Dara Atau Tak?

Assalamualaikum semua, terpanggil untuk berkongsi pendapat aku berkaitan topik ni.

Mudah je, berbalik pada qada dan qadar serta keadilan Tuhan. Dan keadilan Tuhan tu tak terjangkau akal kau hikmahnya.

Jika kau lelaki baik, adillah untuk kau dapat jodoh yang baik, yang terpelihara maruahnya. Tapi kau jangan tetapkan itu syarat yang wajib dalam kau memilih jodoh. Tak wajib untuk kau merisik calon isteri kau ada dara ke tidak, sedangkan Tuhan dah tutup aib dia.

Dalam hal ini, jika kau diuji dengan mengetahui isteri kau tiada dara pada malam pertama, redha, sabar, dan tersenyumlah. Tuhan sangat-sangat sayangkan kau. Pasti di sebalik ujian, kau diberi kebaikan baik di dunia dan di akhirat.

Tugas kau, maafkan isteri kau atas kesilapan dia pada masa lalu. Ingatlah, isteri tu hanya pinjaman dalam bentuk ujian buat kau. Didiklah dia mengikut bentuk acuan yang kau mahu.

Bagi lelaki yang pernah melakukan kesilapan, dalam erti kata lain berzina, kau janganlah putus asa. Taubatlah cepat. Ingat segala nikmat yang Tuhan kau beri masa kau berzina.

Tipulah masa kau berzina kau tak bernafas, dah penat kau makan minum, kau check out hotel selamat je kau drive balik rumah.

Kau muhasabah, dalam kau bermaksiat pada-Nya, kau masih diberi nikmat nyawa, rezeki, dan keselamatan. Sayang gila Tuhan pada hamba-Nya. Rindu Tuhan nak dengar kau merintih bertaubat melebihi rindu emak pada anaknya.

Buat para gadis yang dah pun terlalai hilang mahkota, pesan aku sama lah macam perenggan atas. Bertaubat. Bila jodoh kau sampai, kau jangan cerita langsung kisah silam kau.

Suami kau tak ada hak tahu aib kau, sedangkan Tuhan kau dan juga Tuhan dia dah pun tutup aib kau. Kalau suami kau tahu jugak lepas malam pertama, kau terus terang dan serahkan nasib kau pada Tuhan. Tawakal, bhai. Serahkan diri kau total pada Tuhan.

Fuhh, dah lah kau dah taubat, tawakal lak pada Tuhan, gerenti Tuhan akan lembutkan hati suami kau, sebab dah memang qada qadar suami kau diberi ujian berjodoh dengan kau. Pasti dia boleh tanggung sebab Tuhan dah janji tak akan beri ujian melebihi kemampuan hamba-Nya.

Aku nak tekankan buat para soleh dan solehah di luar sana, jangan sekali-kali pandang rendah pada penzina dan pembuat maksiat. Tuhan benci dan murka perbuatan maksiat tapi Tuhan tetap sayang dan cintakan pelaku perbuatan.

Kalaulah kau tahu, ahli ibadat ujiannya riak dan takbur, yang bagi aku cukuplah sukar menjaga hati dari riak ni. Pelaku maksiat cukup setitik air mata ikhlas bertaubat, sampai ke langit kedengaran tangisannya.

Hina dirinya bawak ke mati, sentiasa terbayang setiap maksiat dan dosa baik dalam lena dan jaga. Lebih baik dari seribu tahun ahli ibadah yang di hujung nafasnya tertolak segala amal sebab riak dan sombong.

Kesimpulan, chill-chill je soal jodoh ni dapat dara ke tak. Ahh, masa kau dalam kandungan, Tuhan dah tulis jodoh kau dara ke tak. Bila dah besar, diberi izin dan rahmat jadi soleh dan solehah, kau mula judge orang sana sini.

Kau hamba buat cara hamba, jangan sibuk jadi Tuhan hukum orang. Soal hudud berkait tanggungjawab pada pemerintah, ni lain punya discussion. Yang aku dan kau yakin, Allah ampunkan segala dosa kecuali satu: SYIRIK.

So, kalian jangan putus asa dengan pengampunan Tuhan. InsyaAllah.

– Hamba Tuhan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

    • pergila amek blk mahkota awak kat laki yg da rampas tu. ni sibuk nk yg helok berkerjaya ada duit pastu bila bakal suami tnya ada dara ke x? ko jawab ‘laki baik xperlu soal kisah silam perempuan’ puuiihhh!

    • tu lah, cari tau lagi aib org. Kan dah terluka. Sibuk nak tanya2 aib org. ahahah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *