Chasing

Salam, dekat sini saya nak share sikit pasal pasangan saya. Saya tahu setiap orang ada baik buruknya. Saya seumur hidup ini adalah first time saya terima buruk lelaki. Dimana saya rasa menyesal? I know I shouldnt.

Dia ni jenis baran, suka marah, tahu tak suami si “isteru nusyuz” tu, (https://iiumc.com/isteri-nusyuz-iii/).

Perangai dia, pemikiran dia, sikap dia dan cara penulisan dia buat saya teringatkan pasangan saya ni. Selama 2 tahun dalam relationship, dia tak pernah meminta maaf kalau bergaduh atau salah faham.

Saya selalu kena marah sebab katanya kalau dia tak marah saya makin naik kepala, dia rasa saya macam “pijak-pijak” kepala dia. Dia selalu offended dan sangat defensive untuk bende-bende remah sehinggakan saya selalu ovethinking.

Saya ada share dengan kawan saya and mostly kawan-kawan saya cakap lelaki (pasangan saya) ni perangai macam perempuan, baran, pemarah, cakap kasar, ego tinggi, tak pernah mengalah, suka emosi. Saya kadang buat perangai, sebab dia ni selalu busy dengan kerja, tak pernah text saya, hanya call. Tapi tula call pun kena ada masanya juga kan?

Contoh saya ni bekerja, kadang penat tapi dia ni selalu call lewat malam, tapi saya terima sebab ini je waktu saya rasa ada connection dengan dia sebab dia busy. Saya pernah complain busy macam mana pun updatelah macam dulu, before this boleh buat now macam takde masa betul. Then kami gaduh sebab saya tak faham kerja dia.

Saya cuba, tapi honestly saya penat. Saya pun ada hati kadang kata-kata dia kasar dan kesat, very mean to me, saya cuba slow talk yang saya pun ada hati, tapi itu pun kena marah siap ugut nak lepas kan saya.

Kasar tu bukan macam kasar orang utara cakap macam gangster tu eh, kasar yang jenis guna perkataan kesat, “bodoh” “bengong” “takde otak” “pergi mampus”. Dah tiga kali dia cakap dia akan lepas kan saya.

Saya mula-mula saya tak rela lah, sebab sayang tapi bila saya rasa alah dia ni drama mengalahkan perempuan sampai penat saya nak layan, so saya dah tak kisah dan rasa lega bila dia cakap macam tu.

Kadang kami gaduh, sampai subuh, sampai saya tak tidur. Dia tak kisah lah sebab dia kerja shift, so siang dia tidur. Tapi saya lah penat tak tidur seharian, bila saya cakap saya nak tidur, lagi lah dia mengamuk, tantrum.

Saya pernah je cuba slow talk dengan dia pasal schedule dia saya susah nak ngam saya jadi penat sikit, pun kena tengking. Dia cakap “dah lepas ni tak perlu call, text apa-apa pun kalau itu pun penat” Rasa macam salah saya pula.

Saya cuba berkomunikasi untuk cari penyelesaian bukan nak salahkan dia. Saya harap dia bertolak ansur dan fikir keadaan saya juga.

Kalau keluar dia akan pilih waktu dia cuti, tapi waktu dia cuti tulah saya bekerja. Kadang dia ajak keluar makan lewat malam esoknya saya kerja, kalau saya tolak cakap penat, dia akan “dah lepas ni tak perlu keluar langsung, I pun tak hamak lah nak jumpa you”. Saya macam alahai penatnya lah.

Kadang dia lepak dengan kawan dia dulu before jumpa saya, yelah lelaki bila lepak sampai pukul berapa kan? so sampai pukul berapa saya kena tunggu? Penatnya. Kali kedua dia cakap dia bagi last chance, kalau saya buat perangai lagi dia terus tinggalkan saya. Honestly, saya ada sedikit rasa lega eh dia cakap macam tu.

Saya buat perangai? mostly, saya buat perangai kalau dia tak contact saya langsung seharian, ye, perempuan kan, atleast sepatah dua pun cukup, takdelah senyap je sehari dua. Itu pun kena marah hmm.

Kali ketiga dia cakap “kalau ikutkan, sekarang pun I boleh tinggalkan you”. Saya macam habis tu pergilah, saya pun dah penatlah, asyik mengalah, asyik minta maaf, asyik merayu, asyik tahan je kena tengking, asyik nangis, nangis kena marah, play victim katanya, Kalau nak pergi, pergi jela. Tapi dia kata dia kesian dekat saya. Hmm.

Saya pun kesian kan diri saya sebab bertahan dengan orang macam ni. Saya rasa dia ni ada orang ketiga atau dia cuba nak test market orang lain juga, yela sebab kita ni nampak je perangai dan rutin pelik dia. Bila saya tanya dia offended, ha tak ke betul?

Saya pernah je nampak dia main dating app tapi dia tak mengaku, saya pun hmm apalagi, nak tinggalkan dia jelah kan atleast ada sebab dia curang dia buat perangai, sebab itupun dikira curang ye, walaupun hanya sempat berkenalan dekat app tu. Dia delete app tu depan saya, dia cakap dia tak buat dah. Tapi ye saya memang nampak dia dah tak buat dah.

Selain pemarah, perangai macam perempuan, ego tinggi, dia ni ada je good sides dia. Dia ni jenis provider, pasal duit dia tak kisah. Dia selalu tolong saya, tanya saya cukup makan ke tak bulan ni, gaji tinggal berapa, bila saya ada masalah tempat kerja dia dengar, pendek kata ada pros and cons lah, ada baik ada buruk.

Dia pun family man juga, baik dengan parents saya, bab duit memang tak berkira walaupun gaji saya bukannya rendah sangat tapi saya banyak guna duit untuk cantik-cantikkan diri saya dan dia tak kisah. Tapi sikap pemarah dia ni buat saya tak tahan, saya tak happy.

Nak kata dia care, maybe cara dia care lain. Saya cuba positif. Even after gaduh, lepas dia nak tinggalkan saya pun dia masih tanya pasal masalah saya, dan esoknya dia bagi saya duit sebab bulan tu saya banyak pakai duit, bukan sikit ye banyak ye.

Saya kadang tak faham dengan dia, mungkin dia ingat saya akan turuti semua kehendak dia kalau dia provide saya macam-macam atau bagi saya duit? Lol..

Saya belajar lagi tinggi dari dia, saya appreciate that, tapi saya perlukan emotional support, bab duit saya tak pernah ada masalah, saya bekerja dan gaji saya more than cukup untuk diri sendiri. Kawan saya ada cakap saya stay dengan dia sebab duit ke, dia kaya or dia ni provider?

Weh masa saya kenal dengan dia, dia ni takde apa-apa, career pun hidup segan mati tak mahu, saya carikan dia kerja, saya support dia, saya bagi kata-kata semangat, saya juga lah tempat punching bag dia, doormat dia bila dia stress pasal duit. Saya tahan je.

Ye saya pernah support dia tapi saya tak pernah hulurkan sebulat-bulat duit hasil titik peluh saya pada seorang lelaki kecuali ayah saya. Saya akan keluarkan duit bila kami keluar sebab saya faham keadaan dia masa tu, dan saya belikan dia baju raya sebab dia memang takde duit masa tu. So maksudnya saya berbelanja untuk dia tapi tak pernah bagi dia duit lah.

Saya tahan pun sebab sayang, dan kadang saya fikir saya ke yang redflag sebenarnya. Tapi sekarang gaji dan rezeki dia lagi besar dari saya, alhamdullilah.

Sejak dia kenal saya, saya nampak dia berubah dari segi financially and career dia. Daripada takde rumah, sekarang dah mampu nak beli rumah untuk “kami nanti” katanya, yela dah kahwin kan kena ada tempat tinggal.

Saya perempuan, saya perlukan emotional support, perlukan seorang yang emotional maturity, memahami keadaan saya tapi saya tak nampak dekat dia. Yang saya nampak dia nak manipulate dan control saya.

Saya minta maaf lah ek cakap tapi kadang saya rasa saya salah or saya dibutakan oleh perangai baik dia. Saya nak plan tinggalkan dia kalau dia taknak tinggalkan saya, tapi saya rasa macam saya jahat kalau buat macam tu, sebab saya nampak kebaikan dia walaupun ada keburukan dia tu.

Kawan saya ada cakap saya ni kena brainwash dengan dia, dia dah berjaya control saya, manipulate saya. Hmm sampai buruk dia pun saya dibutakan. Saya rasa saya kena tinggalkan dia, tapi saya jahat ke kalau tinggalkan orang macam ni?

Saya kadang kesian juga tengok baran dia tu, dah macam tajul, kahwin nanti takut naik physical pulak bukan dikira emotional abuse dah nauzubillahi min zalik.

– You (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. cari org yg awak tenang bila dgn dia. Cari pasangan yg dpt tenang kan kita gitulah kiranya ahaha….perempuan punya emosi ni kalau lelaki cepat kalah, maka laki tu akan jadi mcm perempuan jugak. Cari yg “lelaki” sikit yg dpt dan nak bimbing kita dan vice versa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *