Assalamualaikum.. Aku kat sini nak meluah dan minta pendapat semua tentang konflik aku dan suami bab bayaran mengasuh anak.
Ceritanya macam ni, aku ada kakak sulung seorang balu anak seorang. Masa suami kakak aku meninggal, dia masih muda dan belum sempat beli rumah.
Arwah abang ipar ketika itu bekerja juruteknik kilang, hanya meninggalkan sedikit pampasan dan seorang anak. Kakak aku pulak seorang bekas graduan ijazah namun diminta menjadi surirumah oleh suaminya.
Selepas suaminya meninggal, mak aku ajak kakak duduk bersama mak, mak ketika itu baru disahkan sakit jantung dan perlukan rawatan. Jadi kakak yang menguruskan mak dan menjaga mak. Kehidupan kakak dan mak bergantung kepada duit pencen arwah ayah dan kakak berniaga online sebagai dropship.
Ketika itu aku masih belajar di univeristi, kakak kerap memberi aku wang saku dan pada permulaan aku bekerja bila tak cukup duit aku akan pinjam dengan kakak. Kakak tak pernah cakap tak ada duit, sentiasa dia usahakan untuk aku.
Selepas 2 bulan aku berkahwin, mak aku dijemput ilahi. Dan ketika aku mengandung, doktor diagnos aku menghidap penyakit kronik kalau tak rawat boleh sudden death. Aku menjadi cepat letih, sesak nafas dan kerap jatuh sakit.
Suami aku pula jenis yang buat hal sendiri, aku tengah tak sihat alah mengandung tak larat masak dia buat tak tahu je. Dia jenguk aku tanya okey ke tak, aku mesti jawab okey je lah kalau tak okey pun macam tak ada apa apa je. Dia kisahkan nak makan apa, lepastu aku yang kena order makanan dekat Foodpanda.
Kalau aku kerja weekend, dia mesej aku dia tak makan tengahri lagi aku yang dekat office ni kena order untuk dia. Macam aku ni mak dia pulak.
Aku fikir kalau anak aku lahir, dengan style suami aku yang macam tu dan aku yang sakit ni aku risau anak aku terabai. Aku terus minta izin suami aku untuk bawa kakak aku tinggal bersama jadi boleh mengasuh anak aku sepenuhnya,
Anaknya dah masuk asrama jadi kakak tinggal sendirian dia rumah arwah mak. Lagipun rumah arwah mak dah usang, perlu diperbaiki dan kakak tak ada modal. Arwah mak beri rumah itu kepada kakak kerana dah jaga arwah mak sakit.
Suami aku setuju dan syaratnya urusan upah bulanan aku yang tanggung. Memang gaji aku 3 kali ganda dari suami, suami aku memang berkira bab duit. Dia sediakan basic nafkah je, yang lain aku kena tanggung. Aku taknak cakap bab duit dengan suami sebab dia mesti melenting.
Aku bayar dekat kakak aku sebulan RM1500 sebab kakak aku mengasuh anak aku seorang je, aku memang lepas tangan dan otak aku dekat office lapang tak risaukan hal anak. Sebab aku tahu kakak aku baik, penyayang, lembut, bijak boleh didik anak aku jadi solehah macam dia.
Sejak aku dalam pantang semua kakak aku uruskan, cuma mengurut saja aku upah orang. Makanan suami aku pun dia siapkan. Suami aku tak tahu berapa upah aku bagi dekat kakak bertahun aku sorok dari suami sebab aku tahu dia mesti tak setuju upah RM1500 sebulan,
Sebab dia kata kawan dia hantar mengasuh sebulan RM400 je, sampai anak aku 3 tahun, aku nak hantar anak masuk tadika untuk bergaul. Sekejap je jam 9 sampai 12. Segala urusan kejut anak siapkan anak hantar dan ambil anak kakak aku yang urus, kemudian jaga macam biasa sampai aku dan suami balik.
Aku dan suami kerja di negeri sebelah, rumah aku di Negeri Sembilan aku dan suami kerja di Selangor. Jadi jam 5 sehingga 8 malam kakak aku yang jaga, tapi bukan sampai 8 malam je sebab anak aku memang berkepit dengan kakak aku je, tidur pun dengan kakak aku. Kiranya kakak aku lagi kenal anak aku dari aku dan suami.
Dengan suami aku, kalau bukan sebab suami aku bawak berjalan makan angin langsung lah anak aku tak kisah ayah dia ada ke tak. Suami aku pun tak kisah anak dia tak rapat, dia lagi suka sebab boleh buat hal sendiri.
Isu upah timbul bila aku minta suami bayarkan separuh kos anak. Aku campur kos upah mengasuh dengan sekolah. Suami aku melenting bila tahu selama 3 tahun ni aku bayar kakak aku RM1500 sedangkan aku yang bayar guna gaji aku.
Kakak aku jaga anak seharian, siap jaga rumah, balik kerja rumah aku rapi je dan siap masak. Aku dengan suami balik makan layan anak sejam dua je.. Otak aku free, tak ada risau anak aku kena pukul kena apa. Anak aku membesar sangat baik, screentime kakak aku sangat control n anak aku tak main gadget dan game langsung.
