Untuk part I, (https://iiumc.com/isteri-nusyuz/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/isteri-nusyuz-ii/).
Boleh baca juga, (https://iiumc.com/sayalah-isteri-nusyuz-itu/)
—–
Dahsyat betul komen netizen ni. Dah berapa lama bini aku asyik sebut isu sama. Tak habis lagi pasal anak tu. Apa benda la tak boleh sangat nak lepas anak tu.
Yang korang pun sama. Sama mengungkit pasal sorang anak tu. Aku dah mengaku salah aku sebab aku biar dia. Habistu nak suruh aku nangis air mata darah ke macam mana. Bukannya aku boleh hidupkan balik anak tu.
Dah lepas biar lepas. Tak payah nak meratap lagi dah. Lepastu dia sendiri meroyan. Bukannya takda anak lain nak tengok. 5 lagi anak aku dah bagi. Nak jugak meratap yang sorang tu. Dah takda dah pun. Dah sah anak tu masuk syurga dah pun.
Kenapa nak suruh aku mintak maaf pulak? Aku mengaku salah aku tapi dia pun ada salah dia. Ikut kepala dia je aku nak kena mintak maaf.
Yang bini aku merentan tu kemain korang bagi support. Dia cakap dia mengidam air nenas tu je, dia tak cakap yang dia kejap nak durian kejap nak oyster. Samyang pun dia bantai makan.
Memang la makan sikit2 tapi mak aku pun dah cakap benda yang sikit tu la kadang boleh jadi punca. Sibuk nak layan mengidam. Yang 5 orang ni takda pulak nak mengidam itu ini. Elok pulak boleh tahan mengidam.
Dah tahu anak sulung, jaga lebih la sikit. Dia yang bawak perut ke aku? Dia kan. Dia la kena pandai jaga. Nak jadi mak kot. Dia nak fikir sedih dia. Sedih aku tak payah? Itu jela isu korang. Pusing dekat isu anak tu je.
Dah mengaku salah pun salah, tak mengaku lagi la salah. Korang nak suruh aku mengaku salah macam mana lagi.
Yang bini aku ni pun, dah apehal nak meratap pasal anak sampai jadi dendam. Gunakan isu anak untuk tutup salah yang dia buat.
Korang tak nampak ke dia sendiri dah mengaku ada lelaki text dia. Itu pun boleh jadi punca curang. Tak kisahlah mesra ke tak tapi tetap ada kan lelaki text dia. Aku ada bukti dah pun mamat tu ada text bini aku ni.
Laki jenis apa tanya bini orang okay ke tak. Siap tanya belanja cukup ke tak. Apa masalah tanya bini orang macam tu. Nak tunjuk aku ni lembik ke apa sampai siap boleh tanya pasal belanja rumah.
Dekat situ pun dia mengaku mamat tu siap boleh ambik dia hantar rumah mertua aku. Alasan tak menghalalkan cara. Sebab tu aku cakap dia attention seeker. Saja konon buat anxiety sampai suruh jantan mana kutip dia.
Dia nak bawak pergi mahkamah, apa ingat aku tak boleh guna isu ni jugak bawak pergi mahkamah. Salah tetap salah.
Wow siap ada bini nusyuz tulis pasal cerita dia pulak. Kau keluar tak mintak izin laki kau. Kau jahanamkan jugak harta benda dalam rumah. Kau tunjuk kepala besar kau acah feminis. Kau bawak lari anak. Bini jenis apa kau ni.
Laki kau pun jadi pengecut lepastu. Takut hilang bini. Sekarang laki kau tunduk ikut jari kau. Wah bagus betul kau kan. Mesti kau rasa hebat kan laki kau dah boleh ikut cakap kau sekarang.
Ramai2 hasut bini aku bercerai dengan aku ni korang ada fikir ke dia nak survive macam mana nanti. Aku ni kira ada hati perut lagi boleh tanggung dia.
Setakat dia buat tutor affiliate tu berapa sen sangat dapat. Pakat semua suruh dia tinggal anak dengan aku, korang ingat aku tak boleh jaga ke. Yang bongsu tu nasib sebab tengah menyusu badan je lagi.
Apa yang payahnya. Aku suruh dia tu minta maaf dulu. Mengaku jela salah dia. Dia buat drama sedih cerita pasal hilang anak dia, pergh ramai betul back up. Cerita pasal anak je boleh terus tutup cerita dia ada text dengan laki lain.
Tak payah nak back up sangat. Benda dah salah. Kalau dia rasa berani, pergilah mahkamah tu. Aku nak tengok sejauh mana berani dia.
Kira bagus la aku bagi kepercayaan dekat dia uruskan semua. Dia nak pening apa. Tiap bulan dapat duit. Bukan dia buat apa pun. Setakat duduk rumah tengok anak. Nak penat apa. Takkan tak reti nak buat planning belanja tiap bulan. Dia uruskan hal rumah je pun. Tu pun pening.
Bukannya aku suruh dia buat kerja lain pun. Dia yang serabutkan otak nak buat tutor la affiliate la. Dah tahu rasa belanja tu payah nak manage, cari la jalan lain nak jimat. Takkan tu pun aku nak kena buat.
Yang masaknya dia, yang tahu berapa banyak beras dekat dapur pun dia. Bukannya sibuk nak layan perasaan sedih dia tu. Lepastu mula la stress la depress la.
Sebab tu perempuan macam ni tak boleh nak bagi muka sangat. Kang aku tinggi suara sikit, terus diam. Lepastu mula la nak nangis. Serabut la.
Itu hak aku nak pisahkan tempat tidur. Siapa suruh dia yang sibuk sangat nak text jantan lain.
Meh aku nak ajar sikit. Kalau ada mamat mana text kau, tak kisahlah kau dah kenal lama ke baru ke, tak payah reply langsung. Tak payah nak bagitahu kau okay ke, belanja kau cukup ke, tak payah.
Kau rasa macam nak bunuh diri, pergi cari Tuhan bukan cari jantan. Bukannya kau acah shaking. Terpaling nak shaking. Terpaling tiber tak boleh nak bernafas.
Tak payah nak hasut bini orang bercerai. Tahu la aku macam mana nak handle bini aku tu. Kena marah sikit, diam la dia. Pandai la dia terus senyap. Sendiri pun sakit mental, ada hati nak bercerai.
Konon kuat la tu baca komen netizen tu. Hari2 bukak baca komen. Ingat aku tak nampak. Baca komen sikit lepas tu nangis. Serabut betul sikit2 nak nangis ni.
– MAH (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
ko rsa x puas ht..ko settle la baik2 dgn bini ko…yg ko taip brjela2 nk terangkan dgn kami smua nie bt ape …aku yg bc pn dlm nada marah ayt ko taip tue…ko laki bini sma2 bermasalah sbnrnya…sb ape aku ckp mcm nie..masing2 ego..smpai brpe episod da crta ko nie…jgn ade episod yg ke 10 tp ayt yg sma je ko taip …sbb x puas ht ape yg kami2 nie komen …renung blk dlm diri….ko nk terima ke x terpulang la…aku hrp ko fkir la sndiri…emosi ko pn mcm x stabil…org taip dlm keadaan emosi…smua ayat kluar …ok grk dulu
semoga semua perempuan baik baik dalam dunia ni tak berjumpa dengan laki mcm abg MAH ni ye. Jadi sekarang ni abang nak buat apa? Sambung merentan kat sini? Org cadang cerai sbb ko pun dah jijik dgn dia masing2 dah sampai tahap gini mmg payah dah lah nak berbaik. Kau ego. Minta maaf and improve jadi lebih baik. Tak mustahil nak berbaik tapi kena ada effort. Bukan semata merentan kt sini mcm pondan. Patut pun laki lain datang jadi hero.
kau sbnrnye ego tinggi sangat melangit ni bang. terasa tercabar ke ada hero lain yang dtg yg tanye kt BINI kau. silap tu..bukan kau yg bagi 5 org anak tu kt bini..jgn nk mendongak tinggi sgt..kesian bini kau yeh..13 tahun, 6 org anak, sakit beranak, menyusu yg 5 org tu kau pikir tak? rapat rapat plak tu dia beranak. Kesian badan dia.. ANXIETY tu REAL. kau jgn nk mempersendakan hal ANXIETY ni..kalau aku dapat laki mcm kau pon hari hari aku kena ANXIETY PANIC ATTACK..dasarrr betul..eh aku geram lah baca posting kau dari 1 hingga 3 nih..dari posting pon org tau kau ni BARAN orangnye..
Macam boleh agak akan ada sambungan lebih kepada nak justify diri sendiri. Tertanya juga macam mana keadaan kat rumah tu..? Jadi lebih dingin ? Dah try ajak pi kaunseling pejabat agama belum? ASyik duk update sini, nak tahu juga apa progress. Bosan lah kalau asyik cerita yang sama pasal ego masing2 lagi2 si suami yang patutnya cari jalan solusi.
senyap lah bang, baik gi semuka sesama dari tantrum kt sini.
EGO EGO EGO!!!.. encik ni dah emotionally unstable, type pon dah tahu dalam keadaan marah. Susah ke nak mintak maaf? Boleh mati ke kalau turunkan ego tu sikit? sebab encik lelaki, dan encik rasa berkuasa? sebab encik ni suami so tak boleh nak lemah-lembut dengan isteri? tak boleh nak tolak ansur dengan isteri? Tak boleh mengalah? Macam tu? Setakat mengaku salah, tapi action takde.. tak guna jugak.. Pikir encik ada kuasa veto besar lah ye as suami? Maaf cakap ye, kalau isteri encik nusyuz, encik ni dayus. Tu reality check yang encik kena terima… sampai isteri minta tolong dengan lelaki lain, Yess.. sebab encik lembikdan tak mampu.. That’s it!
Hm…narsistic personality detected. Kesian betul saya dgn wife encik. Ya Allah, mcm manalah wife encik boleh bertahan dgn lelaki yg sangat2 ego, rasa diri terpaling betul dan org lain yg salah. Saya cadangkan encik pergilah treatment psychology sbb encik memnag problem. Ya Allah, kesiannya dgn wife encik. Manusia NPD ni memang x de rasa empath langsung dan x tahu tanggungjawab. Yg dia tahu dan org perlu tahu adalah perasaan dia sahaja yg kena jaga. Pendek kata penting diri. Dari cerita 1 sampai 3 memang dah nampak ciri2 lelaki NPD. Untk wife, please lah pergi pejabat agama. Silap2 pejabat agama pun susah nak handle husband puan ni yg ego tinggi melangit.
apa yang boleh dikatakan..sbnrny ko ni GILA…takut ditinggal bini tp acah2 hebat.bodo lh ko,bagi duit cukup2 lepas tu nk bini ko pikir sndr…baik ko hidup dgn dunia ko je jantan keparat.