Aku Yang Malang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat para pembaca. Aku Kunci (bukan nama sebenar), 36 tahun.

Kisah aku, aku berkahwin pada tahun 2018 dan telah bercerai pada tahun 2025.

Aku jenis yang jodoh “berat”. Aku kahwin pada usia 28 tahun. Aku tiada anak. Aku diceraikan pada hari ke-3 semasa Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2025.

Aku dibuang macam “sampah”. Seperti orang asing yang tidak pernah tinggal serumah. Aku keluar rumah sehelai sepinggang cuma dengan pakaian aku.

Aku tak dibenarkan mengambil barang-barang rumah waima aku beli barang rumah dengan duit sendiri.

Aku tak dibenarkan menceritakan apa-apa semasa kaunseling di Jabatan Agama Islam. Aku tak dibenarkan menuntut apa-apa di mahkamah Syariah.

Akulah yang malang. Semasa diceraikan, aku merayu menangis sujud memohon tidak diceraikan tapi aku umpama orang asing.

Bekas suami aku menelefon ibu aku dan mengatakan ingin menghantar aku pulang ke pangkuan ibu bapa aku.

Aku, perempuan yang pernah sabar dan menolong lelaki yang bermula hidup dari bawah. Hidup dengan lelaki yang bermula dari zero sehingga mempunyai kereta dan rumah.

Dulu aku bertahan bersabar berhujan berpanas dengan motosikal dengan suami sebelum adanya kereta.

Aku pernah gadaikan barang kemas sebab nak memenuhi barang keperluan rumah. Awal perkahwinan, aku cuma diberikan RM250.00.

RM250.00 itulah untuk nafkah aku, barang-barang rumah & bil-bil rumah.

Beruntungnya aku berkerja maka aku guna duit gaji sendiri untuk mencukupkan semua yang kekurangan. Sesabar itulah aku selama bertahun-tahun tapi rupanya itu titik kebodohan aku.

Akulah yang setia sampai insurans kereta dan servis kereta pun aku yang sediakkan duit. Minyak kereta aku juga yang selalu sediakan. Waima baju raya pun aku yang belikkan untuk suami. Bodohnya aku berkorban untuk orang yang tak pernah hargai.

Sekiranya suami ada travelling urusan kerja, aku juga yang berikan duit belanja.

Aku jenis baran tapi aku masih mampu bertahan dengan suami yang kurang bertanggungjawab. Setiap hari aku buat kerja rumah tanpa bantuan suami walaupun aku penat setelah pulang kerja petang.

Kalau aku minta tolong bantuan suami, dia akan beri bermacam alasan dan marah-marah. Aku tetap bertahan dan sabar.

Kalau hujung minggu aku top up lauk basah ke market ikan, suami tidak pernah hulurkan duit. Semua aku guna duit sendiri.

Mula dari tahun 2023, suami beri menaikkan duit RM250.00 lagi. Maka duit bulanan aku dapat RM500.00. Tetapi keadaan masih sama. RM500.00 itulah untuk nafkah aku, barang-barang rumah & bil-bil rumah.

Bukan aku tak pernah minta duit lebih. Bukan aku tak pernah cakap dengan suami duit yang diberikan tak cukup tapi semuanya berakhir dengan pertengkaran. Cuma beruntungnya aku, suami tak pernah pukul @ naik tangan dengan aku.

Tahun 2025, hari raya ke-3 semasa sambutan Aidilfitri, suami menceraikan aku dengan alasan tawar hati dan tak tahan dengan perangai baran aku. Baru aku tahu dari mulut suami dah lebih setahun dia memikirkan nak lepaskan aku.

Akhirnya, aku pulang ke rumah ibu bapa. Sekarang dah hampir 3 bulan aku diceraikan. Aku ketawa tapi hati aku menangis. Aku langsung tiada semangat nak hidup.

Para pembaca, bagilah kata-kata semangat untuk aku terus hidup.

– “Kunci” (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Adik Kunci,
    Pertama sekali, adik sujud syukur kepada-Nya kerana telah dijauhkan Allah dari lelaki biawak-tak -guna. Segala kebaikan dan amalan adik sepanjang sebagai isteri yg taat berkhidmat kepada suami – Allah jua yang membalasnya dengan pahala kebajikan yang berganda. You deserve a better man – yang qawwam, yang tahu menghargai seorang isteri yang solehah! Jodoh adik bukan lah berat mana pun (acik kawen pertama kali di umur 43 dan beranak di umur 45), syukur adik tidak dikurniakan zuriat bersama bekas suami – you have a clean break! The problem is NOT you, adik tapi lelaki itu.. biarlah dia -apa nak jadi, jangan ambil tahu, jangan sesekali follow/scroll his social media. Untuk adik, bangkitlah demi kehidupan yang masih panjang, pastinya adik masih ada mak-ayah untuk berbakti, pekerjaan untuk cari rezeki, rakan taulan, dan macam2 lagi nikmat kehidupan …go out there – pergi berjalan di taman setiap hari, enjoy the sun, bertemu ramai orang, lakukan apa saja yang tidak dilarang oleh agama! Satu hari nanti, adik akan pandang ke belakang dan berkata: betapa bodohnya aku menangisi, meratapi seorang lelaki durjana – sedangkan Allah tahu, Allah mengaturkan yang lebih baik untuk adik!

  2. So? Ko cite utk apa? Takdenya jantan tu nk baca sejarah pengorbanan ko. Stop dan move on. Untung semua jd masa ko muda.

  3. elokla tu perangai baran ko da makan diri ko. ikut sgt hasutan setan smue org pun menjauhi, kawan jela ko dgn pokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *