Salah Korang Yang Expect Tinggi

Aku baru je start follow page ni. Baru je tiga hari lepas.

Lepas skrol punya skrol ada lah jumpa beberapa confessions yang tak suka orang tudung labuh lah, ustaz ni tak jaga iktilat nampak je pakai kopiah, ustaz tu kasanova, nikobis ni hipsterlah, hilang percaya kat budak sekolah pondok boo hoo hoo.

Damn guys. Korang tak nampak ke sekarang ni korang yang letak HALO dekat puak-puak macam ni. Korang expect dorang perangai macam malaikat.

Bukan setakat penduduk Malaysia, ni masalah semua society muslim kat dunia, yang anggap “oh, budak pakai niqob, cakap dengan lelaki macam takde agama” atau “eh kau pakai tudung labuh jaga sikit perangai nanti semua imej orang tudung labuh tercemar.”

<< Kau tak rasa ke manusia macam kau lah yang mewujudkan situasi macam ni? Situasi yang bila kau rasa benda tu salah (kau je yang rasa benda tu salah orang lain leklek je), kau terus konon hilang respect kat semua budak alim.

Boleh je kau jadi neutral, tak expect seseorang tu behave macam kau rasa dia patut behave. Kalau dia pakai kopiah, dia pergi karaoke ke atau seburuk-buruk dia tengok porn depan kau ke, kau boleh diam dan move on sebab kau tak tahu apa struggle tiap-tiap orang.

Okaylah, kau dah penat nasihat dia stop doing this stop doing that, tapi dia taknak dengar, kau sila MOVE ON. Jangan nak jadi a little b**** bising sana bising sini “aku dah tak rasa hormat kat budak kopiah dah”. It’s your lost. Boleh jadi budak tu banyak lagi perangai elok yang kau lepas pandang.

Atau pun situasi yang perempuan free hair atau lelaki yang mencarut atau yang bebas dan terang-terang buat benda haram. Memang seronok despise orang macam ni kan? Sebab bila maki hamun orang macam ni, kau boleh rasa better about yourself. Kan?

Sama jugak macam situasi orang alim tadi, kau jangan EXPECT sesuatu yang kau rasa dah sebati dengan puak-puak macam ni. Contoh kau rasa perempuan free hair ni dah tak perawan dan lelaki ni memang dah selalu rosakkan anak dara orang.

Kau boleh je bersikap neutral (aku tekan lagi sekali point ni) dan tak pukul rata semua orang.

Aku banyak jumpa orang-orang yang nampak liar ni, dorang masuk volunteering activities, tolong kawan time susah sanggup keluar pukul 3 pagi carikan makanan sebab roomate tak makan satu hari, baik dengan semua lapisan masyarakat walaupun orang pandang dia negatif, memahami masalah kawan dan banyak lagi sikap elok.

Tapi disebabkan mindset kau dah fixed, yang budak alim tak boleh gila-gila, tak boleh bergaul dengan lain jantina, tak boleh tu tak boleh ni, dan budak liar ni mesti selalu minum arak, hisap rokok, pedajal anak orang, mencuri etc, kau jugak yang merana sebab letak kepercayaan membabi buta.

Ok aku dah start tenang sikit emo pulak bila benda macam ni dah jadi kanser dalam masyarakat.

Dan sebelum aku lupa, kalau orang expect semua budak UIA ni jaga tingkahlaku, semua bagus, takde kes jenayah, boleh buat calon menantu, pandai tilik kitab, terer jadi imam, well guys you don’t have to fulfil that expectations unless it comes from your own heart.

Banyak lagi aku nak elaborate tapi dah tujuh perenggan aku rasa dah A+ kot cikgu bagi. Shalom

***

Sebelum ada yang pertikai “kau kenapa confessor, semua muslim kena jaga ikhtilat lah wei” or other “righteous” thing yang aku pertikai kat atas, aku dan manusia lain ada pendapat sendiri tentang sesuatu perkara dan kami ada hujah sendiri depan Tuhan nanti.

Dear admin : If you think this post is too vulgar because “damn” and some other words would not suit this page, then it’s your choice not to publish.

– The Flying Dutchman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *