Nama aku Farid. Umur 34 tahun. Masih bujang dan terus terang, aku tak pernah ada hubungan serius dengan mana-mana perempuan. Kawan perempuan ada, tapi semua tu zaman belajar dulu.
Dah 8 tahun lebih aku hidup biasa-biasa – sampailah tahun lepas aku jatuh hati dengan rakan sekerja aku. Aku panggil dia Cik Sarah.
Aku tak pernah rancang pun nak suka rakan sekerja. Tapi kita ni manusia, kan? Semuanya bermula masa kami satu projek. Sarah ni orang baru, jadi banyak benda dia tanya. Biasanya akulah yang jawab. Dari situ, aku mula rasa selesa borak dengan dia.
Nak elak gosip, aku cuba contact dia personal – WhatsApp. Dari sekadar soal kerja, jadi kawan berbual. Kadang aku cuba kenal dia sikit-sikit. Tapi dia jenis pendiam. Jarang mula perbualan. Biasanya aku yang mula.
Setiap minggu aku tegur dia. Walaupun kami duduk tingkat lain, aku tetap cari alasan nak berbual. Dalam hati, aku curious – dia single ke?
Pernah sekali senior perempuan aku kata, dia “single tapi tak available”. Aku tak faham maksudnya. Tapi aku hormat batas, tak berani tanya terus. Jadi aku teruskan berkawan. Perlahan-lahan aku cuba kenal hati budi dia.
Aku cuba juga flirt sikit – gurau manja, bukan melampau. Cuma nak tengok reaksi dia. Dia tak sambut, tapi tak tolak. Kadang dia gelak, kadang balas smiley. Ada masa kami borak berjam-jam. Tapi ikut mood dia.
Pernah sekali borak sampai 4 jam pasal kerja, diri sendiri, dan gurau senda. Dia pernah juga luah risau pasal kerja. Pernah aku tolong backup dia bila dia ada urusan keluarga.
Pernah juga masa satu event, dia pilih duduk betul-betul sebelah aku. Kerusi lain ada, tapi dia pilih sebelah aku. Aku fikir, dia selesa dengan aku.
Tapi, segalanya berubah.
Lepas lebih setahun berkawan, aku tanya direct – status dia. Akhirnya dia jawab. Dia dah ada orang. Aku terdiam. Hati aku hancur. Tapi lebih menyakitkan cara dia jawab. Panjang. Defensif. Dia tak terus jawab, tapi cerita pasal prinsip hidup dia. Katanya dia tak suka orang tahu personal life dia.
Dia cakap dia sengaja jaga jarak dengan rakan pejabat sebab tak nak ada gosip. Dia kata status dia sebenarnya dah pernah kecoh sebelum ni – aku pelik, bila? Sebab aku tak pernah dengar pun.
Yang paling aku tak boleh terima, dia kata dari dulu dia bukan jenis mudah rapat dengan orang. Katanya prinsip dia memang macam tu.
Tapi dalam hati aku – aku tahu itu tak benar. Aku tahu dia ada ramai kawan baik. Aku tahu dia bukanlah jenis anti-sosial macam yang dia cuba gambarkan. Paling jelas – dia dah ada someone.
Mana mungkin orang yang tak mudah rapat boleh ada hubungan dengan seseorang? Jadi kenapa perlu tipu? Kenapa perlu cipta alasan begitu, seolah-olah aku yang memaksa?
Lagi satu perkara yang aku baru sedar bila hati dah tak minat, sepanjang kami berkawan, dia tak pernah sekalipun bertanya tentang aku. Tak pernah tanya soalan peribadi. Aku tak tahu sama ada dia tahu atau tidak tempat tinggal aku. Alasannya, dia tak suka tanya pasal orang.
Tapi bagi aku, kalau dia sekurang-kurangnya bertanya sedikit tentang aku, atau tunjuk sedikit rasa ingin kenal – itu dah cukup buat aku rasa dihargai. At least, nampaklah dia hargai persahabatan orang yang selalu ada bantu dia.
Masa tu aku rasa aku ni macam pesalah dan merasakan usaha kita nak berkawan pun macam hina bila dia pilih siapa dia nak rapat dan siapa tidak.
Sombongnya bila kau rasa one day colleague kau takkan bantu kau di luar, dan pada masa itu kawan2 kau yang lain tak dapat bantu kau. Semua ni aku cuma tanya – supaya aku tahu batas aku. Tapi jawapan dia macam aku buat silap besar. Dia lebih sibuk bela diri, jaga imej, daripada jawab ikhlas soalan aku.
Yang buat aku lebih kecewa – selama ni aku fikir aku ada peluang. Aku fikir aku ada ruang dalam hidup dia. Rupanya aku cuma tempat dia cari bila dia susah. Bila dia perlukan bantuan, aku ada. Bila dia nak bercerita, aku sudi dengar. Tapi bila aku tanya sedikit tentang dia… aku dipersalahkan.
Kadang aku terfikir, mana ada lelaki sanggup beriya nak bercakap dengan perempuan kalau sekadar suka-suka? Kalau aku sekadar nak main-main, aku takkan bertahan sepanjang itu. Tapi aku ikhlas, aku nak kenal dia. Tapi sayangnya, dia tak nampak semua tu.
