, dah jadi macam tak ikhlas pulak. Haih.

Pernah satu hari aku dah masak kemas rumah apa semua sebab aunty bakal suami aku ni nak datang. So tolong lah hidang apa semua.

Then baru nak rehat, tetiba mak dia panggil suruh cuci pinggan yang tetamu tetamu dia makan.

Aku macam, apa niii.. Faham tak apa aku rasa? Jangan lah cop aku ni pemalas ke apa ke. Aku cuba kot buat macam macam. And aku ni bukan jenis tak buat kerja rumah. Tapi kalau dah semua aku, mati lah.

Bila jadi macam ni, lagi buat aku tak nak tinggal serumah bila dah kahwin nanti. Tapi, lepas kahwin aku mesti kena ikut cakap suami kan?

Aku ada lah cakap dekat bakal suami aku yang aku ada baca several stories pasal tinggal dengan mak mertua. And mostly makan hati apa semua. Tapi dia cakap lain family lain perangai.

Habis kalau belum kahwin pun aku dah kena macam ni, nanti tinggal serumah nanti macam mana. Apa aku kena buat ni?

Thanks korang sudi baca and bagi pendapat.

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. tak payah tnye pandangan org lah sis , u pun dah tahu jawapan dia apa hahhahha nak in denial apa lagi dah sah2 bakal mertua ko tu redflag sekali dgn bakal suami ko pun sama jugak…fikir lah nak kawin ni bukan sehari tapi seumur hidup ko larat ke nak hadap bnde ni lepas kawin ? belum sah lagi pun dh luah mcm2 baik lah ko undur je diri dari terus tersakiti hahaha banyak lagi laki yang baik yg boleh provide rumah asing untukbakal wife dia..

  2. Ya Allah sis, Tak cerita ke kat tunang apa yang awak kena buat kat rumah dia masa dia kata family dia lain tu? kalau saya memang tak la nak buat kerja kat rumah tu sebelum kahwin. Totally red flag!! Allah dah tunjuk dah satu2 depan mata. Baik undur diri jela. Boleh gila ye duduk dengan fam gitu, dah la tunang nampak macam takkan backup sis nanti.

    Tolong bukak mata tu. Biar menyesal sekarang la dari kemudian hari dah beranak pinak gaduh. tak faham betul

  3. lebih baik buat black and white
    jangan serumah lepas kahwin
    dah macam jadi babu je sekarang ni..
    kalau dia tak mampu nak sediakan nafkah wajib
    maknanya dia tak mampu nak berkahwin

    • Better x yah kawin laa..nnt JD mcm sy.lepas kawin kena dgr ckp mentua 100%.baik undur diri sblum kawin

  4. tiada kewajipan pun nak kene serve rumah tu. yang wajib layan mak dia adalah tunang awak. sebelum berkahwin lagi bakal tunang tak tahu tanggungjawab, sila cabut. seriously. for years to come, membazir hati ke nak terasa.

  5. Tetapkan pendirian awk sis, tegaskan hak awak.. kalau dia tak boleh nak provide, tinggalkan dia, belum kahwin dah terseksa mental huhu..

    • setuju. tetapkan pendirian. cakap je, saya mmg tak nak duduk serumah dgn mak mertua. boleh try dengan start cari rumah sewa time tengah dating tu. scroll scroll phone ckp, “awk, saya jumpa 1 rumah sewa area dkt dgn mak” haa gitu then setiap kali dia buka cerita pasal kahwin ni semua, awak start juga cerita pasal “wah tak sabar nak hias rumah sewa kita nnti” biar dia tahu awak tak berganjak pendirian.

  6. Mse mk mertua tegur suma tu, ckp la, “lain family, lain cara didikan nya, mcm tu jugak la cara masak, mngemas dsb..” ..bakal suami awk tu perlu jugak la dengar pendapat awk tentang dduk berasingan bla dah kawen nt, sbb ini akn jadi isu yg ‘besar’ nt, bla hal sebegini x diambil berat.., bla dduk sekali, lagi la bnyak perkara yg perlu diambilkira, tambah plak klaw ipar2 awk dduk sekali.. klau tunang awk tu benar2 ambil berat tentang awk, dia xkan buat kputusan begitu, kecuali sbb dia nk ‘jimat kos sewa’, tp nt awk yg jd mangsa.., klaw awk n husband nt ‘bergaduh’ dlm rumah itu, family dia dah tentu berpihak kpd dia, dan awk tetap yg salah, w/pon betul skali pon.. sya pon penah dduk dgn mk mertua dlm 2 thn.. w/pon dia ok shj (x bnyak ckp), tp sya tetap x ‘bebas’ nk buat apa2, sbb itu tetap rumah diorang, kita yg rse mcm ‘pendatang’, w/pon bkn PATI.. haha.. n klaw ‘gaduh’ suami isteri pon, kna senyap2, sbb x mau org lain tahu or dengar.. nk msak apa2 pon, kna tanya pendapat diorang dlu, klaw msak yg diorang x suka, nt xde sapa yg akn mkn.. n klaw kita n hubby nk kluar ke mana2, husband mesti nk ajak mk dia skali or mk dia sendiri yg nk ikut.. pendapat sya, klaw nk hubungan kluarga tu baik2 je, baik x usah dduk skali.. biarlah kita tinggal d rumah kecik, atau flat sekali pon, janji kita ‘bebas’ nk mkn or msak apa, nk pegi mne2 tanpa perlu bwak ahli kluarga husband n bla2 mse pon.. fikir2 kan lah.. wallahu a’lam

  7. Kalau sebelum nikah dah nampak terang lagi bersuluh better angkat kaki. Akak ni dpt mentua baik dan kami tinggal jauh tp dik bila lama dah kenal kdg2 ade jugak terasa ke ape ke. Ni kan plak klu nak hadap hari2. Klu slrg rasa xsyok better angkat kaki lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *