Dunia Pentas Ujian

Hai aku Aefa (bukan nama sebenar). Maaf jika luahan aku ni sedikit panjang.

Aku cuba hidup macam manusia normal, hakikatnya otak aku bising macam pasar.

Dari kecil aku dibesarkan oleh nenek sebelah ibu. Kenapa bukan keluarga sebelah bapa yang besarkan? Sebab aku anak haram!

Peritnya membesar dengan gelaran anak haram, hanya Tuhan ja yang tahu.

Walaupun aku cuba pujuk diri, bukan salah aku dilahirkan dengan gelaran tu, tapi aku insan lemah, tetap kalah dan nangis bila diejek dengan gelaran anak haram oleh kawan² sekampung dan saudara mara.

Membesar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang ibu dan ayah.Tapi nenek selalu pujuk aku. Nenek beri kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Al-fatihah untuk nenekku.

Ibu aku? Dia kahwin lain selepas aku dilahirkan. Lepas adik lahir, dia bercerai. Tak lama lepas tu, dia kahwin lagi.

Dunia dia hanyalah duit, duit, duit, dan duit. Dia tiada masa nak layan aku sebagai anak dia.

Bila nenek dah meninggal, aku terpaksa tinggal bersama ibu. Di sinilah sejarah hitam aku bermula.

Aku ingat aku boleh rasa kasih sayang sebuah keluarga bahagia. Rupanya angan² sampah! Aku menjadi mangsa nafsu serakah suami ibu aku walaupun masa tu suami dia dah berumur lewat 60an.

Penampar, maki hamun, sindiran, pukulan, apa jer yang aku tak pernah rasa?

Lapar? Mintak nasi kena pukul sampai berbirat badan. Dengan secebis iman, aku teruskan hidup.

Setahun tinggal bersama mereka, bagaikan seratus tahun.

Dengan result upsr yang baik, aku ambik keputusan untuk tinggal di asrama bila dah masuk sekolah menengah sampailah habis spm.

Dah habis spm, aku kerja dan apply belajar jauh dari keluarga. Aku tak nak duduk rumah! Aku nak jauh dari keluarga!

Berbekalkan wang biasiswa, pandai² lah hidup.

Masa ni ibu aku termakan fitnah dan hasutan suami dia, cakap aku dok dengan jantan. Aku tinggal di asrama, waktu praktikal aku sewa bilik, housemate aku semua perempuan tulen.

Tapi aku pilih untuk maafkan ibu aku. Sebab aku pikir, baik buruk, dia tetap ibu aku.

Dah habis belajar, aku tekad nak kahwin dengan lelaki yang boleh terima aku seadanya.

Bapak tiri aku marah gila bila tahu aku nak kahwin.

Lepas kahwin aku bawak diri jauh tapi masih contact dengan ibu aku. Sebab aku pikir dia ibu yang mengandungkan aku, yang lahirkan aku ke dunia ni. Aku taknak kehilangan doa dari keramat hidup aku.

Aku balik ziarah dia sekali sekala jika berkesempatan walaupun jauh. Jumpa curi² tanpa pengetahuan suami dia.

Dalam tempoh hampir 20 tahun ni, ibu selalu pujuk aku, suruh aku berbaik dengan suami dia. Memang takla!

Baru – baru ni terjadi krisis antara ibu dan suami dia. Dia larikan diri datang ke rumah aku.

Aku ingat aku dah move on dari trauma dan kisah lampau. Ya lah, sebab ibu aku dah tua kot. Aku berazam nak jaga dia dengan penuh kasih dan sayang.

Tapi aku silap! Dia tak pernah berubah. Dan paling menyakitkan, dia tahu aku jadi mangsa nafsu serakah suami dia!

Hancur luluh hati aku hanya tuhan yang tahu.

Hina sangat ke aku sebagai anak haram sampai macam ni sekali dia buat ke aku?

Kenapa dia tak pertahankan maruah aku? Kenapa dia keep paksa aku suruh aku berbaik dengan suami dia selama ni?

Sumpah aku down gila. Aku dari ikhlas nak jaga dia, sekelip mata, ikhlas tu ghaib!

Tetiba perasaan benci muncul dan membuak² bila terpandang muka ibu.

Aku dah tak mampu berlakon kononnya aku baik² saja. Kini aku ambik langkah menjauhkan diri dari ibu dan semua orang.

Walau ada yang cakap aku anak tak kenang budi, anak derhaka, anak lupa daratan, aku pekakkan telinga.

Aku betul² dah tawar hati untuk berbakti pada ibu. Apa yang aku hadap selama ni terlalu menyakitkan!

Aku cuba untuk berdamai dengan takdir. Aku cuba move on dari kisah silam yang menyakitkan, tapi aku tak boleh, aku tak kuat.

Untuk ibu, maafkan saya kerana saya tak boleh nak jaga ibu dan jadi anak yang bertanggungjawab dikala ibu dah tua. Luka yang ibu beri pada saya selama ini terlalu dalam.

Cukup – cukuplah suruh sanak saudara ibu call dan pujuk saya. Mereka tak tahu apa yang hadap selama hidup dengan ibu. Mereka tak tahu dan tak pernah ambik tahu trauma saya. Saya takkan sesekali bukak aib ibu dimata sanak saudara ibu.

Maafkan saya kerana selama ini saya sebagai anak haram ibu, memilih untuk lahir ke dunia ni sebagai bukti dosa ibu, menagih simpati, menagih kasih sayang ibu selama mana saya hidup.

Untuk anak-anak tak sah taraf diluar sana, please jangan sesekali warisi dosa silam ibu bapa kita. Biarpun ada mulut puaka yang cakap ‘anak haram akan ulang kesilapan ibu bapa dia, akan lahirkan anak haram,dan begitulah seterusnya!’.

Buktikan mereka salah! Kita mampu lahirkan anak- anak halal, mampu berikan didikan dan keluarga yang sempurna untuk anak-anak kita.

– Aefa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. sis, i feel u sis.

    1st saya nak peluk awak.. beratnya ujian awak tanggung.
    2nd, sy sgt kagum, awak seorang yg sgt hebat, walaupon hadapi ujian yg sgt berat dan trauma yg menghantui diri awak, awak tetap kuat, sgt kental.

    jaga diri awak dan anak2, semoga awak terus bahagia bersama suami dan anak2 awak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *