Mengemas, Pengemas, OCD

Salam semua. Aku nak juga buat confession tentang diri aku. Aku seorang pengemas, gemar mengemas.

Setiap tahun, aku akan bertukar bilik (lumrah orang yang stay di hostel/mahallah). Setiap tahun juga aku akan bertukar rumate. Dan setiap tahun juga rumate-rumate aku pasti akan memahami perangai aku ni.

Pada mulanya aku hanya merasakan aku suka tempat yang kemas. Lama-kelamaan, baru aku sedar aku seorang yang perfectionist.

Pen warna-warni yang aku guna, pasti akan aku susun cantik-cantik. Pensil-pensil dan pen-pen aku susun cantik-cantik walau aku tengah guna untuk study.

Baju-baju yang aku sangkut dalam almari mesti sama tinggi. Susunan baju pun ikut jenis baju dan seluar. Kalau ikutkan, nak susun ikut warna macam kat supermarket tu, tapi ruang tak cukup.

Katil aku? Cadar yang tak pernah tak tegang. Sentiasa sahaja kemas. Hinggakan kawan-kawan aku yang nak lepak kat bilik pun tak berani nak lepak atas katil aku. Kata dorang kemas sangat.

Aku ni hari-hari sapu sampah, lap meja tulis, kemas katil, buang sampah, dan hujung minggu pula buang sawang-sawang kat dalam bilik dan cuci kipas.

Kasut-kasut aku pula, aku susun cantik-cantik. Termasuklah kasut-kasut rumate aku. Setiap kali pulang dari tandas, jika aku nampak kasut atau sandal berselerak, pasti aku susun balik. Kat masjid pun aku suka susunkan. Hehe…

Aku sebenarnya jarang-jarang melepak di bilik kawan-kawan. Bukan apa, aku takut aku terkemas bilik diaorang sekali. Bukan sekali dua terjadi.

Hinggakan bila aku nak pergi bilik member, dorang akan kemas dulu bilik, kemudian baru bagi aku masuk. Punyalah tak mahu aku yang kemaskan.

Ada juga sekali aku dapat rumate yang cun melecun, tapi merokok pula, ditambah pula bukan pengemas.

Masa tu aku dan dia satu compartment, tahu. Katil aku di atas dan dia di bawah.

Baju-baju yang dia angkat dari jemuran akan dia campak je atas katilnya. Buku-buku dan nota-nota berselerak atas meja. Pintu almari pun dia jarang-jarang tutup dan buatkan aku nampak betapa berkecamuknya almari dia.

Aku ni taklah jenis nak marah-marah. Aku buat macam aku kat rumah. Lipat je baju minah ni. Semua baju okay. Luar dalam aku lipatkan cantik-cantik dan susun atas katil dia. Katilnya pun aku kemaskan. Apatah lagi buku-buku dan nota-notanya.

Mula-mula rumate aku serba salah. Lama-lama dia malu sendiri dan akhirnya dia kemas juga barang-barang dia walau tak seperti yang aku mahukan. Namun aku cuba bersabar.

Bagi sesetengah orang, benda ni simple. Tuala pun korang campak je mana-mana korang rasa perlu. Namun bukan aku. Semua benda patut diletakkan di tempat yang sepatutnya. Senget sikit pun boleh buat aku stress.

Kalau beli air yang berais, pastilah atas meja nanti akan berair, kan? Dan selalunya kawan-kawan aku buat bodoh je. Aku pula, tidak. Mestilah aku letak lapik di bawahnya. Pergi makan kat kedai pun, aku yang berkali-kali lap meja makan. Walaupun pelayan dah lap.

Entahlah. Lama-kelamaan aku mula dapat menahan diri aku dari mengemas bilik kawan-kawan aku. Yelah, nampak macam aku menghina dorang pula.

Hati aku masih sakit melihat tu semua, tapi masih boleh bersabar. Namun ada banyak lagi yang aku tak boleh consider. Terutama bab-bab bilik air yang kotor, katil tak kemas, buku tak teratur. Tangan aku ni macam automatik pula pergi susun.

Kalau di perpustakaan tu, kerap juga aku tolong susunkan buku. Sebab tu aku tak suka pergi library. Hehehe.

Bila umur makin menginjak, aku mula cuak. Takut-takut aku dapat bakal suami yang tak pengemas macam aku… Aaarrrghhh… Mau aku mental dibuat suami sendiri.

Kawan baik aku pun, macam dah kenal sangat aku. Keretanya juga bersih je bila aku naik. Yelah, bila aku nampak kotor je aku yang tolong kemaskan. Kalau tak mampu juga, memang aku berleterlah nanti.

Aku survey-survey tentang diri aku yang nak perfect je ni. Rupa-rupanya penyakit OCD. Tapi aku rasa aku normal je. Bezanya aku suka bersih, kemas dan teratur. Everything mesti teratur.

Owh bakal suami aku (yang mana aku masih single dan available), aku berharap sangat kau pengemas. Tak macam aku pun tak apa, tapi janganlah sampai tahap pengotor.

Kadang-kadang aku terfikir, ada ke yang nak kat aku yang cerewet bab-bab mengemas ni.

Apa kata korang ek?

– Cik Pengemas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *