Assalamualaikum, semoga semua dalam kebaikan dan keberkatan.
Di mana datangnya bahagia, di hati. Bila hati baik mudah rasa bahagia, bila sakit rawatlah dengan mengingai Allah, Tuhan yang tahu isi hati.
Hati yang baik mudah mendapat hidayah, namun yang sudah baik, adakala boleh teruji iman dan tersungkur di pintu Syurga.
Benarlah, menasihati lebih mudah daripada melaksanakan. Mengkritik lebih senang daripada bertindak.
Dengan berita banyak ustaz buat xxx, sedangkan dia faham agama, nasihat kebaikan tapi terlibat juga buat maksiat, bukan satu kes dah berlambak.
Itu kes yang dilaporkan, agaknya kes yang didiamkan lebih lagi..
Yang terbaru, seorang motivator kebahagiaan suami isteri, buat program menuju neraka.
Program-program neraka ni memang dah banyak, yang mengejutkan tu bila mereka yang nampak alim bertudung rupanya berani bogel!
Kes zin@ memang berlambak, kes parti sexx liar, dadah, lgbt pun ada di negara ni. Yang menyesakkan dada bila yang terlibat tu orang bijak pandai, cikgu pun ada.
Bayangkan cikgu yang terlibat dengan aktiviti mungkar dan sesat mengajar anak di sekolah. Apa akan jadi dengan generasi akan datang…
Bagaimana pula dengan anak-anak yang lahir daripada lembah maksiat, yang dibuang, yang didera, yang membuli… Dunia ni menakutkan dengan makhluk-makhluk pemuja Syaitan pengikut Dajjal.
Yang menjadi lebih takut… Iman tak dapat diwarisi. Benda ni sejak zaman Nabi Nuh dan Luth dah berlaku, keluarga Nabi tak dapat hidayah walaupun sudah didakwah..
Ada dengar kisah anak yang telah hafiz Quran pun boleh terjebak benda tak elok.. Dengan lambakan pengaruh luar terutama gajet..
Malah peningkatan anak remaja yang mengalami tekanan emosi dan sakit mental kerana terbeban dengan kegilaan dunia juga menyedihkan..
Benarlah… Nampak salah orang itu mudah, salah sendiri juga banyak… Namun bila ada kesedaran adalah lebih baik amar maaruf nahi mungkar, berpesan dengan kebenaran berpesan dengan kesabaran.
Kebimbangan masalah di hadapan diserahkan kepada Tuhan. Dengan berdoa semoga takdir yang baik akan selalu bersama. Dengan ada niat dan hijrah moga taubat diterima.
Bila berlaku takdir bas pelajar UPSI kemalangan dengan 15 maut, dalam kesedihan ada rasa syukur kerana mereka dinilai syahid kerana dalam usaha menuntut ilmu,
Kisah mereka mula digali dan tenanglah diri bila tahu masih ramai anak muda yang sangat baik dan soleh di luar sana.. Bakal pendidik dan pemimpin. Kematian yang menghidupkan.
Juga bila berita satu keluarga meninggal kemalangan dan hanya seorang anak sulung yang masih sekolah rendah tinggal. Tak terbayang sedihnya jiwa, namun hikmahnya ramai yang hadir memberi perhatian dan sumbangan…
Juga masih ada ibu saudara yang solehah untuk menjaga. Ujian yang berat untuk mereka yang hebat. Tidak diuju melainkan mengikut kemampuan.
Kadang diri ini takut, takut diuji dengan dugaan yang berat dan sukar… Takut kehilangan apa yang ada… Takut mati kerana tahu banyak dosa dan kurang pahala…
Sedangkan Nabi yang dijamin Syurga juga melalui ujian yang sangat besar, bagaimana diri ini yang banyak bermalasan untuk beribadah untuk mudah ke Syurga..
Namun Allah yang Maha Pengasih Maha Pengampun, membuka banyak pintu Syurga kepada hambaNya termasuk pintu taubat.
Barangkali mereka yang pernah melakukan banyak dosa maksiat akhirnya bertaubat dan menjadi ahli Syurga… Dikhuatiri mereka yang banyak ibadah tetapi di akhir hayat terjebak maksiat dan mati dalam keadaan bergelumang dosa. Nauzubillah.
Jagalah iman… Dengan adanya iman kepada Allah SWT akan layak ke SyurgaNya,
Namun jika ada dosa yang berat mungkin terjatuh ke jurang neraka, jika ada dosa sesama manusia lamalah di mahsyar menghitung keadilan, saat yang sangat getir itu hanya mahu secepatnya masuk ke Syurga.
Apalah sangat solat yang tak khusyuk nak dipersembahkan untuk memiliki Syurga, apalah dengan sedekah bercampur riak mahu ditunjukkan untuk tiket ke Syurga..
Jika bukan dengan rahmat Allah siapalah kita.. Dengan rahmat redha dan syafaat, masuklah hambaNya ke Syurga.
Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, akan masuk ke Syurga.. Rugilah mereka yang ada syirik di hatinya, yang munafik mempersenda agama…
Doalah agar sentiasa dalam rahmat, keberkatan, hidayah dan ketaqwaan.. Mahu bersama seluruh keluarga, ibu bapa dan anak cucu di Syurga. Mahu bertemu Allah yang Esa Tuhan Seluruh Alam.
Ya, pasakkan dalam jiwa dengan kalimah syahadah agar saat mati nanti dengan kolbu salim.. Mendapat husnul khatimah.
Ku coretkan catatan ini kerana ada rasa resah… Aku sedar diri tak sempurna ada kelemahan.
Maka dengan perkongsian ini adalah sedikit perkara untuk diambil peringatan. Hidayah itu milik insan terpilih, yang hatinya bersih penuh kasih.
Iman adalah mutiara, di dalam hati manusia, carilah ketenangan dengan zikir mengingatiNya. Rawat hati dengan solat, berdoa dalam sujud, di keheningan malam di awal fajar lebih terasa dekatnya, pujuk hati dengan al-Quran, baca dan amalkan….
Sedarilah dunia ini tempat ujian dan akan ditinggalkan. Hiduplah bersyariat dan membangun perkasa ummah.
Semoga dengan kesyukuran dan keinsafan, hidup ini lebih indah dan berkat.
Terima kasih jika disiarkan, maaf dariku.
– Aku Juga Pendosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit