Adakah ini ‘Penyakit Ain’

Hi semua, aku Yaya. Dah berkahwin dan mempunyai keluarga yang bahagia. Alhamdulillah. Mungkin perkahwinan kami masih wangi lagi. Baru menginjak usia 4 tahun. Alhamdulillah.

Aku pertama kali buat confession ni cuma untuk melepaskan sesuatu yang terbuku di hati. Memandangkan esok aku cuti kerja sebab ada temujanji ‘buku pink’, jadi mata ni berat nak lelap.

Pertama sekali, aku nak cerita. Aku suka baca berita-berita mengenai kawan-kawan di media sosial. Ada satu kawan ni, aku follow dia dari umur aku sekolah menengah. Waktu baru main media sosial, kita terima sahaja sesiapa yang tambah kita sebagai kenalan.

Jadi, aku follow dia yang tua beberapa tahun dari aku. Berkenalan dengan abang tentera, bertunang dan berkahwin. Aku follow rapat tau sebab dia ni orang yang suka post everything — dari dia belajar masak untuk tunang dia sampai nikah, sampai beranak-pinak.

Aku ketika tu tingkatan 3, nak ambil PMR. Kakak tu umur 18 macam tu. Orang kampung, tak kerja pun, tapi kekasih hati belanja macam-macam, dapat kejutan hari jadi. Dalam hati waktu tu, “Uish bahagia juga kenal abang beruniform ni. Tak payah fikir kerja, fikir nak kahwin dan persiapkan diri untuk jadi isteri je.”

Lepas tu akak tu berkenalan dengan abang tentera dan bertunang. Aku suka follow journey dia. Maklumlah, berangan juga nak kahwin dengan abang-abang beruniform ni. Seronok tau. Kita budak-budak. Macam amaze gila.

Sampai aku habis degree, aku follow dia. Waktu tu dia ada anak dah. Dia tak pernah tahu aku ni follower sejati dia. Tak apa, aku pun happy tengok orang happy.

Nak dijadikan cerita, aku pun kerja dan sibuk. Jadi tak berapa ada masa tengok media sosial. Dalam 3 atau 4 tahun berlalu, aku dah kahwin dan anak pun dah sorang. Aku kerja santai sikit. Banyak work from home sebab dah senior. Alhamdulillah, rezeki aku.

Rajinlah scroll media sosial yang dah berhabuk tu. Eh, akak tu dah berpisah ye? Kesian gila. Anak kecil-kecil. Aku pun hantu bawang dah mai. Aku stalker.

Dalam hati aku, “Kenapa ye? Akak ni punya cantik gila, ala-ala Lisdawati muda, muka dia baby face, tak berubah dari 18 tahun yang lepas. Dia pun tak bermakeup sangat, so aku kenal. Kalau dah make over, mungkin aku pun tak tertarik nak tahu lebih lanjut.”

Jadi, bekas suami dia curang. Mungkin juga dia PJJ dengan suami dia. Dia ada post juga ketika berpisah, anak dia masih merah. Dia berpisah ketika dia masih pregnant. Dalam hati aku, “Ya Allah, macam ni je Kau spin life orang ye?”

Semoga akak tu kuat untuk besarkan anak-anak dia yang dua orang tu. Aku tengok dia sekarang rajin post dia brisk walk. Aktif besarkan anak-anak dia. Positif lah hidup dia.

Cuma dalam awal tahun haritu, mungkin dia dah jumpa pengganti. Selalu post keluar makan dan banding-bandingkan dengan ex-suami dia. Boleh kata hari-hari tau. Adalah 3 bulan straight tanpa gagal.

Dia kalau post story, dia lebih 10 sehari. Aku memang bawang, so jangan pelik. By the way, dia selalu ayat perli lah, bukan ayat direct. Tapi aku sebagai penggemar dia, aku tahu lah.

Jadi aku pun guna akaun kedua aku, chat personal kat dia. Aku nasihat dia, aku follow dia dah lama. Jadi lebih baik dia tak beriya-iya sangat post supaya dia tak kena ain. Kesian dekat anak-anak. Saya suka dia post pasal anak-anak dia sebab anak-anak dia comel.

Okey, judge je aku. Sebenarnya, panjang lagi aku nasihat dia, tapi aku pun tak berapa ingat dah. Then dia ugut aku nak viralkan aku sebab kacau hidup dia. Aku pun malas reply. Aku cuma luahkan pendapat aku je sebab aku tengok yang komen post dia semua fake.

Tapi dia ambil nasihat aku positif. Tak ada dah post hari-hari. Post pun happy-happy dengan anak-anak. Gaya hidup sihat. Best lah tengok. So tak adalah rasa annoying. Yelah, bagai nak rak kan. Sekali gerak. Dosa weh aku mengata orang.

Aku pun story benda ni dekat husband aku. Husband aku bebel non-stop suruh aku sibuk urus hidup aku je. Okey still panjang ye.

Cerita Kedua

Waktu aku ambil degree, aku aktif main satu aplikasi menyanyi ni. Waktu tu aku hot gila lah. Tapi aku ada kekasih hati dah, so hot tu kejap je, lepas tu suam dah. Aku punya circle jumpa pelbagai jenis umur.

Ada artis betul, ada artis acah-acah. Ada pemuzik band kat Sogo, ada pelakon, ada doktor, ada pomen, ada kerja sektor kerajaan, ada jururawat, ada peguam, ada ahli perniagaan, ada mak datin pencen, ada dato, ada cikgu, ada kerja kilang, ada pelajar macam aku, budak SPM pun ada. Semua ada, so kami saling simpan kontak.

Ada banyak post kawan-kawan yang aku respond ye. Contohnya, “Bestnya travel.” “Comelnya anak.” Lebih kurang lah.

Tapi, ada pasangan suami isteri dalam komuniti aku ni. Dan semua saling tahu benda tu. Kami sama-sama saling hormat. Sekali tu aku pun respond terhadap kawan kami yang post mengenai keluarga. Sekali isterinya PM aku. Terus tuduh aku nak try suami dia.

Logik lah. Aku ni ada kekasih. Dia pun dah tua. Dan bukan aku seorang yang respond. Dan respond semua orang boleh baca juga. Dan kekasih aku pun kenal mereka berdua. Aku terus naik angin dan block mereka berdua. Tapi di media sosial masih kawan ya. Cuma di aplikasi private sahaja di-block.

Aku di-PM sama organizer group. Jadi bila aku cerita, semua pun pernah kena tuduh. Jadi kami kategorikan isterinya sakit mental. Walhal isterinya cantik gila. Anak ramai tapi cantik sangat. Dah tua tapi. Siapalah aku yang masih belajar. Budak-budak lagi.

Beberapa tahun berlalu. Aku scroll-scroll malam ni. Tiba-tiba ternampak post mengenai isterinya. Dan tengok wifenya berbeza sangat. Dulu-dulu sopan dengan handsock. Sekarang seksi gila. Bila di-stalker lagi, mereka dah berpisah.

Punya isteri perjuangkan semuanya. Semua perempuan yang dalam komuniti dikatanya menggatal. Mungkin yang bekerja di ofis suaminya juga dikatanya menggatal. Akhirnya berpisah. Begitu je.

Yes, mereka selalu post yang manis-manis. Tapi aku tak kisah sangat. Benci di hati masih terasa. Di tuduh gatal. Woi, aku pun tahu lah laki orang. Sekali begitu je.

Suami dia macam biasa, tak exposed semua. Lelaki biasa, tenang. Post banyak repost suami rasa tak dihargai dan macam-macam. Okey, apa pun semoga yang terbaik buat kalian. Sebab kalian loving couple kot. Sama cantik sama padan. Anak pun dah besar-besar. Lebih 10 tahun dah kahwin kan?

Dekat sini aku berharap, semoga aku pun dapat ambil iktibar. Semenjak kahwin ni, aku dah stop berurusan secara talian. Tak ada dah komuniti-komuniti online ni. Fokus hidup rumah tangga je. Cuma itu lah. Soalan aku, adakah itu penyakit ain? Banyak aku baca artis-artis kena ain lately.

So aku memang sejenis tak berapa suka post. Tapi bukanlah jenis sendu sangat. Banyak post-post untuk abadikan kenangan je. Bukan untuk show off.

Maaf andai terlalu mengajak orang mengumpat. Aku harap pengajaran ni untuk diri sendiri. Lebih perbanyakkan baca Quran dari scroll.

Terima kasih sudi baca..

– Yaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *