Saya Janda, Dia Masih Suami Orang, Tapi Hati Dia Milik Saya

Saya tahu nama saya kini kotor di kalangan rakan sekerja.

Saya dilabel janda penyondol.

Semua pandang saya dengan jijik macam saya perampas hidup orang.

Tapi mereka tak tahu cerita sebenar.

Saya janda, ya. Tiada anak. Tapi saya bukan penyangak cinta.

Saya cuma jatuh cinta dengan seorang lelaki yang buat saya rasa dilindungi.

Dia masih suami orang. Lafaz cerai belum dibuat. Tapi hubungan mereka dah lama dingin.

Dia sendiri cerita, rumah tangga mereka hanya tinggal nama. Isteri toksik, banyak tekanan, tiada lagi rasa suami isteri.

Saya tak suruh dia bercerai. Tapi dia sendiri yang buat keputusan untuk halalkan hubungan kami.

Dia muda. Elok rupa. Wangi.

Pegawai audit kesayangan pihak atasan. Berisi tapi penuh karisma. Cara dia bercakap, cara dia bawa diri buat saya rasa dihargai, buat saya rasa perempuan semula.

Mereka cakap saya perampas, tapi mereka tak tahu saya muncul ketika dia dah ditinggal secara emosi.

Tapi cabaran saya bukan dari isterinya saja.

Bekas kekasih dia pun masih ganggu.

Kononnya ikhlas bantu dari segi kewangan dulu. Tapi bila tahu dia pilih saya, dia naik marah. Dia tuntut hutang, keluar surat, gali kisah silam saya, fitnah saya.

Paling menyakitkan dia panggil saya ‘mak cik’ sebab umur saya lebih tua.

Saya menangis depan lelaki tu.

Tapi dia genggam tangan saya, lap air mata saya, peluk saya dan bisik:

“Saya pilih awak. Jangan takut. Saya dengan awak.”

Dalam pelukan dia, saya rasa kuat semula.

Tapi saya tak dapat sorok satu perkara saya benci kucing.

Seekor kucing betina yang dulu bekas GF dia hadiahkan, masih tinggal dengan dia. Saya tak selesa. Saya geli.

Sekarang, bekas GF dia tuntut kucing tu balik tapi langsung tak bagi duit untuk kirim balik ke Sarawak.

Saya yang kena tanggung rasa terganggu, dia pula nak tunjuk hak.

Dan ya… saya tahu kewangan lelaki saya sangat tenat sekarang.

Loan peribadi dia kena tolak. Dia dihalau dari rumah sewa.

Dan tuntutan bakal ex-wife (bila lafaz dibuat nanti) pasti akan jadi beban tambahan.

Dalam diam, saya ada satu permintaan.

Saya tak mahu anak-anak dia tinggal dengan dia bila cerai rasmi berlaku nanti.

Saya tak berani cakap terang-terangan, sebab saya tahu dia akan marah. Tapi saya hanya mahu hidup berdua dengannya.

Tanpa gangguan. Tanpa komitmen yang tak kami rancang.

Saya mahu semua perhatian dia untuk saya saja.

Saya mahu kami bebas, dan hidup ikut aturan kami sendiri.

Saya tahu orang luar nampak saya macam perosak. Tapi Tuhan tahu niat saya.

Dan yang paling buat saya kuat ibu lelaki itu sangat baik dan menerima saya.

Saya pernah ikut mereka hantar mak dia ke lapangan terbang waktu nak pergi haji. Dia peluk saya dan senyum.

Bagi saya, itu satu isyarat bahawa saya masih ada tempat dalam hidup ini walau semua orang mencemuh.

Saya bukan sempurna. Tapi saya jujur.

Kalau itu harga yang perlu saya bayar untuk cinta saya rela.

– SJ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. haram kak peluk2
    kucing tu kt rmh dia biala, ko bukan serumah dgn dia pun.
    ko dh masuk rmh dia ke kak? dosa kak
    anak dia tu smpai mati tanggungjwb dia kak.
    kepala hotak ko bejambul la kak

  2. tapi setahu saya, lelaki kalau curang memang dia akan kata dia dengan isteri dia dah lama ada masalah dekat rumah. tinggal tunggu masa je untuk cerai. hmmm ayat biasa tu

  3. you go girl! mcmni la kita nk tgk. sondol selagi boleh, anak2 dia ko buang . baru boleh bahagia

  4. Sama je kan jalan cerita laki curang konon memang ada masalah dengan bini sekarang. Yang si janda ni pun simpati la konon and terpaling dipilih, gatal.

    Tolong la makcik, dah tua2 ni nak hidup tenang2 je, ni kau sibuk nak hidup dengan laki yang nak jatuh miskin yang nak pergunakan kau. Dah la masalah keliling, masalah bini, masalah ex gf. masalah kuceng, masalah anak, pelik betul pilih jalan hidup pun. Dapat hati dia sekali masalah buat apa. Bertaubatlah

  5. Terdesak level dewa. Haha!! Sampai jd b0d0 x dpt fikir mana betul mana tidak. Selfish tahap n3r4k4 sbb xnk anak² dia hidup dgn dia. Oi betina, sedar la eh. Sblm terlambat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *