Assalamualaikum. Saat aku menulis confession ni baru lepas tidokan baby aku. Sedih pulak tengok dia tak paham ape lagi tapi dah jadi saksi betapa retaknya rumahtangga mak ayah dia.
Aku dan suami kahwin tak sampai lagi pun 3 tahun. Suami aku menghisap ganja. Ya, aku dapat tahu lepas 7 bulan kahwin. Remuknya hati tu takyah cakap.
Aku tahu orang macam suami aku ni memang susah nak berhenti melainkan pegi pemulihan. Tapi yakinnya suami aku ni cakap dia boleh berhenti sendiri. Tapi sampai sekarang, cakap je lebih tindakannya takda.
Aku dah pun contact AADK, saranan mereka untuk lapor diri mana-mana pejabat AADK yang terdekat untuk kali pertama. Aku dah pujuk dia tak berhasil.
Mintak tolong keluarga mertua, aku pulak yang dipersalahkan sebab tak nak terima suami aku seadanya. Aik pelik. Sedangkan anak mereka ni menghisap dari bujang dimana semasa duduk dengan mereka. Yang mereka cadangkan suruh sabar dan terus sabar.
Suami aku bukan 24 jam menghisap. Dia masih bekerja. Masih boleh buat kerja part time lepas habis kerja hakiki nya. Rutin dia dalam sebulan sekali mesti ada seminggu tu dia tewas. Lepastu dia akan back to normal.
Kalau dia tak menghisap, memang sebaik-baik suami. Kerja rumah dia buat, anak tolong jaga. Nafkah dan tanggungjawab masih belum pernah culas.
Cuma bulan lepas dia agak teruk. Aku dah tak terdaya nak bising nak marah marah. Aku buat bodoh je asalkan dia tak agresif.
Selama ni pun memang dia pasif je tak pernah lagi angkat tangan dekat aku walau dia tengah ambil benda tu. Tapi buat aku sakit hati sangat dia muntah muntah, abes kotor bilik. Mase tu pulak anak aku tengah meragam. Memang naik angin jadinya aku jugak yang kena mengemas.
Mase tu aku memang jadi derhaka dah dengan segala makian carutan aku hambur. Aku bagitau dia yang aku dah benci sangat dekat dia nak minta cerai kan aku. Tapi tiap kali aku sebut pasal cerai dia konfem jawab tak nak.
Tapi sampai bila aku nak hidup dalam keadaan macam ni. Aku membayangkan ruginya rasa kalau bertahun tahun akan datang hati aku sakit macam ni. Rasa macam tak berhak nak rasa bahagia tu.
Aku nekad untuk failkan cerai. Bukti semua dah ada. Memang tiap kali dia on benda tu, aku akan rakam. Segala wasap dia dengan pembekal ganja tu pun aku screenshot dan send ke wasap aku.
Baru-baru ni aku baca yang pembekal tu ugut nak datang rumah sebab suami aku ni masih belum bayar. Seriau pulak aku.
Tapi aku taktahu kenapa kaki ni berat lagi nak melangkah ke mahkamah. Sedangkan aku da tawar hati. Sementara anak aku masih kecil belum paham ape lagi aku nak ambil tindakan. Nanti bila dia da besar dah paham semua kesian pulak emosi dia tak stabil sebab tu aku nak berpisah sekarang.
Sampai tahap sekarang aku dah tak masak untuk dia sebab dia takkan makan. Bazir macam tu jelah. Aku pergi kerja pun aku tak kejut dia untuk salam. Derhakanya la aku ni… selama dia ambil benda ni dia takkan solat. Berapa banyak solat dah tinggal.
Dulu aku doa spesifik biar dia berhenti. Sekarang aku doa aku serahkan je urusan suami aku dekat Allah. Dan minta Allah mudahkan dan berikan petunjuk dekat aku.
Pembaca semua tolong doakan aku kuat nak ke mahkamah. Kali ni aku cuba untuk nekad. Aku buat semua ni pun untuk masa depan anak aku. Aku nak dia membesar dalam keadaan harmoni.
Terima kasih..
– Moon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sekarang ni, klaw awk xnak ke mahkamah, pegi je ke pejabat agama dlu, cetitakan masalah awk yg sbenar, dan tujuan awk nk bercerai.., (tak perlu kaunseling2 bagai, kalau xmau perkara yg lbh buruk berlaku..) tp rse nya, kalau masalah dadah, mmg ada alasan yg kuat.. lagi satu, klau berat sgt nk g report, awk tengok muka anak awk tu tepat2.., nk ke dia tu di’dera’ oleh suami awk, bila dia mngamuk xdpt dadah tu..? Kluarga suami pon satu hal, dah tau anknya tu mnagih sbelom dia kawen dgn awak lg, tp bole biar je dia ‘tipu’ awk untuk kawen.. tolong lah ‘lari’ dari masalah ini, sbelom ianya jadi ‘parah’ n xdpt ditolong lagi.. sbb org yg amk dadah ni, x sedar apa yg dia buat waktu dia ‘lalok’ tu, buktinya.. brapa bnyak yg kita dengar n bca, tentang kes bun*h yg melibatkan penagih yg xdpt duit utk beli dad*h dsb.. mau kah ianya berlaku kpd awk n anak (na’uzubillah).. apa2 pon, tlg pegi minta pertolongan, mngkin family or kawan2 rapat awk bole membantu.. wallahu a’lam