Benarkah Aku Kuat?

Assalamualaikum semua, tujuan saya kongsi cerita ni bukan untuk bahan membahan atau sebarkan aib sesama manusia.

Saya cuma nak tahu masalah yang saya hadapi ni cuma sedikit ataupun sebenarnya kerap berlaku dalam rumahtangga pasangan lain, dan saya nak tahu juga cara kalian selesaikan masalah ini.

Suami saya mula merokok dari sekolah menengah lagi, sekarang tukar kepada vape tapi masih juga tegar sehingga saya dapat terbau baunya ketika dia tidur.

Dia seorang gamer, suka streaming dan suka buat editing content semualah. Main gym tapi pemakanan kurang sayur dan tak makan vitamin apatah lagi nak pergi full body check up dengan doc.

Umur 35 suami tahun. Saya pula muda 4 tahun dari suami.

Masalah yang kami hadapi sekarang hampir setahun kami tak bersama seperti biasa, maksud saya kejadian terjadi tapi berakhir dengan …… kerana masalah kesihatan lelaki.

Pernah je cuba beberapa pil farmasi tapi beli online.. Coffee, yang orang promote di kedai online (liquid) based nama binatang2 pun pernah cuba tapi tak menjadi.

Saya cuba kuatkan mental saya untuk hadapi masalah ni dengan sibukkan diri kerja (bisnes biasa2) dan drive sana sini hantar anak2 sekolah, tapi jauh di sudut hati saya, saya sedih…

Banyak kali saya cakap ini ujian ini ujian..

Saya solat berdoa supaya saya kuat tapi roboh juga kadang2.. saya menangis, fikir nak berpisah tapi saya tak nak anak2 jadi mangsa saya, tak boleh selfish sebab mereka sedang membesar…

Sekarang ni saya banyak elak tengok cerita yang ada unsur ke arah romantik, tapi baru2 ni cerita ‘Dia Bukan Syurga’ lalu kat TT, comel je tengok…

Suami saya pula makin kurang dah nak cium pipi atau dahi, tak tahu lah kenapa tapi firasat hati saya dia pun alami komunikasi dalaman dia sendiri seperti saya.

Maaf jika penulisan saya tidak bagus dibaca. Saya harap saya dapat baca komen2 yang boleh membuka idea atau jalan buat kami. Terima kasih.

– Nellynisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *