Aku jujur jelah. Aku tulis ni sebab aku masih rasa orang lelaki akan pilih perempuan cantik over kriteria2 lain yang seorang perempuan tu ada.
Cantik mesti no satu.
Walaupun dia tak pandai masak ke, tak pandai bergaul ke, malas kemas rumah ke atau kurang ajar dengan orang lebih tua, asalkan kau cantik, dia tutup mata.
And perempuan muka cantik ni selalu sangat tak hargai cinta-cinta yang datang kat diorang sebab dorang boleh pilih and petik jari saja. Boleh demand. Nak laki kaya, kerja apa, muka macam mana, dll.
Aku just nak cerita pasal sepupu2 aku since aku ni sepupu sulung, aku memang nampak trend camni kat sepupu2 aku yang muda.
Kami ni membesar sama-sama. Jenis sedara dekat2. Dah tau sangat perangai masing2. Aku nak cerita pasal anak Mak Uda dan Mak Tam aku.
Pak Uda engineer. Bini cantik. Anak 2 orang perempuan cantik. Mak Ida tak kerja sebab suami mampu. Tapi bukan jenis yang kaya sangat, bolehlah.
Mak Uda aku memang tak masak and tak buat apa ya kat rumah walaupun dia tak kerja. Pak Uda aku tulah yang hantar ambil anak sekolah, beli lauk siap & dorang anak beranak tinggal makan je.
Kerja rumah pun pak Uda aku buat, basuh baju semua sebab memang Mak Uda aku tak nak. Dia tak suka kuku dia rosak.
Akibatnya anak-anak dara diorang (sekarang dah 20an) memang sebiji macam mak Uda. Belajar sampai diploma, tapi semua tak tau.
Masuk dapur pun geli. Kerja depa makeup tebal, pakai tudung lilit2, content & live TT pastu OOTD. Kalau jumpa ramai-ramai, tempat mustahil dorang akan duduk ialah dapur. Diorang panas and tak tau buat apa2.
Masa kecik dulu, aku pernahlah lepak rumah anjang aku sebab aku ngaji dengan dia. Sekali tu, Pak Uda aku datang pas maghrib. Kebetulan kami baru nak makan malam. Aku tengok Pak Uda aku makan selera sangat sampai nampak muka terharu dia.
And haritu aku terdengar yang Pak Uda mengadu kat Pak Anjang aku, dia rasa terbeban perasaan sebab macam semua dia kena beri dalam rumahtangga. Tak ada give and take. Isteri selalu rasa tak cukup & meminta2.
Camtulah lebih kurang, tapi banyak mengadu pasal Mak Uda yang asyik meminta2, takde give and take.
Aduh penat pula tulis. Baru cerita latarbelakang Mak uda kah kah.
Okay sekarang kita cerita pasal Mak Anjang. Pun adik ayah aku. Mak Anjang ni dia paling tak direzekikan muka cantik, and lain sikit dari adik beradik.
Even masa dia nak kahwin, Mak Uda memang gelakkan dia sebab Mak Uda tak boleh terima yang Anjang boleh accept suami dia sekarang.
Anjang aku kerja kerani. Suami dia kerja posmen, gaji kecik je kalau ikut dua2. Rupa suami dia pun sekufu lah dengan anjang. Dan anak2 mereka pun, 3 orang perempuan yang senang cerita Allah rezekikan muka tak secantik anak Pak Uda tu.
Tapi part adab, buat kerja rumah, masak, dan semua memang perfect. Budak bertiga ni pun rapat2 and sampai degree even ada baru grad master. Ngaji pun sedap wakil kampus.
Macam langit dan bumi lah sepupu2 aku dari Mak Uda & Mak Anjang. And kalau kau tanya wife material, ofkoslah aku pilih anak Mak Anjang!
Sampailah tahun ni, dah 2 tahun berturut2 Mak Uda terima menantu dan tayang menantu2 lelaki dia yang kaya raya. Bukan orang jauh pun, sedara dekat yang mak ayah semua saling kenal.
Dan perangai princess2 anak Mak Uda ni pun, semua tau je sebab memang tak disorok.
Tapi dorang tetap pilih anak Mak Uda sebab cantik, walaupun dorang kenal and tau sangat kualiti and wife material anak Mak Anjang. Sorang menantu pegawai korporat, sorang lagi anak tokey syarikat umrah.
Baru ni, semua anak2 menantu dia buat haji PJH yang 200k tu. Mak Uda asyik cakap “tak taulah apa kebaikan yang dia buat sampai dapat rezeki macam ni,”
Masa tu dia cerita kat kami semua. Termasuk lah kat Anjang aku tu. Yelah Mak Uda kata rezeki dia melimpah ruah, anak2 kahwin cepat dengan lelaki mampu, dapat haji mahal, dia rasa ‘hidup diberkati’. Camtulah lebih kurang.
Dan kelmarin,
Anak sulung anjang call aku, dia luah perasaan sedih dia. Padalah dia ni kelakar gila & happy go lucky. Dia kata, dia tak berniat pun untuk rasa di compare. Tapi orang selalu compare dengan anak Mak Uda bila part jodoh.
And dia sampai tanya aku,
“Kalau perempuan tak cantik ni memang kita takkan berpeluang memilih & dipilih oleh orang yang handsome, kaya, kerja baik? Perempuan macam dia ni memang pilihan terakhir ke lepas lelaki2 tak dapat tackle yang cantik?
Perempuan yang tak pernah bercinta macam dia ni, kena accept je ke jodoh yang datang sebab tak pernah pun ada peluang untuk pilih,”
Aku tarik nafas panjang.
Cycle dia berulang. Macam mak ayah depa dulu. Aku tengok muka anak bujang aku yang dah kat sekolah menengah.
Kalau nanti anak aku pilih perempuan Bimbo & takde wife material macam anak Mak Uda, siap kau aku perambat!
So sekarang. Aku nak pembaca jujur jawab dengan aku.
1. Untuk perempuan berwajah awam, kau pernah rasa benda yang sama? Pernah ke kau rasa, lelaki handsome dan kaya hanya untuk perempuan cantik je?
2. Untuk perempuan berwajah swasta & cantik, korang memang menggunakan kecantikan korang tu untuk win over lelaki eh? Walaupun kau takde kualiti lain, yang penting kau yakin dia akan terima & tergilakan kau je sebab kau cantik.
3. Untuk lelaki yang handsome, kaya, berbudi, bervisi tinggi, apa pilihan kau? Anak Mak Uda ke anak Mak Anjang? Huraikan.
Kahkah. Hujung minggu aku kasi korang jawablah assignment aku. Jujur je. Adalah input aku nak bgtau kat sepupu aku Along Wardah tu.
– Esya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sebagai orang yang berwajah biasa2, .. lelaki rupa biasa2 pon memilih nak yang cantik, apatah lagi yang kacak ada rupa..tapi aku tak kisah, just take the opportunity untuk cantikkan diri sendiri, pakai skin care, cuba styling..lastly perempuan yang rupa biasa2 pon boleh jadi cantik bila CONFIDENT dengan diri sendiri.
Byk betul masa ko pk pasal orang dan buat survey..
Pastu aku pun banyak masa ek nk reply kat ko..
Pada aku cantik tu no 2..
Yang lebih penting dari cantik adalah yakin
Jadi utk anak mak anjang tu..ko kena ajar diorg jadi yakin, kalau rasa muka tu hodoh sangat level selipar jepun, try la makeup2 org berpakaian yang menampakkan keyakinan tinggi..
Percayalah sebab aku penah buat, selalu aku sempoi2 pakai sling bag, sekali aku pegi meeting pakai tote bag org terus memandang serius..
It’s about how you bring yourself .aaagitchew
saya tak tahu la saya cantik ke tak. tapi yang pasti la kalau berkaitan lelaki kita buat salah. kita takkan kena marah.
salah 1 nya.
saya dulu pernah kerja fnb pernah tolak troli penuh barang tak nampak ade customer tgh duduk cari barang kat depan saya langgar sampai berguling ye lelaki tu. mula2 laki tu marah2 cakap tak nampak ke. tapi bila saya datang dekat dia minta maaf. dia boleh tanya saya ok ke.. tak sakit mana2. yg berguling dia. yg dia tanya sakit ke tak.. tu napa. sampai ke kaunter dia asyik tanya saya sakit ke tak.
perempuan cantik selalu dia mudah nk dapat apa dia nak. n mudah dapat perhatian n layanan bak princess.
n saya ada adik lelaki. bila saya tanya ciri pilihan. dieorg ciri2 semua yg cantik tak kisah bam2 ke kurus. tapi cantik.
kalau risau anak dapat perempuan tak reti masak. takpe yang penting perempuan tu nk belajar masak..
ramai je lelaki cari perempuan bimbo. n sanggup cari keje gaji ber k.. n upah org sbb xnak isteri hilang kecantikan.