Salam dan syukur ke atas semua nikmat Allah berikan. Alhamdulillah.
Dari luar orang nampak saya sangat la bahagia dan ada hidup yang sempurna.
Saya ada kerjaya yang professional. Saya ada suami yang baik dan provider. Saya ada anak kembar sepasang lelaki dan perempuan.
Saya ada beberapa rumah atas nama sendiri. Saya ada beberapa tanah sendiri. Setiap tahun bercuti luar negara. Beg berjenama mampu beli. Kereta sendiri ada, kereta suami bagi pun ada.
Alhamdulillah, saya bahagia tapi ujiannya di mana?
Masalah kesihatan.
Bila saya makan, saya sesak nafas. Bila saya tak makan, perut saya pedih. Dah jumpa doktor dan dapat diagnosis.
10 tahun menderita penyakit yang datang ON OFF tapi sekali datang 6-8 bulan nak baik.
Setiap tahun akan jadi. Sampai saya jadi anxiety dan tak tenang.
Cuba teka sakit apa?
Saya yakin ramai yang hidap penyakit ni.
Semoga Allah beri kesembuhan untuk kita semua.
Siapa yang belum sakit. Jaga la makan. Jaga waktu makan.
Jangan makan pedas yang sampai kebas bibir tu. Kurangkan makanan bergoreng. Jaga berat badan. Jaga kesihatan.
– SN (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sakit ape ye?
Saye pun nak tau jugak
Minta maaf.. walau pon Allah dah beri macam2 ‘kesenangan’, Dia x bagi semua, kerana manusia ni x sempurna.. ada yg miskin, tapi hidup mereka sihat n bhagia jugak, begitu juga yg kaya, kdg2 diuji dgn sakit & sebagainya.. yang penting, kita bersyukur dgn apa jua yg diberi, kerana itu pasti ada ‘hikmah’ yg tersendiri.. berbalik kpd penyakit puan itu, mngkin juga puan ada masalah ‘usus’, atau penyakit lain dalam perut.. kawan saya pernah mengalami ‘kanser usus’, tapi apa yg mngagumkan ialah; dia sentiasa “positif”, walau apa pon dugaan yg dtg melanda, bibir sentiasa tersenyum n masih rajin bekerja, walau dirinya kurang sihat.., sehinggalah sampai satu tahap dia telah dibedah, dan ada ‘komplikasi’, sehinggalah dia mninggal dunia.. walau telah mninggal, masih ternampak2 senyuman manisnya, dan kerajinan dia bekerja.. semoga dia ‘damai’ di Sana dan dicucuri rahmat.. aamiin YRA..