Perkahwinan Hujung Tanduk

Assalamualaikum semua. Tak tahu macam mana nak luah. Sekarang pukul 8am tapi aku masih tak tidur dari malam tadi. Aku betul-betul perlukan bantuan.

Aku dah luah semua dekat suami. Aku faham apa yang suami rasa tapi dalam masa yang saya aku perlukan bantuan dari dia tapi aku gagal.

Aku nak minta pendapat dari semua. Aku buntu. Aku sayangkan perkahwinan ni. Aku terlalu sayangkan suami dan anak-anak aku.

Kami dah berkahwin hampir 10 tahun. Sejak akhir akhir ni aku rasakan perkahwinan kami sudah dihujung tanduk. Bukan masalah curang. Tapi masalah dari diriku sendiri yang mempunyai trauma masa kecil. Trauma aku menganggu seluruh kehidupan kami. Ya seluruh kehidupan.

Bila ada perkara yang triggered trauma aku, aku tak mampu buat kerja, tak mampu fokus jaga anak anak, aku akan takut berlebihan, aku tak tenang, aku risau yang melampau dan paling teruk aku akan ganggu suami sampai kami akan bergaduh besar.

Trauma aku bermula dari aku kecil. Aku kerap lalui masa kecil dengan melihat ayah aku curang dengan ibuku. Curang yang berkali kali dan curang yang menyakitkan.

Ayah aku memang seorang yang pantang nampak perempuan, matanya akan melirik sehingga perempuan tu hilang. Ayah aku banyak menipu ibu. Ibuku seorang yang sangat naif. Selalu percaya walaupun kerap ditipu dan diduakan.

Ayah ku berkahwin dengan mana mana perempuan berkali kali tanpa pengetahuan ibuku. Setiap kali kantoi pergaduhan yang sangat besar akan berlaku dan aku betul betul ingat macam mana sedih tangis ibuku bila terluka setiap kali dicurangi.

Ayahku seperti biasa rasa tidak bersalah sampai dah tua pun tetap curang dan berkahwin dalam diam. Dan banyak lagi benda yang ayah aku buat yang tak perlu aku cerita dekat sini.

Aku pernah menangis seharian mengenangkan sakit yang ibuku lalui sehingga aku tak boleh bekerja. Luka ni bukan sahaja berdarah pada ibuku. Trauma ni timbulkan nanah dan luka yang sangat dalam pada hati dan fikiran aku.

Selepas aku berkahwin aku sangat takut perkara ni jadi pada aku. Tak dinafikan suami aku bukan lah seperti ayahku. Suamiku tak pernah kantoi curang, password phone, semua media sosial dia bagi pada aku. Dia jujur dan tak pernah pun lakukan apa apa perkara buruk belakang aku.

Tapi bila ada perkara yang triggered trauma aku, aku mula jadi tak keruan. Aku mula tak fokus dan overthinking benda bukan bukan. Contohnya ada kawan ofis yang ws tentang kerja.

Aku tahu dan secara sedar dan warasnya aku tahu suami aku takkan curang dan semua ws tu atas urusan kerja tapi aku tak mampu control perasaan dan tindakan aku.

Aku akan tanya dan soal bermacam soalan pada suami dan aku mula fikir perkara bukan bukan. Aku takut. Bukan takut biasa aku sangat takut suamiku buat macam ayahku buat pada ibu.

Suami aku seorang yang bertanggungjawab dalam nafkah dan tak pernah culas. Suami selalu bekerja luar kawasan dan suami aku sangat sibuk dengan urusan kerja kadang aku rasa berlawan dengan perasaan sendiri.

Kadang aku tak mampu control perasaan, aku akan menangis satu hari bila fikir suami aku bekerja dengan perempuan. Sakitkan aku?

Aku terlampau takut. Aku takut apa yang ibu lalui, aku akan lalui. Aku dah luahkan semua yang aku rasa pada suami dari awal kahwin sampai sekarang. Tapi malangnya suami aku tak faham.

Suami aku hanya cakap aku cemburu buta, aku pelik, aku tak betul. Setiap kali aku luahkan, suami akan marah dan melenting sehingga berlaku pergaduhan besar. Ya aku tahu suamiku takkan buat benda benda buruk belakang aku. Tapi perasaan ni aku tak mampu control.

Bila ada yang triggered aku hanya nak tanya sebab benda ni bermain dalam fikiran. Aku cuma nak di jawab secara hormat dan lembut untuk tenangkan hati aku yang tak keruan tapi respon yang aku dapat selalu melukakan hati.

Setiap kali bercakap pasal benda ni kami akan bergaduh besar. Aku takut. Aku rasa tak dilindungi. Aku rasa tak selamat. Aku rasa tak dibantu. Aku rasa aku gila. Aku rasa aku sorang sorang nak lawan semua ni.

Aku perlukan bantuan. Aku tak minta jadi macam ni. Aku dah cuba sibukkan diri dengan anak anak tapi aku tetap akan fikir juga

Benda ni berlarutan dan semakin teruk. Sekarang apa je suami buat, aku rasa tak kena. Ada je benda aku nak marah nak nangis nak sedih. Puncanya aku rasa salahku tak selesai. Aku rasa tak didengari aku rasa aku sorang sorang.

Suami aku sibuk dengan kerja. Aku pula hanya berperang dengan emosi sendiri sambil menguruskan anak-anak dalam keadaan emosi yang sangat meluap luap.

Aku hanya nak dipeluk, nak ditenangkan setiap kali benda ni triggered trauma aku dan benda ni aku dah cakap dekat suami, pernah sekali dua dia buat lepastu dia dah marah marah semula.

Ya aku tahu dia penat nak layan trauma aku. Aku tak minta jadi macam ni. Benda ni trauma bukan aku saja saja buat. Aku sendiri pun penat. Tapi apa pilihan dan cara yang aku boleh buat. Aku minta dibantu secara lembut. Aku nak dia tolong aku pulihkan trauma aku ni. Itu je..

Perkahwinan kami sekarang terlalu toksik. Suami tak boleh control marah dan tengking tengking aku depan anak-anak. Kadang sehingga jiran jiran dengar. Kadang pergaduhan kami melibatkan sentuhan fizikan yang buatkan aku rasa betul betul kecewa.

Aku fikir kenapa aku macam ni? Aku tak boleh tenang. Aku selalu takut. Aku terlalu sayangkan suami aku. Doa aku sekarang selain minta Allah pulihkan trauma aku, aku minta Allah buangkan rasa sayang pada suami supaya dia tak rasa rimas dengan aku lagi.

Aku sedih. Aku rasa aku macam orang gila. Tolong lah aku. Ada ke cara untuk aku pulihkan trauma aku? Atau aku memang kena akhiri perkahwinan ni? Ada sesiapa yang ada pengalaman trauma macam aku? Macam mana nak pulihkan tanpa bantuan orang sekeliling.

Aku buntu. Aku sayangkan suami aku. Tapi nampaknya hubungan kami dah terlalu jauh. Aku dah semakin patah.

Terima kasih yang sudi baca. Maaf penulisan aku banyak kekurangan. Aku terlalu buntu. Hanya meluah isi hati dan mengharapkan ada jalan penyelesaian.

– Tisu basah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. kamu perlukan rawatan, cuba pegi ke hospital utk dapatkan rawatan jiwa dan mental kamu

  2. Dalam luka ni. Memang perlukan external support yg konsisten. Cari pakar.

    Banyakkan dengar audiobook tentang brain. Otak kita ni boleh jadi our greatest tool to achieve our dreams. Dan boleh juga jadi our greatest enemy that put us in neverending misery.

  3. Dalam menyayangi seseorang, kita tidak boleh terlalu menyayangi dia sehingga kita lupa yg pertama dalam hidup kita adalah Allah. Yg perlu kita sandarkan sebagai penenang adalah Allah. Minta kepadaNya dan jangan berputus asa. Bila balik2 kita ckp suami curang, itu jg doa kita kpd rmhtangga kita sendiri. Jgn biarkan kisah yg lampau tentukan masa hadapan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *