Katak Bawah Tempurung

Aku dah penat asyik menangis. Sebenarnya masalah aku ialah aku tak minat belajar. Aku tak suka membaca. Aku belajar semata-mata nak jawab exam. Aku sambung belajar semata-mata nak banggakan parents aku. Aku try dapat kan pointer tinggi2 semua semata2 sebab parents.

Sebenarnya aku macam tak ada life. Aku tak tahu aku minat apa. Dah bertahun2 aku try cari minat aku tapi tak jumpa. Kalau ada pon, tapi tak ada bakat.

Aku ni homebody. Suka duduk rumah. Hadap laptop, tengok tv, buat kerja rumah. Aku tak suka bergaul dengan orang. Kawan aku cuma lah haiwan. Aku bela kucing, hamster, rabbit. Aku seronok berkawan dengan haiwan berbanding manusia.

Kadang2 bukan aku sengaja tak nak bersosial dekat luar, tapi sebab aku tak reti dan memang aku tak ada interest nak bercommunicate dengan orang. Bila orang cakap dengan aku pun, dorang akan rasa fed up sebab aku ni emotionless and expressionless.

Aku tak kisah sebab family aku pon selalu rasa bosan bercakap dengan aku sebab lack of respond. Dah memang aku lahir macam ni. So family aku da biasa. Tapi kat luar aku ni kira macam tak ada kawan.

Bila cuti sem pun aku duduk rumah je. Tapi aku happy je duduk rumah. Cumanya, orang yang homebody macam aku ni, bila da duduk di uia berseorangan,mudah rasa sunyi and homesick.

Seriously, aku homesick sangat. Aku happy sangat duduk kat rumah kawan dengan haiwan2 aku. Buat hal aku sendiri, tolong mak ayah buat kerja rumah, tolong adik buat kerja sekolah, hang out dengan keluarga bagai. Aku happy bersama dengan keluarga aku dan haiwan2 aku.

Duduk kat UIA ni aku terperuk je dalam bilik. Pergi kelas, balik mahallah. Tu je rutin aku. Aku tak pernah ke café mahallah sebab ramai orang. Aku tak suka tempat yang ramai orang. So, aku selalu tahan lapar.

Bila terdesak sangat je aku pergi beli makanan. Tu pon aku lebih prefer pegi kedai runcit beli la maggi, roti or pape yang boleh makan.

Pergi ke kelas pon ramai orang tapi sebab terpaksa. Kalau boleh aku nak berhenti belajar sebab aku tak nak buat apa yang aku tak suka. Aku tak suka belajar sebab tak minat. Aku rasa clueless duduk dalam UIA ni. Aku nak balik sangat.

Kalau boleh aku nak je pergi apply berhenti belajar terus. Tapi nanti apa kata parents aku pula. Nanti mesti dorang risau and ingat aku tak ada masa depan.

Seriously, kadang2 aku rasa aku macam tak ada masa depan. Belajar tak mahu, minat tak ada, hala tuju tak ada, anti social and blablabla. Aku tak tahu nak teruskan hidup ni macam mana.

Aku pernah buat confession2 macam ni kat blog aku. Ada orang left comment cakap aku ni sebenarnya kena rujuk pakar psychiatry or psychology or something like that.

Bila aku baca orang comment2 macam tu mula lah aku rasa macam aku ni sebenarnya ada penyakit berkaitan dengan psychology ke? Sobs. Homesick sangat….

– Si Katak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *