Salam akak abang semua. Sorry sebab seorang budak sekolah macam saya boleh tersesat dalam page IIUM Confession ni, haha.
Honestly tak tahu lah nak luah kat siapa sebab saya rasa macam semua orang tolak saya. Sebenarnya tak berapa nak selesa guna “saya awak” ni tapi maybe kena tunjukkan sedikit rasa hormat dekat page siswa dan siswi ni, huhu.
Saya seorang yang brutal jugaklah perwatakan. Cakap main lepas juga kekadang. Eh bukan kekadang lah kot, tapi selalu.
Bukannya saya carut main lepas ke apa, maksud saya macam saya ni orang yang jujur, which I guess you know what I mean. Senang cerita saya ni jenis direct jelah.
Saya juga seorang yang memakai tudung labuh. Dulu I was too obsessed with tudung labuh until some of my parents’ friends told my parents to beware of what I’m doing.
I mean, they concern lah kot, takut-takut I terikut mana-mana ajaran tak betul ke apa sebab that time bukan setakat tudung labuh tapi siap full black.
Sejak Form 3 haritu, saya baru perasan that my behaviour doesn’t the way that it should be since I’m wearing tudung labuh.
Kasar macam lelaki, kawan dengan lelaki, sosial, tak ada perasaan malu sangat sebab jenis outspoken and mudah socialize dengan orang. Mencarut tu ada juga, tu pun kalau memang marah gila-gila.
So saya rasa macam pakai tudung labuh ni macam banyak sangat sekat saya untuk jadi diri saya. Tak tahu lah kenapa.
Maksud saya, macam nak bersosial dengan orang, kadang-kadang diorang ni letak batas atau tabir antara diri diorang dengan saya, tapi lepas diorang kenal saya macam mana, diorang pula yang kata,
“Tak sangka tudung labuh pun gila huha huha.” Aduhai. I felt so annoyed when I was labelled like that.
Waktu nak beli baju sekolah untuk Form 4, saya memang nak tukar dah tudung tapi mak suruh pakai tudung labuh juga. I wasn’t happy for that.
Saya stress tahun ni sebab tudung ni. Saya tak nak jadi hipokrit sebab luar sekolah saya cuma pakai tudung yang labuh cover dada je. Tak labuh sampai cover my butt.
Dan untuk tahun depan punya uniform, I managed to get myself an XXL size tudung sekolah Canggih and I was so damn happy tak tahu nak kata.
Finally I can be myself. I don’t need to feel any guilty like hell sebab rasa diri hipokrit. But still saya pakai handsocks sebab benda tu memang saya tak boleh lepas.
Unfortunately, my mom wasn’t really happy about that. I really hope that she can understand why. Salah ke apa yang saya buat ni?
Bukan niat saya untuk permainkan tudung labuh ni. Saya cintakan tudung labuh dan saya suka tengok orang yang bertudung labuh but I don’t think that myself boleh mampu untuk tanggung beban tudung labuh tu.
Saya tak nak sebab orang macam saya ni, muslimah tudung labuh yang lain pun kena. Yelah, akhlak saya bukannya baik mana. Saya buat macam ni sebab saya nak betulkan diri saya ni from 0 balik.
Saya rasa hina nak sarung tudung labuh tu. Rasa tak layak. Rasa bersalah. Rasa hipokrit depan Allah dan makhluk-Nya. Harap orang faham kenapa.
Thanks sudi baca luahan hati ni, kalau ada nasihat apa-apa, bolehlah tolong nasihatkan adikmu ini dan please sangat-sangat doakan saya berjaya dalam SPM next year!
Saya ambil Pure Science and tough as hell. Rasa menyesal, nak nangis pun ada ambil aliran ni tapi apakan daya, nasi dah jadi bubur.
– Adik f5 ’16 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bila dh pakai tudung labuh, diri kita yg kena ubah, bukan ubah tudung tu hanya utk kita rasa diri sendiri. Bukan begitu caranya yer. Nikmat tu tau dek dpt pakai tdg labuh. Tak ramai org dpt pakai. So be rare.
Kita tak hipokrit. Sifat dan tingkah laku seseorang itu berbeza, dan tidak berlazim-laziman. Tak semestinya bila kita ni seorang yang bersifat pemalu, perlu utk bertingkah laku seperti pemalu sentiasa. No. Malu biarlah bertempat. Dan begitu juga adik, bila dh bertudung labuh, jagalah adabnya, dan bila nak jadi diri sendiri, boleh jer depan family ker, or kawan rapat awak ker, people dont have to know the real you. Kita kan rare, mana da org boleh suka2 dekat.
Semoga diberikan kefahaman, dan kemudahan dlm menjalani perjalanan utk dewasa. you still have a long journey ahead. Enjoy while being a muslimah yg taat akan perintah Allah dan Rasul. Malu itu perisai org beriman.