Sihir Pengasih Dari Rakan Sepejabat

Hai semua. Cerita saya mungkin agak panjang dan berterabur tetapi saya cuba sampaikan sebaik mungkin.

Saya ada terbaca confession tentang Sihir Pengasih (penulis Najwa) baru-baru ni, (https://iiumc.com/sihir-pengasih-4/).

Dan ia mengingatkan saya tentang hal yang sama terjadi dengan saya pada tahun 2017.

Sebelum itu, saya nak beritahu terlebih dahulu saya berkhawin pada bulan September 2017. Dan kisah Sihir Pengasih saya ini berlaku saat saya masih bertunang dengan suami saya sekitar bulan April-May 2017.

Ceritanya begini, saya baru mula bekerja di satu company ni dalam bulan Febuari 2017. Sebelum disahkan menjadi permanent staff, semua newly hired staff perlu menjalani probation period 3 bulan (training). Sepanjang training tu, ada lebih kurang 4-5 orang staff pada masa itu.

Selepas menjalani training selama sebulan, Team Leader (TL) akhirnya mengarahkan kami (staff baru) untuk ‘tag along’ bersama staff senior dengan tujuan untuk lebih memahami skop kerja dan cara kerja dalam pasukan.

Selepas ‘tag along’ bersama ‘senior’ (lebih kurang 3 hari), barulah kami diberi peluang untuk bekerja menggunakan laptop dan juga PC monitor di meja sendiri.

Semasa bekerja, kami dibantu oleh ‘senior’ yang dilantik oleh TL kerana TL selalunya sibuk dengan meeting didalam ataupun diluar office. Masuk bulan April, saya tiba-tiba menjadi rapat dengan salah satu staff lelaki senior (saya namakan dia K).

Kawan-kawan saya (staff baru lelaki yang sama-sama menjalani training) ada bertanyakan status hubungan saya dengan K. Saya pada mulanya langsung tidak sedar akan keakraban kami sehingga menimbulkan kecurigaan dikalangan staff baru pada masa itu.

Kawan-kawan saya (F dan P) selalu mengingatkan saya bahawa K sudah berkhawin dan mempunyai anak. Saya menjadi rimas dan benci setiap kali orang-orang disekeliling saya mengingatkan saya untuk menjauhkan diri dari K.

Setiap hari, kalau ada kesempatan K akan mengajak keluar makan malam selepas habis kerja dan mengajar saya untuk menipu tunang saya dengan pelbagai alasan.

K pernah bercakap tentang satu classmate perempuan semasa di kolej. Perempuan tu asal dari negeri yang sama dengan saya (Sabah) dan juga berkulit putih.

Dia pernah nak rapat tapi perempuan tu tak layan. So, dia beruntung dapat rapat dengan saya katanya. Dulu tak dapat, tapi sekarang ni dia sangat puas hati.

Semakin lama, saya semakin menjauhkan diri dari tunang saya (perkara ini tunang saya luahkan dengan housemate saya dan juga dengan keluarga saya dikampung).

Akhirnya tunang saya dapat tahu hubungan rapat saya dengan K dan ia telah menjadi pergaduhan yang sangat besar sehingga majlis perkhawinan yang telah kami rancang selama setahun hampir musnah.

Walaupun begitu, perasaan saya dengan K semakin menggila. Rindu yang teramat, sampai menangis-nangis kalau tak dengar suara K dalam sehari. Isteri K juga tahu perkara ini dan meminta saya untuk mengundurkan diri dan fikirkan tentang perasaan dia dan juga anak-anak mereka.

Akan tetapi saya tak boleh nak tinggalkan K, rasa macam terseksa sangat kalau dia tak ada dengan saya. Perasaan tunang saya pun saya dah tak peduli masa tu.

Cerita tentang kelakuan saya yang pelik menjelang perkhawinan kami, membuatkan keluarga saya di kampung meminta pandangan dari ‘orang tua yang pandai dalam sihir’.

Kakak saya beritahu, saya di kenakan Sihir Pengasih yang asalnya dari sami Siam. Sihir dibaca melalui makanan yang K selalu belikan semasa lunch di office.

Kakak beritahu, ‘orang tua’ itu telah ‘membuka sihir’ menggunakan gambar dengan cara memandikan gambar saya. ‘Orang tua’ itu juga meminta keluarga saya untuk memandikan saya dengan garam yang dia bekalkan nanti.

Saya bernasib baik sebab tunang saya tetap nak teruskan perkhawinan kami pada bulan September pada ketika itu. Sebab tunang saya beritahu ‘i will not leaving you walau apa pun berlaku sekarang ini’.

Sehari sebelum perkhawinan kami yang akan diadakan di hotel di KL, keluarga saya datang dari kampung dan bermalam di sebuah rumah AirBnb.

Pada malam sebelum perkhawinan saya, saya dimandikan dengan air berserta larutan garam yang diberi oleh ‘orang tua’ di kampung. Semasa dijirus dengan air mandian, badan saya terasa sangat gatal. Sepanjang mandian, saya asyik menggaru-garu dan akhirnya rasa gatal berkurangan.

Syukur, majlis perkhawinan kami berjalan lancar.

Saya yang kononnya ‘mencintai, menyayangi’ K, berubah menjadi seorang yang tak mempunyai perasaan langsung terhadap dia dan mula menjauhkan diri.

Ini menyebabkan K marah dan memaki hamun saya, memujuk rayu supaya jangan tinggalkan dia dan akhirnya kami menjadi seperti orang asing. Maki hamun pujuk rayu sayang rindu semua ni hanya berlaku dalam chat app yang ada dalam laptop company.

Saya cuma membalas chat K dengan ayat ‘leave me alone’.

Selepas sebulan dari perkhawinan saya itu, K dan saya langsung tak bertegur sapa dan hanya berselisih sepertinya kami tak pernah kenal di antara satu dengan yang lain.

Sejak dari peristiwa ini, saya tidak lagi berani meminta bantuan dari sesiapa untuk membelikan saya makanan kalau saya tak sempat nak turun ke kafeteria di office. Kecuali kawan-kawan yang rapat sahaja.

Saya yang dulunya hanya mendengar / membaca cerita tentang Sihir Pengasih, akhirnya terkena sihir yang sama.

– Bunga Daisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *