Assalamualaikum. Aku rasa terpanggil nak reply pada kisah lelaki yang tulis pasal isteri nusyuz tu. Dan jugak post yang isterinya balas, (https://iiumc.com/sayalah-isteri-nusyuz-itu/).
Dan semalam aku ada bacakan kisah dorang ni.. dan aku rasa terpanggil sangat nak reply.
Sebelum tu nak clarify. Aku pun seorang isteri. Aku pun pernah berada dalam tempat isteri lelaki tu. Marriage kitorang sangatlah toxic.
Perangai laki aku sama dan sebiji macam lelaki yang cakap isteri dia nusyuz tu. Sebiji! Toxic, manipulative, ego.
Aku pun suri rumah. Suami aku bread winner.
Sama macam isterinya. Aku pun di biar berdikari urus anak2 sorang. Berbeza dengan suami aku.. dia tak serahkan duit untuk uruskan bil-bil rumah. Dia uruskan semua.
Tapi masa tu gaji suami aku kecil, baru 4k. Bila aku minta belikan makanan sedap sikit pun dah merungut kasar dengan aku.. ‘cakap takde duit’ bila aku tanya tak kan tak ada duit sikit pun.
Dia balas dengan kasar. “Takdelah, kita ni miskin tau! Miskin!”
Aku terkejut. Laki aku ni dah kenapa. Mungkis dia rasa terbeban dengan gaji rendah. Duduk di bandar, masa tu anak dah 3 orang pun. Rapat-rapat.
Tapi percayalah, kalau dia jawab lemah lembut. Aku akan faham je.
Suami aku sama macam lelaki yang tuduh isterinya nusyuz tu.
Bila aku meluah apa-apa.. dia akan marah buat ayat sinis. Atau meluka kan hati aku balik.
Aku basically tak dapat perhatian suami, perasaan aku suami tak cuba langsung fahami. Suami tak berlemah lembut dengan isteri.
Bila isteri meluah tu.. cuba la suami ni tengok muka isteri tu.
Dengar dia nak luah apa.
Ko cukup lah sekadar..
“Yeke sayang?”
“Kesian sayang kena handle anak sorang2.”
“Terima kasih sayang bantu abang uruskan anak2 dan rumah”
“Sayang harini dengan anak2 buat apa?”
“Sayang penat ke, meh abang urut bahu”
Kemudian. Bila dia dalam kesusahan. Kau la orang pertama kena bergegas jadi hero untuk dia dan anak-anak.
Ini tidak, isteri mengadu anxiety. Di katanya isteri tu attention seeker. Bia isteri tu minta tolong orang lain.. orang lain jadi hero isteri dia.
Ah sudah, isteri pula di katanya curang.
Berbalik pada cerita aku.
Lama2, aku pun letih dengan suami macam ni. Nafkah zahir.. makanan tempat tinggal. Cukup. Tapi nafkah batin aku tak dapat.
Yang atas katil tu bila dia nak jelah.
Kalau tak, memang dia dengan hidup dia je.
Apa benda aku cakap semua dia buat tak endah. Lama-lama.. Aku fikir. Macam ni jelah hidup aku.. Allah nak uji aku dapat suami macam ni. Bersabar jela.
Aku bertahan demi anak-anak dan aku tak kerja.. jadi aku bertahan jela.
Aku cari cara bahagia aku sendiri.
Aku belajar benda baru kat rumah, aku belajar buat home play therapy untuk anak2. Aku belajar masak dessert. Aku layan movie, layan kdrama.
Aku stop cari attention suami aku. Aku cipta bahagia aku dengan anak2 je.
Sampai la satu hari..
Anak pertama aku demam panas, aku tengah pregnant tau masa ni. Perut dah besar. aku tak boleh nak berfungsi weh.. anak memerap je dengan aku.
Aku tak boleh nak masak.
Aku tak sempat nak makan pun.
Aku call suami, minta EL. Sbb aku memang dah tak daya masa tu.
Aku call, suami kata busy kerja. Lambat sikit. Aku ni dah lama bersabar dengan sikap dia yang ambil ringan pasal tanggung jawab aku dengan anak2. Selama ni check up anak.. semua aku naik grab je.
Bila anak tak sihat macam ni. Aku pulak.. tengah sarat. Aku dah tak berdaya masa tu.
Aku dah sampai tahap limit kesabaran. Aku rasa suami aku memang tak sayangkan aku. Dan tak pernah hargai aku.
Aku mengamuk masa tu. Aku gagahkan pack barang-barang anak anak.. Barang aku satu apa aku tak ambil. Sebab aku tak larat bawak semua. Aku pakai baby carrier.. sambil sarat mengandung. Aku bawak anak2 aku lari.
Sebelum tu aku terbalik kan semua barang dalam rumah sebab aku terlalu geram.
Aku naik grab.
Aku bawak anak pergi farmasi dengan barang2. Beli ubat demam. Terus check in hotel. Aku masa tu dah fikir nak call parents aku ambil aku dan anak2 bawa balik. Aku dah tak nak hidup dengan suami macam ni.
Suami aku?
Dia terkejut bila aku mesej.
“Dah, kau tak payah balik. Aku dah berambus dari rumah.”
Dia yang selama ni very cold dengan aku. Boleh pulak balik masa tu jugak cakap dengan bos dia. ‘Ada emergency’
Yang aku dok call sebelum2 tu. Tak boleh pulak ye. Bila dia balik rumah.. dia terkejut rumah dah berselerak. Aku mengamuk sebelum aku keluar dari rumah.
Ni yang dari suami aku ceritakan balik.
Masa tu baru dia tersedar.. yang selama ni dia memang tak pedulikan perasaan aku.
Bila aku dah ada.. rumah dah kosong masa tu baru dia rasa kehilangan.
Dia panik. Dia call aku berkali kali. Dia fikirkan aku yang tengah sarat tu bawa lagi dua anak pergi mana entah. Dia contact aku tak dapat.
Berlari dia cari aku area sekitar tanya jiran-jiran ada nampak aku tak berjalan keluar.
Guard kata, memang betul. Guard nampak wanita hamil keluar bawak beg galas, pimpin anak-anak.
Aku sayangkan suami aku. Aku cintakan dia. Aku percaya.. isteri yang dituduh nusyuz tu pun sangat cintakan suaminya. Walaupun di biarkan berdikari seorang bertahun tahun.
Aku macam manapun akhirnya angkat fon suami aku lepas dia merayu rayu dekat whatsapp. Memang dia menangis-nangis.
Selepas kejadian tu. Suami aku memang berubah.
Dia kata, dia takut aku lari lagi.
Dia sekarang jadi suami yang tak berkira langsung dengan aku. Aku minta apa-apa.. dia cuba tunaikan. Kalau dia tak cukup duit.. dia akan explain dengan aku dengan lemah lembut. Tak lagi kasar macam dulu.
Aku rasa baru sekarang aku dapat rasa kasih sayang dia.
Suami aku akan selalu ajak solat jemaah sama2.
Akan tolong aku kerja2 rumah.
Dia akan tolong aku uruskan anak2.
Dah tak keluar melepak.
Banyak masa habiskan dengan anak2.
Weekend mesti bawa aku berjalan.. setakat bawa pergi berkelah ke.
Makan2 ke. Jalan2 ke. Bukan tempat mahal2 pun.
Apa jadi lepas tu?
Murah weh rezeki suami aku.
Sekarang dah 11 tahun pun kami kahwin.
Selepas dia berubah tu. Aku rasa tangki emosi aku cukup.
Suami aku? Murah rezeki!
Dari gaji 4k dulu sekarang gaji dia 15k.
Memang dia makin mewahkan aku macam2.. bawa jalan pun sekarang dah mampu tempat mahal-mahal.
Dia selalu peluk aku.. ucap terima kasih bersabar dengan dia. Terima kasih uruskan anak2 dan rumah tangga.
Aku? Bila suami penuhkan tangki emosi aku. Daripada aku depress.. aku jadi wanita paling bahagia. Aku bersyukur pada Allah atas ujian sebelum sebelum ni.
Bila suami dah happy kan isteri, aku pun jadi lagi semangat happy kan dia. Waktu bersama pun makin spicy. Makin sama2 jatuh cinta. Orang lain.. makin lama kahwin makin hambar. Kami.. makin lama makin spicy haha. Apa2 pun..
Doa banyak2 pada Allah.. agar lembutkan hati pasangan masing2. Lebih berterus terang…
Aku harap lelaki yang tuduh isteri nusyuz tu.. kau cuba ubah layanan pada isteri dulu sebab kau lah ketua keluarga. Kau yang corakkan perjalanan hidup keluarga korang.. isteri tu kan cerminan suami.
Ko bahagiakan dia. Dia pun akan bahagiakan kau. Bagi perhatian ko pada isteri dulu.. inshaalllah. Yang lain2 tu menyusul.
Minta pertolongan Allah.. doa banyak2. Tawakal.
Untuk isteri yang dikata nusyuz tu. Doa pada Allah supaya hati suami tu Allah lembutkan.. lebih memahami awak.
Doa isteri untuk suami tu mustajab. Saya dah cuba. Alhamdulillah. Yang penting kita sendiri kena fix hubungan dengan Allah. Lepas tu hubungan kita sesama manusia.. Allah akan jaga.
– Taytay (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit