Assalammualaikum. Saya nak cerita tentang sekolah anak saya. Anak F5, tahun ni nak SPM.
Sekolah dia buat kelas tambahan macam2. Ada yang pagi sebelum masuk waktu belajar, petang pun ada, daripada time balik pukul 2.30pm sambung terus sampai dekat pukul 4pm baru balik. Tiap-tiap hari.
Cuti hujung minggu Jumaat Sabtu pun ada kelas tambahan pagi. Kira memang bagus la. Tapi saya takut anak2 yang burnout nanti. Parents, tak usah ceritalah. Memang korban segala-gala demi anak.
Nak dijadikan cerita, hari ni, 8 Julai, ialah amali Fizik untuk trial SPM. Anak saya balik dengan wajah murung. Saya tanya kenapa. Dia kata tak tahu nak buat macamana ujikaji tu. Kita orang tak pernah buat pun selama ni.
Check punya check, anak saya mengadu, sepanjang tahun lepas, masa F4, cikgu Fizik ni cuma buat satu ujikaji di makmal iaitu bandul dan ladung.
Untuk tahun ni, dah masuk bulan Julai, pun baru satu ujikaji iaitu regangan spring. Saya pun silap. Saya selalu tanya anak pasal pembelajaran di sekolah tapi lupa nk tanya pasal ujikaji di makmal.
Cikgu fizik dia ni memang luarbiasa sungguh. Membuatkan subjek Fizik ni jadi yang paling tak disukai oleh pelajar2. Bukan sebab Fizik tapi sebab cikgu. Cikgu perempuan. Nama dia Cikgu M*****n.
Dalam kelas dia kerap sangat bercerita yang dia dulu seorang engineer tapi last2 pilih nak jadi cikgu sebab, ialah, kerja cikgu ni lebih fleksibel dari segi masa. Dan dia bangga la dengan pencapaian dia. Kau hado? Suami dia pegawai tinggi di Istana Negara.
Bagi saya, tak ada masalah. Boleh jadi motivasi untuk anak murid. Tapi janganlah guna masa belajar untuk nak cerita kehebatan sendiri.
Dari bab mengajar, yang ini saya dan ibu2 lain cukup tak puashati. Masuk kelas, semua kena berdiri dulu. Kadang2 dia soal, boleh jawab baru dapat duduk.
Kadang2 ada nota tak siap, maka ramai lah yang kena berdiri berbanding yang dapat duduk, so senang, semua kena berdiri. Ujikaji tak buat. Dia ajar secara teori je macamana nak buat, apa keputusan, apa kesimpulan semua.
Satu lagi, yang ni cukup mendidihkan darah. Homework yang dia bagi, salin balik soalan dan jawapan dari buku aktiviti (SBP Mahir) ke dalam buku latihan. Kalau ada gambarajah, kena lukis gambarajah. Di larang photostat. Ni apa ni? Budak2 ni ambil pendidikan seni ke?
Benda ni sangat-sangat makan masa. Sehinggakan, kalau hujung minggu ada homework Fizik, maka dah hampir tak ada masa untuk anak2 ni nak buat homework lain.
Saya pernah tanya anak saya, kalau tak salin, macamana? Puan engineer bertauliah ni, akan ambil tindakan apa? Anak kata nanti dia rampas balik buku aktiviti. Macam tak masuk dek akal, yang dah dijawab dalam buku aktiviti, kena salin balik ke dalam buku latihan.
Saya memang bimbang bila fikir bab Fizik. Yang subjek lain-lain, anak tak complaint apa-apa pun. Kami ibu2 tak ada platform nak luahkan perasaan. Cikgu M*****n dengan penuh bangga cakap, kamu gagal ke, kamu lulus ke, takkan ada perubahan pada saya.
Kalau lah ada ibubapa yang berani complaint mesti akan menerima jawapan, kalau dah pandai sangat, ajar la sendiri. Tidakpun buka la sekolah sendiri. Kami dah letih. Our kids’ future are at stake.
Ya, dia seorang engineer yang hebat, biasa kerja atas kayangan, kami tak nafi. Tapi betul ke dia reti mengajar dan mendidik anak2?
Sebab profesion perguruan ni bukan sesuatu yang dah sebati dengan jiwa dia, berbanding cikgu2 lain yang sangat dedikasi, penyabar dan penyayang.
Semoga cikgu ni berubah. Semoga Allah berikan dia kesedaran bahawa mengajar anak2 sampai faham, adalah amanah.
Maaf tulisan ni bercelaru. Agak emosi sikit sebab anak merajuk, menangis dan tak mau makan sebab tadi tak boleh buat bagus masa ujian amali.
– Mama Geram (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Puan.
Bole pergi jumpa PK Pentadbiran sekolah. Buat aduan dan berbincang masalah ini. Jangan biarkan ia berlarutan berpanjangan. Bahaya pada anak orang lain akan datang.