Mamat Cleaner

Saja nak meluah perasaan…

Aku tak tahu kenapa dengan aku… Aku dah nak bertunang, tapi aku asyik ingat pada seseorang ni, mamat cleaner.

Bakal tunang aku… Aku kenal dari seorang kawan. Cukup pakej, tapi dia sangat workaholic dan agak panas baran. Kalau mood dia baik, dia layan aku baik. Kalau tidak, dia akan marah-marah aku. Sometimes dia suka perli-perli aku.

Bila aku tegur dia berkaitan dengan agama, lagi-lagi bab solat, dia buat endah tak endah. Tapi entahlah, aku pun tak tahu kenapa aku sayang dia walaupun perangai dia macam tu. Mungkin sebab duit dia.

Mamat cleaner… Sebelum ni, setiap kali pergi kerja, aku mesti nampak mamat ni tengah sapu sampah tepi jalan. Kadang-kadang angkut tong sampah dari satu tempat ke satu tempat.

Honestly, mula-mula waktu aku nampak dia, terdetik dalam hati ni, “Nasib baiklah bakal tunang aku engineer, bukan cleaner.”

Ok, aku memang materialistik sikit. Aku tahu aku teruk sebab fikir macam tu. Tapi aku tak sangka benda ni memakan diri aku balik.

Aku tak pernah bertegur dengan mamat ni. Cuma selalu terserempak je. Hampir setiap hari.

Pernah beberapa kali bila aku balik kerja dan singgah masjid, aku terserempak dengan mamat ni baru habis solat. Setiap kali kami terpandang, mesti aku cepat-cepat alih pandangan.

Aku memang pandang rendah pada dia. Bagi aku, taraf dia tak selevel dengan aku.

Tapi tak dinafikan, wajah dia sangat-sangat tenang dan itu yang buat aku serabut sangat sebab wajah tu asyik bermain di fikiran aku. Aku cuba abaikan, tapi tak boleh.

Sekarang ni aku jadi keliru. Rasa sayang aku pada bakal tunang aku macam makin pudar. Lagi-lagi asyik kena marah je, kan.

Aku asyik mengharap kalau mamat tu pula jadi suami aku, bukan bakal tunang aku tu. Gila kan?? Padahal aku tak pernah pun bercakap dengan mamat tu.

Aku minta tolong abang aku merisik mamat tu. Abang aku cakap mamat tu bujang, tinggal dengan ibunya dan tiga orang adik. Ada seorang kakak tapi dah kahwin. Kehidupannya sederhana. Belajar diploma tak habis sebab ada masalah kewangan, so setakat ada SPM je lah.

Hampir setiap malam akan ke kelas agama seorang ustaz yang juga kenalan abang aku. Ustaz ni yang cerita semua pada abang aku pasal dia.

Aku minta pendapat abang dan ibu aku untuk pinangkan dia untuk aku (aku dah tak ada ayah), tapi ibu aku tak nak sebab family aku dah aturkan semuanya dengan family bakal tunang untuk hari pertunangan nanti.

Tapi hati aku dah tawar untuk teruskan pertunangan ni sebab aku rasa aku takkan bahagia.

Sebelum ni memang aku asyik fikirkan duit. Tapi sekarang ni baru aku rasa duit tu takkan bagi kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup. Duit tu boleh dicari, tapi agama dan ketenangan jiwa tu susah nak dapat.

Saat ni aku rasa sedih sangat sebab rasa macam tak boleh nak buat apa-apa. Terpaksa buat apa yang aku tak suka.

Kalau pun aku tak dijodohkan dengan mamat cleaner tu, aku tetap tak nak teruskan pertunangan ni.

Aku ada bagitahu bakal tunang aku pasal ni, dia cakap dia akan berubah dan sebagainya. Tapi dah banyak kali kot aku bagi peluang kat dia. Balik-balik nanti aku juga jadi mangsa kemarahan dia.

Now hanya mampu doa dan terus-terusan istikharah, moga diberi petunjuk dan ketenangan hati. Apa-apa pun, doakan aku. Hmmm.

– Miss Eva (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *