Hi semua, aku malu nak luahkan masalah aku kat orang yang aku kenal, so aku try my luck di page ni ya. Selalu aku jadi pembaca saja, tapi harini aku nak tanya pandangan.
Aku berumur 28 tahun, bekerja profesional dan gaji pun dah cecah RM5k sebulan. Tapi, aku tak pernah ada teman lelaki. Hati aku mahu, tapi tak ada siapa pernah serious dengan aku. Aku syak sebab aku ada body odour.
Aku ada masalah peluh yang serius. Tapak tanganku boleh berpeluh sampai pegang tisu pun tisu tu basah, sedangkan aku duduk-duduk je, tak ada bersukan pun. Tapak kaki, rambut, ketiakku mudah sangat berpeluh.
Aku kurus je orangnya. Aku juga ambil inisiatif rajin jogging terutama hujung minggu. Selalu juga hiking dan join run. Tapi masalah peluhku tiada penghujung.
Aku rajin tukar pakaian, tudung, anak tudung, pakaian dalam sebab aku sedar ia cepat berbau bila kau kuat peluh. Tapi tetaplah aku ada this body odour terutama at the end of the day of work, walaupun kerja fully dalam aircond.
Aku dah pernah cuba berkenalan dengan macam-macam lelaki, tapi takkan ada yang lekat lama. Semua tinggalkan aku dengan alasan sama; “Awak baik, independent, kerja bagus, tak sombong langsung, so awak prefer yang lebih baik.”
Tipu! Aku tahu diorang tinggalkan aku sebab aku ada body odour dan rupa ku pun biasa saja, tak boleh cover kelemahan BO ku.
Bila aku masuk tandas dan keluar, tandas akan ada that distinctive smell yang aku kenal bau aku. Aku dah cuba macam-macam produk, sampai habis beribu ya sebab pergi treatment laser la, waxing la.
Beli produk jangan cakap la, you name it semua aku dah try. Cuma aku tak pernah operate untuk buang kelenjar peluh tu sebab aku takut. Ada sesiapa pernah try? Boleh bagi feedback?
Aku sedih sebab aku dah cuba my best untuk upgrade hidupku dan jaga diri sebaik mungkin. Aku asal dari family susah, aku kerja keras untuk sampai tahap ni. Aku habis belajar terus merantau jauh untuk bantu family aku cari duit, tapi aku sunyi..
Aku bekerja tetapi aku suka masak hari-hari. Berangan aku nak masak sedap-sedap untuk husband dan family sendiri. Ibu dan kakakku cakap aku sangat pandai masak, request la apa-apa aku boleh masak inshaAllah..
Aku pun ada kereta yang dah habis bayar dan otw beli rumah.. Tapi aku sunyi.. Rasa diriku tak laku..
Aku tak pernah keluar lebih sekali dengan lelaki. Sekali je dia ajak keluar, then no second meet up. Alasan macam aku cakap tu.. Mesti nak jaga hati aku pasal body odour.. Rupa pun biasa-biasa..
Please help out a lonely girl.. Kalau ada lelaki baik yang tak kisah pasal body odour boleh hello, haha.. Ok tak nak la desperate gitu sekali.
Tapi aku bukan pengotor.. Bilik aku bersih, cantik, sentiasa kemas, baju tak pernah bertimbun. Hari-hari basuh dan dry terus. Body odour ni je jahat.. Muka pula tak membantu, huhu.. Ok sampai sini je. Bye readers.
– Aina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sis,
pemakanan kita mempengaruhi bau badan juga. Cuba buat IFLK. IF Intermittent Fasting dan Lazy Keto. Insya Allah boleh mengurangkan bau badan anda. Bila kita kurang kekrapan makan dan hanya makan yang berkualiti, in sya Allah badan lebih sihat dan badan juga tidak mengeluarkan bau yan bukan bukan. lagi satu elakkkan makanan produk daripada tepung2 khususnya daripada tepung gandum.
Hai. Condition awak ni if im not mistaken dipanggil hiperhidrosis (berpeluh yg luar biasa). Ramai yg saya kenal dgn hiperhidrosis ni akan ade ‘self esteem’ rendah sbb peluh yg berlebihan cth di tapak tgn susah nk buat kerja, malu bila nk salam org. Kebanyakan yg saya kenal semua buat op utk kurangkan masalah ni called ETS (endoscopic thoracic symphatectomy). Biasanya hosp stay lepas op ni x lama pn, 1-3 hari shj. Biasanya under cardiothoracic mx sbb op dekat dgn area thorac (dada). Nasihat saya buatla, muda lagi prjalanan future jauh lg..lg bgus mintak nasihat medical expertise ye. I wish you best of luck!
Klaw bnyak product n wangian yg dah cuba, tp x berjaya, why not cuba cara yg natural or tradisional.. bnyak je petua2 dlm internet or utube yg suggest mcm2 cara, antaranya buah limau purut, daun pandan dsb.., org dlu2, mandi dgn bilasan terakhir tu ada hirisan limau purut & bunga2an, ada juga yg guna tawas dan daun pandan, sapukan di tempat yg di bwah ketiak, lipatan spt celah peha, belakang lutut dsb.., elakkan mkan bawang atau yg berbau, sbb kdg2 peluh tu berbau ikut apa yg kita mkn.. yg penting, pergi lah berjumpa ‘pakar’ tentang bau badan atau seumpamanya, mngkin ada ‘solusi’ akan dicadangkan.. klau awak x ambil tindakan yg +ve, sampai bla2 pon org susah nk dekat, apatah lg nk jadi pasangan hidup.. wallahu a’lam bissawab..