Hi IIUM Confession readers,

Nak meluah and if possible nak minta bantuan dari readers yang ada ilmu agama lebih mendalam.

Saya perempuan berumur atas 25 bawah 30 dan masih bujang.

First love experience saya bagi saya trauma yang sangat teruk. Boleh cakap dia narcissistic, kaki control, baran tapi belum tahap sampai pukul but pernah ugut nak pukul saya few times. Paksa saya buat benda tak elok dengan dia.

Ye, saya bodoh sebab even for the first time dia paksa saya still bagi peluang and stay dengan dia dengan harapan dia akan berubah.

Lepas dapat kesedaran, saya rasa dia seorang lelaki yang gilakan s*x. Disebabkan saya selalu tolak (but end up dia paksa jugak) jadi dia nak break dengan saya.

Watak dia ada sedikit macam Tajul dalam cerita Dia Bukan Syurga. Tahap dia control saya sampai saya borak dengan family pun dia jealous and nak saya put a gap between my brother and I.

Dia selalu rasa saya ni gila kan lelaki (sebab cousins ramai lelaki and selalu keluar sama) but end up dia yang ada perempuan lain before we declare break up.

Dia tak tahu yang saya dah tahu dia ada perempuan lain. Saya diamkan sebab malas nak bergaduh benda tak berfaedah.

Jujur saya cakap, sekarang saya tak percaya kan lelaki. Tipu kalau saya kata saya tak ada perasaan nak berpasangan tapi perasaan takut tu mengatasi perasaan nak berpasangan end up saya buang rasa nak berpasangan tu.

Andai kata saya ada orang baru, saya rasa berdosa sangat dengan dia sebab obviously dia fikir saya anak dara sebab tak pernah berkahwin. Tapi takkan saya nak buka aib saya

Saya dalam usaha nak perbaiki diri ke arah lebih baik. Saya slowly dalam usaha dekatkan diri dengan Allah. Bertaubat dengan semua benda buruk and dosa besar yang saya buat.

Saya nak tanya yang ada ilmu agama lebih dalam, situasinya, dia paksa saya buat s*x waktu bulan puasa, waktu tu dah masuk subuh so memang tak boleh puasa la kan, saya tahu kena qada’ tapi selain tu saya kena buat apa ye sebagai denda dari perbuatan tu?

Saya ada baca kena berpuasa 2 bulan berturut if tak salah. Tapi saya tak mampu, jadi boleh ke kalau saya bagi makan pada fakir miskin? Saya betul betul perlukan bantuan untuk part ni.

Saya ada baca orang yang diwajibkan kaffarah ni suami tapi dalam situasi saya ni sebab kami bukan suami isteri. Jadi saya perlu buat apa nak tebus balik kesalahan saya?

Saya tak nak tanya secara berdepan sebab ni dikira aib so saya nak tanya secara anonymously. Mohon yang ada ilmu bagi pencerahan.

Saya harap readers yang comment dekat bawah nanti gunakan bahasa yang elok and yang boleh bagi saya semangat balik untuk bangkit.

Saya sedar dosa saya and saya pun dalam usaha nak berubah ke arah lebih baik, jangan patahkan semangat saya please. Thank you..

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Secara ringkasnya, langkah taubat zina:
    1) Tinggalkan terus (putus contact)
    2) Menyesal sepenuh hati
    3) Azam tak ulang
    4) Solat taubat + doa bersungguh-sungguh
    5) Buat amalan pembersih diri (sedekah/infaq, tolong orang, baca quran dll)

    Untuk taubat kerana bersetubuh di bulan Ramadan (antara waktu subuh hingga sebelum masuk maghrib):

    1. Taubat nasuha
    2. Qada puasa
    3. Kaffarah

    Mengenai kaffarah, wajib buat satu saja tapi kena ikut turutan ikut kemampuan
    (1) merdekakan hamba tapi yang ni memang tak relevan zaman sekarang.. Jadi kena pergi ke next iaitu

    (2) puasa 60 hari berturut. Walaupun perempuan ada haid, masih boleh buat asalkan bersih dari haid saja terus sambung puasa. Tu tak dikira ‘putus’ 60 hari tu. Melainkan kalau betul2 ada sakit kronik (gastrik atau diabetes) yang dah disahkan doktor, yang memang bulan Ramadan pun susah nak puasa (bukan sebab haid), jadi itu baru dikira tak mampu. tapi kalau tiada sakit kronik dan bulan Ramadan boleh puasa penuh (bila bukan hari haid), jadi wajib CUBA dulu buat kaffarah puasa ni.. Andai kata tersungkur di tengah jalan (contoh hari ke 34 jatuh sakit sampai pengsan/pitam), jadi baru dikira tak mampu. Dan wajib buat yang next kaffarah iaitu

    (3) bagi makan 60 fakir miskin

    Untuk lebih kepastian boleh tanya orang2 yang bertauliah.. Kalau sis malu, mungkin boleh buat emel palsu dan hantar pertanyaan kepada mereka yang lebih pakar/bertauliah.
    Apa yang saya tulis di atas adalah melalui pembelajaran dari kelas dan buku (tapi banyak yang ulas untuk kes suami isteri..terutama yang kaffarah tu hanya wajib ke atas suami sahaja..isteri hanya qada puasa)

    Walaupun topik ni mungkin ada khilaf seperti tak wajib kaffarah jika jahil tapi saya rasa untuk kes sis (yang bukan suami isteri), kalau saya di kasut sis, akan buat macam yang saya tulis di atas.. Saya tiada sakit kronik jadi saya wajib puasa 60 hari tu. Dan kalau berjaya puasa 60 hari tu, saya akan cuba usaha juga bagi makan fakir miskin sebagai satu usaha tambahan amal ibadat.. cuma niatnya bukanlah sebagai niat kaffarah tapi niat buat ibadat sunat sebagai sedekah taubat..

    Goodluck sis. Semoga kita semua makin dekat dengan Pencipta kita. Allah maha pengampun maha mengasihani..

  2. Tentang perbuatan s*x yg membatalkan puasa itu, saya cadangkan awk pergi berjumpa seorang ustazah yg mmg arif dlm hal ini dan boleh dipercyai (utk mnyimpan rahsia awk), sbb apa yg saya tahu, hukuman kpd perbuatan itu ialah bertaubat dan berpuasa sehingga 3 bulan berturut2, dan puasa ini utk pihak lelaki, tp x pasti utk suami atau sesiapa shj.. bagi perempuan (yg x bole puasa sehingga 3 bln berturut2, sbb dtg haid dsb..), mngkin kna byar ‘fidyah’, tp perbuatan itu bkn dgn ‘kerelaan’ anda sendiri, malah dipaksa, oleh itu sila lah cari org yg arif (seorang ustazah), yg bole menolong awak.. klaw awk nak ke pejabat agama yg terdekat, mohon berjumpa dgn ‘kaunselor’ agama, yg mngkin bole membantu awk utk selesaikan masalah puasa tu..
    Tentang kehidupan awk yg seterusnya, yakinlah yg Allah itu maha Pengampun & maha Penyayang.. sentiasa lah beristighfar dan memohon keampunan-Nya terutama dlm solat tahajud di mlm hari, dan mnangislah sepuas2nya ke hadrat-Nya, serta jgn pernah putus asa dgn rahmat Allah.., di samping itu mohonlah doa agar awak sentiasa dilindungi dari segala bahaya.. juga, bukan semua lelaki tu ‘jahat’ sbagaimana yg awak sangkakan, mngkin juga sbb awk dah ‘trauma’ dgn pengalaman lalu, sbb tu awk dah x pecayakan sesiapa, esp. lelaki.. cuba solat istiqorah dan mohon Allah temukan awk dgn seorang lelaki yg baik utk dijadikan teman hidup.. mngkin dia akn mnerima awk seadanya walau pon apa juga keadaan awk di masa lalu.. insha Allah, jangan putus asa dgn rahmat Allah.. wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *