Aku baru lepas menangis dalam solat sebab doakan suami aku. Ni lah aku rasa doa dan solat sunat paling dalam perasaan dia. Bukan nak minta apa-apa atau bersebabkan apa-apa. Aku hanya solat sunat Mutlak ni sebab aku ni hamba & aku nak bercerita & berterima kasih kat Allah.
Aku dah kahwin 7 tahun. Sorang anak syurga. Sempat kami bela Rania, 2 minggu saja lepas Allah ambil semula, masa tahun ke-5 kahwin. Kami syukur pernah rasa jadi ibu & ayah. Alhamdulillah.
Tapi yang aku rasa sangat syukur & terima kasih kat Allah ialah suami aku.
Malam ni, aku terasa nak cerita pasal suami aku yang mungkin biasa-biasa sangat kat mata manusia, tapi luar biasa bagi aku.
Dia kerja biasa saja. Gaji 2k. Aku pula gaji hampir 7k. Sepanjang kahwin, dia layan aku macam tuan puteri.
Tak pernah ambil kesempatan dengan gaji aku, tak pernah meminta apa pun, tak pernah culas bagi nafkah, tak pernah tanya gaji aku pergi mana & tak pernah langsung berkira walaupun dia memang paling ‘miskin’ lepas bayar semuanya.
Rumah yang kami beli sekarang pun, ialah rumah atas nama bersama, yang aku minta izin daripada dia untuk aku topap bulanannya supaya dapat rumah yang lebih besar dan selesa.
Itupun dia minta maaf daripada aku sebab tak mampu nak sedia rumah yang aku nak, sampai aku kena support. Baiknya dia.
Untuk pengetahuan semua, suami aku takde kereta pun. Yang ada hanya motor buruk yang dah lama dia ada sejak zaman mula kerja dulu. Dia kata memang dia tak layak pun pakai kereta.
Dia lebih utamakan keperluan keluarga kecil kami, walaupun aku tau dia suka sangat motor2 cantik dan kereta sporty. Baiknya dia.
Lepas tolak komitmen rumah, bil utiliti, nafkah aku, duit emak kat kampung & duit makan keluarga kami, memang cukup-cukup untuk dia makan kat ofis saja.
Lepas dapat gaji, dia akan beli barang kering & basah. Itupun aku dah cakap dekat dia, lepas habis stok makanan ni, aku hanya akan minta dia topap telur dan beras saja. Selebihnya, aku akan topap untuk ikan, ayam, udang semua bila nak makan sedap.
Dia selalu serba salah kalau aku masak mewah sebab dia tau tu semua duit yang aku topap & dia akan minta maaf & ucap terima kasih sangat sebab tak mampu beri lebih. Baiknya dia.
Semua urusan kat rumah ni, dia yang buat. Kerja aku hanya masak je sebab dia masak tak sedap. Aku syukur sebab dia tak pandai masak. Kalau tak, aku rasa useless juga. Ni pun aku baru je belajar-belajar masak lepas kawen. Terer sikitlah dari dia, hihi.
And yang buat aku rajin masak sebab aku sebenarnya nak buat bekal suami aku. Aku tau yang dia selalu makan jimat-jimat kat kantin ofis dia. Lauk kuah & tempe. Lauk kuah & tauhu sambal. Sebab duit habis, gaji 2k banyak mana sangatlah kan. Isk sedihlah. Baik kan dia?
Suami aku akan ajak aku makan luar masa hari gaji. Atau masa bonus syarikat dia. Dia akan minta aku ambil makanan sedap-sedap sebab dia kata dia tak selalu mampu. Kalau weekend, dia selalu minta maaf kalau mampu ajak pergi mamak je.
Ada satu masa tu, kami lalu kat Petronas isi minyak kereta aku. Dia senyum tawar tengok ada ayah belikan tealive kat anak-anak dia. “Awak pun saya tak mampu nak belanja tealive, anak kita nanti macamana?”
Aku sehabis daya ingatkan dia yang dia dah beri seluruh yang dia ada, semua tu jauh lebih cukup dah. Baik kan dia?
Suami aku juga tak merokok. Tak lepak luar. Subuh, maghrib & isyak di masjid belakang rumah kami. Dan dia akan balik in between maghrib dan isyak untuk check aku dah ngaji ke belum.
Dia tak pernah paksa aku sembahyang kat masjid tu sebab dia kata perempuan ni afdalnya sembahyang dekat dengan tempat tidur je.
And dia tahu aku busy dengan kelas online, tak pernah kondem aku atau compare konon dia terpaling alim pun. As long as jaga aurat, maruah, solat 5 waktu, taat suami, dia okay je. Dia buat aku rasa selesa. Baik sangat kan dia?
Dan untuk semua kebaikan dia kat aku,
Aku pun tak pernah lokek apapun untuk dia. Sebab aku faham, dalam rumahtangga ni, kena tolak ansur dan memahami.