Umur 3 tahun boleh cakap english, kenal huruf, pandai urus diri, tak tantrun dan sangat sopan n happygirl sebab asuhan kakak aku. Aku rasa RM1500 tu sangat kecik dan malu bila aku fikir dengan apa yang kakak ku dah korban untuk pastikan aku tenang, sakit aku tak menggila.
Nak harap suami aku, dia langsung tak kisah stress aku. Aku banyak mengelak hal sensitif sebab tahu suami aku macam mana. Aku yang banyak habis gaji sara family tapi aku tak sebut aku buat happy je sebab taknak ada isu n gaduh.
Suami aku siap beli motor besar, beli baju kasut branded sebab duit dia banyak lebih. Anak nak melancong, dia beli tiket flight je dengan hotel, yang lain aku bayar. Siap bagi syarat, kalau bawak kakak aku melancong sekali aku yang kena bayar semua dia tak nak keluar duit langsung untuk trip tu. Kalau nak rasa gaji dia, kena follow lah.
Aku pernah bawak kakak aku berjalan ke Langkawi sebab masa tu aku tak sihat dan perlu kakak aku jaga anak sepanjang bercuti. Suami aku tarik muka dan moody, marah marah sepanjang bercuti. Dia langsung tak respect kakak aku. Dia siap cakap nada kasar dengan kakak aku, masa tu aku dah nak meletup tapi aku sabar je sebab tengah bercuti.
Sekarang suami aku tengah bengang dengan aku dan kakak aku isu upah mengasuh. Dia kata patutnya duit tu boleh simpan untuk anak.
Lepastu dia kata dah tanya family dia semua cakap dah bagi duduk rumah free, bagi bilik, tanggunh makan minum patutnya tak payah upah pun takpe. Suruh je kakak aku sambil mengasuh buat kerja lain kalau nak duit, buatlah ambil tempahan nasi lemak letak dekat gerai gerai. Itu suami aku cakap family n kawan kawan dia yang cakap.
Kakak aku jaga anak sorang dari pagi sampai malam, disuruh buat kuih nasi lemak sebab tak bagi aku upah kakak aku. Dia ingat kakak aku yang mintak nak duduk dengan aku jaga anak aku ke.
Aku yang mintak tolong kakak aku. Kalau kakak aku tak wujud dalan hidup aku dengan sakit aku ni dan dengan suami aku yang jenis buat hal sendiri, aku rasa dah lama aku arwah sebab sakit aku ni tak boleh stress nanti makin teruk.
Aku tak nak sebab nak jaga hubungan aku dengan suami, kakak aku kena pijak kena buli. Aku bukan saja nak derhaka dengan suami, tapi suami aku penting diri. Dia fikir kehidupan dia je, fikir masa depan dia je.
Aku ada ambil hibah sebelum aku disahkan sakit, dulu nama penerima arwah mak, lepastu aku bagi dekat kakak sebab aku baru kahwin je masa tu.
Sekarang aku nak kekalkan je kakak jadi penerima hibah, sebab aku rasa kakak aku je yang usaha nak bagi aku tak stress nak aku hidup lama. Suami aku macam nak cepat-cepat kan aku mati je. Aku yang salah ke?
– Yuzi Haraku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ye suami awak memang tiada timbang rasa dan common sense. Hibah tu biar lar atas nama kakak jer.
dr segi penceritaan..elok lah kekal je nama tu..jantan mcm ni kadang..xreti nk bersyukur..
laki ko ingt ddk free mkn tgung tue x letih ke..dgn seharian urus rmh ko..dgn ank ko lg..ko dgn laki blk krja x pyh nk fkir ape..suruh laki ko tue bt smua benda baru ada akai letih ke x…nmpk sgt laki ko tue penting kn diri sendiri…teruk sgt perangai da la berkira…
Bodoh punya suami. Kau cakap dengan lelaki kau tu… kalau semudah tu dia dgn kawan dia.. dengan family dia yg assume/fikir.. Yg kakak kau jaga bela anak dgn jaga makan minum korg laki bini sekali.. kau suruh la diorg merasa sebulan mcm kakak kau buat tu. Kau bayar 1.5k jgk. Tgok boleh tahan ke tak.
Or kau stop kakak kau buat semua tu dalam seminggu je.. biar rumah tu tunggang langgang..pagi2 kau pekik dekat lelaki kau suruh urus anak.. Tgok dia boleh tahan ke tak. Bercakap tak guna otak. Ada mata, telinga cukup sifat semua buta tuli ke laki hang tu?
Orang kalau dah terbiasa senang, takyah pikir apa2 macam tu la. Semua benda dia nak persoalkan walhal tak guna duit dia. Orang panas baran ni nak explain pon takde guna. Semua kesalahan dia pon dia letak atas orang lain. Saya sarankan awak bersabar je dan terus je bagi kakak awak berapa awak nak sebab tu duit awak melainkan dia keluarkan arahan suruh stop bagi ke apa, barulah awak bertindak. Ugut dia cakap awak nak berhenti dan mintak dia tanggung semua. Lagipon awak tak sihat dan perlu banyak rehat dan menikmati hidup ni dengan meluangkan masa dengan anak awak. Awak tengok la nanti telur dia masuk kedalam tak bagi punya awak berhenti.
Semoga Allah balas ganjaran yg sebaik2 untuk kakak awak, she’s such an angel, jaga kakak awak baik2 ya 😊