Assalamualaikum dan salam sejahtera. Confession ini merupakan sambungan dari confession pertama iaitu AKU DAN WAD PSYCHIATRIC, (https://iiumc.com/aku-dan-wad-psychiatric/).
Pada confession penutup ini, aku ingin berkongsi hal-hal berkaitan: kenapa aku warded, suasana malam di wad psychiatric, aktiviti pada weekday dan weekend di dalam wad psychiatric, perbelanjaan rawatan psychiatric dan juga rumusan dari confessions aku.
Aku di nasihatkan berjumpa psychiatrist oleh gynaecologist yang merawatku kerana tekanan mental yang tak tertanggung namun aku menolak secara baik kerana belum bersedia.
Aku menghadapi tiga event besar iaitu politik kerja, kesihatan fizikal yang memburuk dan juga gangguan orang ketiga dalam rumahtangga. Semua tu berlaku berturut-turut dalam minggu yang sama.
Selepas beberapa hari kejadian-kejadian tersebut, buat pertama kali dalam hidup, aku mengalami dissociate di mana aku langsung tidak ingat apa yang aku lakukan.
Definisi dissociate dalam psychology ialah merujuk kepada proses mental di mana seseorang mengalami terputus hubungan daripada pemikiran, ingatan, perasaan, tindakan, atau rasa identiti mereka, selalunya berfungsi sebagai mekanisme mengatasi pengalaman yang luar biasa terutamanya trauma.
Oleh kerana aku mengalami dissociate dan gangguan tidur selama dua minggu, aku bimbang aku mencederakan diri sendiri juga orang sekelilingku. Aku suarakan kebimbangan kepada gynaecologist yang merawatku.
Beliau mencadangkan aku berjumpa psychiatrist di pusat perubatan university yang sama tempat gynaecologist aku bertugas.
Aku memilih private wing (FPP; Full Payment Package) kerana ingin direct berjumpa doctor pakar dan mahu berjumpa pakar yang sama setiap kali ke clinic. Bagi aku ini lebih mudah aku built trust kerana sejak kecil aku ada trust issue.
Akan tetapi option ini memerlukan aku mengeluarkan duit sendiri. Bagi aku tidak mengapa kerana kesihatan lagi penting. Alhamdulillah setakat hari ini aku masih lagi mampu menanggung kos perubatan aku yang agak mahal.
Di ward, dinner diberi pada masa melawat jam 5pm. Sambil berbual dengan visitor, patient makan dinner meal. Selepas habis masa melawat, nurse akan memanggil seorang demi seorang untuk di beri ubat di kaunter nurse dan seperti biasa patient kena makan ubat depan nurse.
Kebiasaannya patient muslim akan solat Maghrib, sementara menunggu Maghrib aku lihat kebanyakkan patient membaca al-Quran sementara menunggu Isyak. Rutin aku selepas Maghrib ialah membaca Yasin dan doa selepas baca Yasin. Doa selepas baca Yasin jika aku baca terjemahan memang tepat dalam situasi aku.
Antara petikan doa selepas bacaan surah Yasin ialah “Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita, hilangkan, hilangkan. Ya Tuhan yang menghilangkan dukacita. Wahai yang menghilangkan, hilangkanlah, Wahai yang menghilangkan, hilangkanlah, hilangkanlah dari kami dukacita”.
Selalunya selepas makan ubat malam, kebanyakan patient mulai mengantuk kesan dari ubat. Kadang-kadang ada patient lapar dan minta nurse atau PPK bancuhkan air panas atau buatkan meggi yang milik patient.
Pernah aku lapar dan tiada bekalan makanan, PPK yang baik hati bancuhkan aku coklat panas dan beri aku beberapa keping biskut.
Jam 10pm semua patient diwajibkan berada di bed masing-masing dan lampu setiap cubicle dipadamkan. Patient yang tidak boleh tidur sehingga jam 11pm akan diberi Lorazepam ubat tidur.
Di ward ini, setiap pagi nurse dan PPK akan mengemas bed sebelum ward round pagi. Dan sekali lagi pada sebelah petang mereka mengemas bed sambil sport check barang peribadi patient sebelum doctor datang review petang.
Weekend di ward agak membosankan kerana tiada aktiviti seperti weekday. Waktu melawat pada weekend sama macam weekday. Weekend aktiviti bebas. Weekend doctor yang menjaga ialah oncall doctors. Doctors akan ward review sekali sahaja iaitu pada pagi.
Semasa free time sama ada weekend atau weekday, kami patient suka berkumpul di salah satu patient bed dan kami bertukar cerita dan pengalaman sambil makan bersama-sama. Di sini aku dengar pelbagai kisah sedih yang membawa mereka ke sini. Aku merasa mereka semua sangat kuat menempuhi ujian getir.
Aku juga share pengalaman aku dan respon mereka, “u sangat kuat,” sambil kami kesat airmata dan berpelukan sesama sendiri.
Biasanya jika doctor in charge datang untuk review, kami akan beredar dan memberi ruang pada doctors untuk melihat kawan kami. Jika kawan kami atau aku baru selesai menjalani rawatan, nurse akan cakap, “Jangan ganggu kawan kamu. Dia baru habis rawatan. Biar dia berehat’.
Setiap kali aku dimasukkan ke ward, biasanya aku kena stay hampir dua minggu. Bil setiap kali aku warded ialah lebih kurang RM1200 itu tak termasuk ubatan.
Oleh kerana pusat perubatan university iaitu separa kerajaan, tidak semua ubat-ubatan free. Ubat biasa seperti Panadol, Lorazepam, Nasal Spray dan ubat constipation free manakala ubat yang aku ambil iaitu ubat antidepressant (Effexor), mood stabiliser (Quetapine) dan sleeping pill (Dayvigo) kena bayar sendiri.
Doctor prescribe, nurse akan call waris dan waris datang untuk beli ubat dan pass kepada nurse ward. Untuk bil wad adalah free kerana aku kakitangan kerajaan so aku menggunakan GL (guarantee letter).
Jika doctor benarkan pulang, biasanya nurse akan call waris dan pesan bawa sepasang baju untuk dipakai. Manakala bagi patient yang dihantar ke nursery home, caretaker nursery home akan datang ambil dan nurse akan bagi pakaian pre-loved sumbangan orang ramai.
Setiap kali aku discharge, aku diberi tarikh seminggu untuk berjumpa psychiatrist aku di private wing (FPP). Dulu masa awal-awal aku jumpa psychiatrist, appointment aku sangat rapat iaitu seminggu sekali. Kali ketiga appointment, aku dipaksa masuk wad.
Seminggu lepas keluar ward, aku wajib datang jumpa psychiatrist. Kemudian dua minggu sekali jumpa. Selepas aku buat rawatan menyeluruh, aku perlu berjumpa psychiatrist 4 minggu sekali.
Appointment terbaru bulan lepas psychiatrist bagi gap 8 minggu iaitu bulan depan next appointment kerana dia evaluate, condition aku stabil compare masa first time datang. Setiap kali datang, psychiatrist akan tengok simptoms dan keberkesanan ubat.
Menjadi kebiasaan aku, setiap kali appointment aku akan tulis dalam A4 paper semua simptoms dan apa perkara yang aku nak discuss dengan psychiatrist.
Masa review, jika aku blank aku akan bagi catatan aku kepada psychiatrist. Psychiatrist akan baca dan kami akan berbincang. Aku dan psychiatrist yang merawatku sudah ada mutual understanding. So wujud perbincangan dua hala.
Selepas selesai review, psychiatrist akan menyimpan catatanku didalam folder aku supaya dia boleh revise dan tengok semula.
Aku banyak kali bertukar ubat, dos ubat dan kombinasi ubat kerana badan aku sangat sensitive dengan side effects ubat psychiatric. Aku mengalami kesan sampingan seperti high blood pressure, gain weight, constipation, dry mouth and dry skin.
Setelah macam-macam try and error ubat-ubatan, akhirnya psychiatrist aku jumpa ubat, dos dan kombinasi ubat yang sesuai, Alhamdulillah.
Buat pengetahuan semua, setiap kali appointment dengan psychiatrist, aku membelanjakan lebih kurang RM1100 hingga RM1500. Semua itu termasuk ubat-ubatan dan consultation doctor. Aku akui ubat psychiatric memang mahal, ubat yang paling mahal boleh cecah hampir RM10 sebiji.
Kesimpulan dari confession pertama dan penutup ini ialah kesihatan mental sangat sangat penting dan perlu diambil serius sebelum menjadi parah. Tanpa kesihatan mental ibarat tiada ‘soul’ didalam badan.
Kedua, jika kita perlukan pertolongan emosi berjumpa lah dengan psychiatrist, biarpun orang kata, ‘jumpa psychiatrist gila la tu’.
Jika memiliki kewangan yang stabil, pilihlah rawatan atau clinic berbayar kerana kita boleh directly berjumpa pakar (psychiatrist) dan kita akan jumpa psychiatrist yang sama setiap kali appointment. Jadi proses rawatan dan pelan rawatan akan menjadi lebih lancar.
Seterusnya, untuk bertemu psychiatrist yang ada chemistry, vibes yang sama memang mencabar. Kena sentiasa try and error dengan sabar dan jangan give-up.
Yang terakhir, psychiatrist yang competence, skillful, compassionate and actively listening very hard to find but possible to find.
Ingat, ada penyakit mental bukan tanda lemah iman. Penyakit mental sama seperti penyakit fizikal seperti darah tinggi, kencing manis dan kanser. Jangan malu mendapatkan rawatan dari saluran yang betul. Wallahualam.
– BPD FIGHTER (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit