Tak Suka Abang Ipar Aku

Salam semua. Tak lama lagi kakak saya bakal melangsungkan perkahwinan,

Masalahnya saya tak suka bakal ipar saya kerana sejak dia muncul hubungan saya dan kakak semakin rengang, kerap kali bergaduh dan sentiasa ada yang tak memuaskan hati kami berdua.

Sebelum lelaki tu muncul hubungan kami sangatlah akrab.. Sekarang seolah-olah musuh.

Sebab saya tak suka dia pasal kata-katanya yang sentiasa kurang ajar.

Pernah dia menghina dia katanya muka saya macam jamban, perangai macam taik. Tapi kakak saya tetap menyebelahinya dengan alasan itu cuma gurauan.

Sebak hati ni bila kakak kandung sendiri sanggup lebihkan orang lain dari adik kandung sendiri yang dah hidup bersama lebih 20 tahun.

Kenapa lelaki yang baru dia kenal tak sampai 2 bulan dia lebih percaya??

Mereka bertunang walaupun saya tak suka.. Sedangkan dulu kakak saya pernah cakap dia hanya akan berkahwin dengan lelaki yang disukai semua adik beradiknya, tapi sekarang nampaknya lain yang jadi.

Kakak saya sekarang suka ambil gambar saya yang tak tutup aurat dan dia hantar dekat tunang dia.

Bila saya marah dia cakap tak sengaja terhantar. Ya Allah sebak hati saya lelaki yang bukan muhrim tengok aurat saya.

Ye saya tahu saya bukan ustazah bukan solehah n alim, tapi saya jenis yang tak suka bergambar n gambar saya ditayang2 dekat media sosial saya memang tak suka macam tu..

Pernah saya tegur kakak saya lagipon tun ‘kenapa akak buat mcam tu knp hantar gambar saya yang nampak rambut tu kat tunang akak?’

Jawapan akak saya, ‘aku tak sengaja lagipon tunang aku dah padam gambar ko, bukannya ko tu cantik pon orang nak save gambar ko’.. Saya sedar la saya ni tak cantik tapi kenapa dia buat macam tu??

Yang menyedihkan, kakak saya seolah-olah kena ubat guna guna.. Keburukan tunangnya tak menjadi masalah buat dia.

Bila saya tegur diorang cakap saya cemburu sebab saya ni tak laku (takda pakwe), Ya Allah sikit pun saya tak cemburu saya cuma sayangkan kakak saya, saya tak nak apa2 terjadi pada dia tapi kenapa kebaikan saya sering disalahkan??

Saya pernah stalk fb tunang dia apa yang saya lihat n baca tunangnya seorang yang panas baran. Tapi orang kata ‘don’t judge a book by its cover’ hmm.. Entahlah..

Tunang dia juga pernah ugut saya macam ni ‘kalo jadi apa2 mendapat la ko’.

Kadang2 saya risau n takot sangat dengan ugutan dia.. Saya tak tahu nak buat apa lagi bila saya mengadu dekat mak, mak cakap ‘biarlah…’ seolah2 tak percaya kat saya.

Ya Allah saya tertekan sangat… abang2 saya semuanya tak nak ambik tahu. Ayah saya plak dah meninggal..

Kalaulah ayah saya masih ada.. Sejak ayah takda saya rasa tak selamat (tiada tempat untuk berlindung). Ya ini adalah ujian Allah untuk saya..

Kakak saya pernah kata kalau diorang nikah diorang nak tinggal dengan family saya. Ya Allah macam mana saya nak hadapi hidup 1 rumah dengan lelaki yang macam tu. Saya takot sangat jika diri saya diapa2 kan.

Semoga Allah lindungi saya.. Saya harap lelaki dekat luar sana yang bergelar abg@ayah lindungan lah kaum wanita dalam keluarga anda n jangan sesekali menghina paras rupa wanita.

Siapa yang nak dilahirkan dengan rupa paras yang tak cantik?? Takde sape pun mintak tapi bersyukurlah hari2 masih bernafas.

Semoga saya terus kuat ikhlas n berani hadapi semua ni.. Mohon supaya anda doakan saya ya??

Saya juga doakan anda semua bahagia selalu. Aamiin…

– -Nur- (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *