Hai assalamualaikum. Setiap kali nampak post berkaitan dengan perempuan, terutama yang dah terlanjur, yang salah pilih suami, selalu kena dera dengan boyfriend. Saya rasa sedih sangat.
Kenapa kita perempuan ni terlalu naive.
Saya akhirnya dapat satu solution yang satu tau ramai tak akan setuju dengan saya. Solutionnya adalah AGAMA.
Macam mana nak peroleh AGAMA?
Masuklah sekolah agama. Saya merayu kepada bakal2 ibu dan bapa masukkanlah anak anda ke sekolah agama.
Sekolah rendah tak apa lagi pergi sekolah kebangsaan, itu pun dah banyak pengaruh tak elok. Kalau berduit, hantar lah anak ke sekolah agama private macam Al Amin dsb.
Yes saya tahu akan ada yang komen lepas ni kata ‘sekolah bukan penentu siapa kita, semua berbalik pada individu.’ Sabar, saya belum habis lagi.
Sedarkan kalian yang sekarang ni budak darjah 4 pun dah berjinak2 dengan porno dan masing2 ada boyfriend/girlfriend?
Tapi kalau tak mampu hantar anak2 ke sekolah agama semasa sekolah rendah, hantarlah mereka masa sekolah menengah. Saya minta maaf saya terpaksa cakap benda ni, ramai akan sakit hati dengar.
Beza yang teramat pelajar sekolah kebangsaan/mrsm/sbp dan sekolah agama. Cuba perhatikan rakan sekeliling yang dulunya sekolah kebangsaan. Couple tu benda biasa malah rutin bagi mereka. Tak ada rasa malu pun nak bercouple bagai, akhirnya jatuh ke lembah perzinaan.
Yes saya tak nafikan yang budak sekolah agama pun BUKAN SEMUA baik, alim, solehah. Ada jugak yang degil tak mau dengar kata. Tapi sekurang kurangnya, sebagai ibu bapa ,kita dah berusaha untuk bagi pendidikan agama yang terbaik buat anak.
Maaf saya katakan, sebaik2 budak sekolah biasa, adalah sejahat2 budak sekolah agama. BUKAN SEMUA TAPI MAJORITINYA.
Saya tabik budak sekolah biasa yang tiada background agama tapi tidak free hair, tidak couple, tidak melayan porno. Saya tabik. Saya ada kawan yang bersekolah agama tapi dia sendiri bertukar tukar boyfriend, sedih tak terkata.
Pendidikan agama ni sepatutnya bermula dari rumah. Tapi kalau ibu bapa sendiri tak mampu nak provide anak2 dengan ilmu agama secukupnya, hantar lah anak2 ke tempat yang sepatutnya. Jangn nafikan hak mereka.
Saya sedih bila tengok kawan2 yang bertudung di kampus, tapi bila balik cuti habis tudung tah ke mana. Yang sadis, parents tak kesah pun.
At least, kalau anak2 tu dah ada background agama walaupun parents mereka jahil, anak2 tu telah selamatkan ibu bapa mereka dari api neraka. Maaf panjang sungguh bebelan saya.
Saya sayangkan kaum saya. Tolonglah wahai wanita, tutuplah aurat, janganlah buka tudung tu. Dan jagalah maruah. Jangan lah mudah sangat termakan janji2 manis lelaki.
Saya teringat pesan seseorang ‘Sebaik baik perempuan adalah mereka yang namanya jarang sungguh meniti di bibir2 lelaki ajnabi (bukan mahram)’.
Saya mengalu alukan komen/kutukan berkenaan statement saya di atas. Dan satu soalan, jika kalian mempunyai anak satu hari nanti, apakah pendidikan terbaik yang kalian akan sediakan?
Sekian.
– Sis N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pendidikan yg terbaik buat anak2 adalah bermula daripada ibunya. Dan sebagai seorg ibu, kita kena tahu yg kita akan ada anak, atau kita ada anak untuk di didik. Jadi, sebagai seorang wanita, kita kena tahu kita ada tggjwab ke atas diri kita sendiri sebermulanya dari kita mencapai usia aqil baligh untuk mencari @ mengenal agama kita. Melalui apa? Awwaluddin makrifatullah, awal2 agama itu adalah mengenal Allah. Nak kenal Allah drpd mana? haaa di sinilah pentingnya mengaji fardhu ain secara mendalam, bukan yg sprt di ajar di sekolah2 rendah/menengah tu yer. Ni secara face to face or indirect berguru dan berkitab. Di sinilah peranan sebagai ibu bapa utk memberi pendidikan kpd anak mereka, dan sedikit pengorbanan dan ihsan drpd mereka berdua dari segi wang, masa, keringat, usaha dan sbgnya. Nak tak nak, ibu bapa kena berkorban, sebab akhirat mereka dan anak mereka yg menjadi taruhannya. Alamak deep lah pulak. ehhe semoga memberi manfaat kepada semua dan utk peringatan kpd saya juga. Masha allah tabarakallah.
Entahlah orang bertudung pun boleh berbogel jual diri pesta seks zaman sekarang
Berapa ramai bertudung tapi berzina dapat anak luar nikah.
Actually bukan pasal aurat sis.Ia lebih kepada pemahaman moral…zaman skrg sikit sikit suruh tutup aurat tapi tak ajar jaga kemaluan dan rasa malu.
Kepala bertutup tapi bawah terbuka.
Kena ajar pendidikan moral dan akhlak sebagai wanita itu lebih utama.Tudung bukan jalan penyelesaian utama
Malas nak ulas lebih nanti cakap aku liberal.
setuju. ajar rasa malu dulu