Allah bagi gaji aku 3 kali ganda bukan sebab aku layak pun. Mungkin asbab aku ada suami yang baik & redha melepaskan aku bekerja.
Aku akan cover part-part ‘kemahuan’ sebab ‘keperluan’ aku telah suami penuhi mengikut mampu gaji dia. Selalu aku surprise kan dia dengan jersey, hantar grab & makanan untuk ofismate dia, handphone, dan macam-macam lagi.
Lepas tu malam-malam aku buat-buat lapar craving makanan sedap, padahal aku yang nak belanja dia makan. Bila isteri buat-buat craving, terpaksalah dia bawa
Setiap bulan pula, aku akan bawa dia pergi duduk hotel mana-mana dengan mak atau mak mertua aku. Semua anak buah aku angkut. Hihi.
Bila belanja makan pula, memang aku dah selitkan siap-siap kat dompet suami, untuk dia belanja ahli keluarga. Walaupun aku tahu, yang mereka tahu kemampuan suami aku yang bergaji kecil.
Dan setiap kali pun dia akan sungguh-sungguh ucap terima kasih kat aku sebab membahagiakan keluarga dia.
Apa lagi yang aku buat?
Diam-diam aku menabung untuk umrah dia. Dia cakap, nak sebut umrah pun dia segan, sebab mustahil. Dia tak pernah ada banyak simpanan sebab memang habis untuk keluarga. Keluarga dia pun orang susah.
2 tahun lepaslah aku surprisekan dia. Terus dia sujud syukur kat dapur, masa aku bagitau time dinner.
Tahun paling bermakna dalam hidup aku masa tu. Lebih indah daripda perasaan dapat baby. Mungkin sebab aku betul-betul sayang kat suami yang berkorban banyak untuk buat aku bahagia dalam kemampuan dia.
Kenapa aku hadiahkan kat dia? Sebab ada satu masa tu, kitorang kumpul dengan kawan-kawan, semua bercerita pasal pengalaman umrah.
Aku pernah pergi masa bujang dulu. Aku tengok dia ternganga dengar cerita & dia diam je tak menyampuk atau sharing, sebab dia takde pengalaman tu. Sejak haritu aku nekad nak hadiahkan dia pakej umrah.
2024 tahun yang indah sangat pergi umrah sama-sama musim sejuk. Sembahyang kat rooftop, setiap hari kat haramian qiyam berbumbungkan langit dengan lelaki yang paling aku cinta, hormat & jaga aku, serta buat aku selamat.
Dia jadi provider aku ikut kemampuan dia dari segi duit. Tapi provider dari segi emosi, kasih sayang, keberadaan dan semua, dia dah beri lebih dan terlalu melimpah ruah alhamdulillah.
Untuk pembaca IIUM Confession,
Boleh ke korang semua doakan suami aku? Supaya dia sihat sentiasa. Bahagia selalu. Dan diberi kemudahan dalam kerjaya.
Aku kesian tengok dia kerja penat-penat tapi gaji dia 2k je. Walaupun aku sebenarnya ok je sebab aku mampu, tapi aku tahu sebagai suami ofkos dia nak jadi breadwinner. Try minta kerja lain online, belum rezeki lagi.
And pasal takde anak lagi. Aku tak kecewa pun. Aku sentiasa yakin dengan rencana Allah.
Duduk berdua dengan suami ni terlalu bahagia sampai tak sempat rasa sunyi bila belum ada anak. Tapi tak salahkan untuk kita minta dari pencipta kita hajat yang baik-baik? Doakan kami dapat anak juga tau.
Dan tadi,
Yang buat aku menangis sangat masa doa ialah, aku baca doa dari sorang influencer ni ajar untuk suami yang baik.
“Ya Allah, rahmati & ampunkanlah dosa-dosa aku & suamiku. Terima kasih atas hadiah suami yang baik, di hadapan Engkau nanti, aku akan persembahkan semua kebaikan suamiku, sehingga tiada jalan lain untuknya sehingga ke syurga tertinggiMu. Berilah rezeki yang tak terjangkau akal fikiran kami & baik untuk agama kami,”
Nangis.. Lepas doa ni tadi, aku terus lompat katil tengok muka suami aku yang tengah tidur. Lepastu aku pun termenangis sekali lagi sebab terharu tengok muka lali yang sanggup terima aku yang banyak kekurangan ni.
Hukaloh ko pun Saadiah. Gembeng sangat kenapa?
Hihi. Best kan doa ni?
Korang dah tolong aamiin kan?
Terima kasih korang. Aku percaya korang pun sedang dijaga baik-baik oleh suami, sebab korang wanita yang baik.
– Saadiah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
alhamdulillah. semoga berbahagia hingga syurga bersama suami dik.