Saya ada terbaca kisah isteri derhaka. Yang menceritakan suami nye bagi masa 2 tahun untuk isteri kembali taat, tapi tak diendahkan.
Cerita saya terbalik. Saya seorang isteri yang menyerahkan seluruh jiwa raga saya untuk keluarga kecil kami.
Sebelum ni saya merupakan suri rumah tangga. Bila anak2 dah besar sikit saya plan nak cari kerja.
Memandangkan lokasi kerja suami saya di pedalaman, agak sukar untuk saya dapat kerja di area situ. Saya nekad untuk cafi kerja di Selangor, tempat mak ayah saya tinggal.
Saya minta izin suami untuk kerja, dan kami pjj. Anak-anak dengan saya.
Saya kira dah hampir setahun kami pjj. Baru baru ini, instinct saya rasa lain. Saya check phone suami, betul tekaan saya.
Mesej perbualan dengan rakan sekerja perempuan, saya rasa lebih kepada gurauan yang tak perlu sekiranya kita anggap dia sebagai seorang rakan sekerja.
Saya tanya suami elok2, tanpa marah2, saya memang jenis yang tenang je, tak pandai nak membebel bila marah. Biasa orang perempuan kan suka membebel. Tapi saya tak. Saya diam je. Buat macam biasa.
Saya cuba pulihkan hubungan kami, saya ajak suami ke tempat kami diijabkabul dulu. Tempat yang menjadi saksi, kita nak bina bahagia sampai syurga.
Kami saling bermaaf-maafan, meluah kan rasa hati sama2. Ingatkan batas sebagai seorang suami, dan muslim.
Tapi, saya dapati, dia cuba juga untuk start conversation dengan rakan sekerja nya tu bila kami sambung pjj.
Harini saya dapat kekuatan, saya tunjuk kat suami, pasal sesi kaunseling dan cerai fast track.
Respon nye ok, ok dan ok.
Tiada rasa serba salah, tiada rasa nak pujuk saya.
Saya cuba untuk bertahan, mungkin saya bukan lagi yang terbaik di hati nya sekarang.
Saya yang sentiasa menjaga maruah diri, tapi akhirnya dikhianati.
Ada tak tips, untuk kuatkan semangat demi anak anak saya.
Saya perlukan kata semangat dari mereka yang berjaya untuk bertahan dalam situasi ni. Atau mungkin dari mereka yang berjaya melepaskan semua nya pergi.
“Terima kasih abang, jalankan tanggungjawab abang selama ni dekat sayang dan anak-anak dengan baik”
– Nobody (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
klu boleh jgn PJJ dgn suami, mungkin puncanya, jadi Puan jgn PJJ, tanggungjawab suami cari rezeki, bukan isteri
Kalu ko berenti tinggal balik ngan somi tak semestinya dia tinggalkan lover dia. Kalu ko terus pjj dia perlukan pengentel telor. Ikut ko la sis. Sejenis telo kena bini jaga payah gak. Last2 bini salah.
nak sgt keja pjj kan da mendapat. baik betina lain yg jaga mkn pkai laki ko. pdn la muka ko! elok cerai je ko cari jodoh lain kat selangor tu