Dia tak pernah nak hargai. Dia cuma anggap aku sekadar kawan pejabat yang boleh dicari bila perlu. Ada ke rakan kerja nak bercakap sampai 4 jam melalui whatsapp ? kalau tak skandal atau orang tu ada hati kat kau
Aku pernah fikir – mungkin dia jodoh aku. Aku dah letak azam – raya tahun ni, kalau ada peluang, aku nak beraya rumah dia. Bukan main-main. Aku fikir dari situ aku boleh tunjuk aku serius. Mungkin boleh kenal keluarga dia.
Aku bukan budak-budak. Aku fikir masa depan. Aku bangun malam. Aku doa minta petunjuk. Aku minta Allah cabut rasa ni kalau dia bukan untuk aku. Tapi… rasa tu tak hilang. Malah makin kuat.
Malah sepanjang perkenalan kami, aku nampak terlalu banyak kebetulan antara aku dan dia. Kami pernah belajar di universiti yang sama, malah tarikh konvokesyen kami pun sama. Tempat kerja lama kami sebelum bertemu di sini pun hanya dipisahkan oleh sebatang jalan.
Semua kebetulan itu buat aku rasa mungkin ada sesuatu yang Allah cuba tunjukkan. Aku fikir mungkin ini petunjuk – tapi rupanya sekadar ujian untuk hati aku.
Bila fikir balik, aku rasa bodoh. Aku yang selalu mula perbualan. Aku yang selalu ambil berat. Aku yang selalu ada. Dia? Diam. Bila dia senang, dia hilang. Tapi bila dia perlukan sesuatu, aku ada. Bila aku diam, dia tak pernah cari.
Aku sedar. Aku cuma orang yang dia perlukan, bukan orang yang dia hargai. Dari orang yang aku paling sayang di ofis terus jadi aku paling aku benci.
Aku selisih pun sekadar senyum terpaksa sebab hati terlalu sakit. Dia mungkin rasa dia tak buat salah pun sebab dia dah “jelaskan” tapi takpelah mungkin suatu hari nanti kau akan rasa.
Akhirnya, aku undur diri. Sekarang aku diam, dan aku tahu – dia lega. Mungkin ini yang dia nak dari awal. Tapi aku tak kesal aku pernah ikhlas. Aku tak kesal aku pernah berusaha kenal seseorang dengan niat yang baik. Cuma aku kecewa – sebab tak semua keikhlasan dibalas dengan penghargaan.
Bak kata Ustaz Adi Hidayat dalam menjawab persoalan jodoh. Ketika anda diminta menunggu dalam masa yang cukup lama sebetulnya bukan masanya yang lama ditunggu. Tapi di balik penungguan itu bukankah disitu ada pahala.
Anda katakan anda rajin berdoa bukankah doa itu ada pahalanya, anda rajin tahajud, anda bersabar, anda bermohon, anda beristighfar jadi diinginkan oleh Allah dalam penantian itu bukanlah anda menikah calon anda sekarang tapi anda mendapatkan pahala berlimpah,
Dan dengan pahala itu anda siapkan Quran anda hadis anda untuk membimbing pasangan anda berikutnya.
Akhir kata – kalau kau dah ada seseorang, buatlah cara ada seseorang. Jangan bagi orang lain harapan. Kalau nak tolak, tolaklah dengan jelas, bukan dengan jawapan defensif penuh drama.
– Farid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
bang? ko ok tak? ko yang offer berkawan dgn dia tolong dia apa semua without establishing expectations and boundaries? tak boleh nak salahkan dia ya. awak tu kena ingat. awak lelaki, you patut bimbing or set the tone. Stop jadi lelaki yang merimaskan. Suka cakap suka dari awal, tak perlu pura2 baik sebab awak suka.
ah ko. yg prmpn pun slalu bg mixed feelings xabes2. xsuka ckp xsuka, xperlu nk layan. acah2 cantik je padahal peti ais. puihhh!
ko bayangkan perempuan tu nak reject cakap tak suka celah bedah mananya kalau laki tu tak terus terang dia baik/rapat sbb ada hati? nanti laki tu cakap perempuannya perasan lah apa lah. tunjangnya laki tu bertopeng tak jujur berkawan sebab apa. kalau tak ada preface apa apa ofc the girl anggap berkawan biasa. kita paham sangat dah situasi mcmni. lelaki pls balls on!
Salam bang, satu je soalan saya, abang hensem tak? Kalau jawapannya tak, senang la kita nak simpulkan. Biasa kalau perempuan yang confess hal2 gini dia akan bagitau siap2 yang dia ada rupa la jugak, kawan2 bagitau cantik etc. Jadi, kisah abang bertepuk sebelah tangan ni memang sangat berkisar pada rupa. Jadi kalau takde rupa, biasanya kita kena tonjolkan personaliti tapi proses untuk dia bukak hati tu lambat sikit sebab kadang2 dia dah ada lelaki lain yang ada rupa tengah try dia. Kalau kita tengok drama, ni la masalah orang yang takde rupa. Orang rapat dengan kita untuk gunakan dan mintak tolong je. Jadi kita kena pandai baca situasi sikit dan kalau boleh cari la perempuan yang level kita sikit dari segi rupa tapi yang penting hati baik dan boleh hormat kita sebagai suami nanti. Sebab benda ni lebih penting dari rupa.
ni lagi satu. xperlu tipu abg tu la prmpn pndang rupa. poodah!. yg sbnrnye poket x tebal tu yg dpt friendzone je tu. bia xensem janji kaya.