Seusia 14 tahun kita mengenali antara satu sama lain. Cukup mudah kerna kau hanya didepanku. Tempat duduk yang tidak pernah berubah hingga kita berusia 15 tahun.
Disekolah, kau dan aku masih lagi mentah. Kau hal engkau, aku hal aku. Menginjak ke 16 tahun, aku sudah tidak bertemu dirimu lagi.
Entah kemana dikau menghilang. Namun 7 tahun berlalu dan kau muncul kembali, pertemuan semula antara kita dialam maya.
Kau di UiTM aku sudah bekerjaya. Yahoo Messanger menjadi peneman. Akulah insan yang menemanimu dikala malam hari, saat dikau menyiapkan assignment. Akulah peneman sejati.
Kita berkongsi sejarah dimasa zaman remaja. Kau dan Aku masing masing tidak menghiraukan antara satu sama lain, yang nyata persamaan adalah kita sekelas. Setiap malam, aku ada sebagai peneman sepimu.
Akulah kawan, akulah diari, akulah sahabat, akulah peneman sepi. Hampir setahun kita berhubung secara maya yang akhirnya kita menjalin kasih.
Bermula kisah cinta, kisah sayang. Aku diperkenalkan kepada keluargamu saat menghadiri hari konvokesyen. Ketika itulah ibu bapamu mengetahui bahawa, akulah kekasih hati.
Hubungan direstui tanpa ada sebarang sangsi. Hampir setahun kemudian, kita mengikat tali pertunangan. Aku masih lagi mengingati, saat didirikan pelamin kecil dirumah. Saat kita diperkenalkan kepada semua. Saat aku menjadi tunangan, saat itulah jiwamu tenang.
Meniti hari hari demi mencapai jalinan suami isteri, kita terusan diuji.
Hari Raya Aidilfitri, ku jejakan kaki ke rumah dikau walau aku punyai pilihan untuk balik ke kampung sendiri. Kita meraikan bagaikan keluarga, saat indah aku dan dikau sudah bersedia. Masih berkira bilakah masanya, kau dan aku akan disatukan.
Tuhan maha kaya, ditunjukan kepada keluarga, akan kecurangan abang iparmu. Bekerja di luar kawasan, menyimpan gadis dari seberang. Bukan untuk bekerja, hanyalah untuk bersuka suka. Bukan hanya seorang malah ianya dua.
Konflik dalaman tercetus. Akhirnya perpisahan berlaku. Keluarga dikau semuanya perempuan, sudah pasti aku menerima kritikan. Bila mana semuanya berkumpul, terluah semua kebencian. Aku terdiam melayan perasaan. Akhirnya aku dipersalahkan.
Saat semuanya dibuai lena, aku masih lagi berjaga. Memikirkan apakah kesalahan sehingga aku dilibatkan. Hati hancur kerna makian, dek kerna orang lain punya kesilapan. Ingin melangkah ke kamar, disapa oleh kakak yang merana. Amarahnya tidak terpadam, malah ia berdendam.
“Lelaki semuanya sama, aku tak izinkan dikau menjadi ahli keluargaku”
Ungkapan penuh dendam tanpa diberi ruang untuk membela diri. Kata yang diberikan menghiris tajam. Aku kini terdiam, sedar akan kebencian, aku hanya mampu menunduk kelantai. Ungkapan rahsia antara aku dan kakaknya, tidak mampu aku merungkai.
Lakonan hebat dipentas, aku dilayan sebaiknya. Tapi dibelakang, akulah sehina hinanya.
Akhirnya aku mengalah. Hasrat kakaknya aku makbulkan. Terputuslah segala ikatan, pertunangan hanyalah sejarah. Yang ada air mata berdarah. Dia meraung, merayu agar tidak diputuskan. Manakan mampu aku menghancurkan hubungan kekeluargaan demi diri sendiri.
Aku berahsia bertahun tahun. Membiarkan rahsia terusan disimpan. Aku bukan kejam, biarlah aku dan dia merana seketika.
Buat A, bukan jodoh kita dipentas dunia ini. Aku lepaskan dikau kerna aku punyai alasan. Mana mungkin aku hancurkan ikatan kekeluargaan dikau. Biarlah ia menjadi alasan aku tidak sukakanmu. Asalkan realti dan kebenaran, disimpan dan dipendamkan.
Mungkin jodoh awak diluar sana, terima kasih kerna pernah menjadi kawan, tak lupa sebagai kekasih. Saat terpenting menjadi tunangan. Aku doakan dikau mampu hadapi akan keperitan kerna kita ditakdirkan untuk tidak bersama.
Doaku beserta harapan, agar kau tidak tahu kebenaran. Kerna kebenaran itu amat sukar ditelan.
Tiada jodoh antara kita dan maafkan aku diatas segala kekhilafan. Semoga dikau berbahagia A.
– Mr Cactus (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
alaa cuba cerita kasi habis, rahsia bagai. Nanti cerita tau