Tren Garis Merah

Assalammualaikum wbt.

Terima kasih kepada admin sekiranya luahan ini diterbitkan. Melihat beberapa tren yang tular kebelakangan ini, jiwa terpanggil untuk menulis bagi memberi kesedaran.

Bukan untuk mendabik dada bahawa diri ini baik melainkan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai sesama muslim untuk berpesan kepada kebaikan. Jujur saya juga manusia penuh dosa.

Salah satu tren yang membuatkan saya malu saat melihat gambar bertebaran di media sosial.

Seperti yang kita tahu atau bagi yang tidak tahu, mari saya jelaskan apa maksud garis merah yang dengan bangganya ramai orang buat tren di media sosial.

Garis merah itu adalah garis yang menunjukkan berapa ramai orang membuat hubungan seks dengan anda, kalau satu sahaja garis merahnya, ya maksudnya seorang sahaja tetapi kalau banyak garis merahnya, kita faham faham sajalah.

Sudah tentu tren ini diinspirasikan dari sebuah drama korea bertajuk S Line.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang mengatakan hanya sekadar suka-suka atau tidak berniat apa-apa, sekadar mengikut tren semasa,

Tetapi tidak pada pandangan mata orang di luar sana, yang sama saja seperti kita membuka ruang kepada orang lain untuk memandang rendah kepada diri kita. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Lagi menyedihkan apabila ada muslimah yang berhijab membuat gambarnya mempunyai sangat banyak garis merah kemudian dengan bangganya post gambar tersebut di media sosial, masuk FYP pula di tiktok. Allahu. Allah..

Mungkin ada yang tidak tahu maksud garis merah itu dan hanya sekadar mengikut benda viral. Jika anda sudah tahu, tolong jangan buat pagi tren seperti itu.

Mahalkan diri kita, jangan buka ruang untuk orang lain pandang kita dengan serong apabila melibatkan tentang maruah dan mahkota seorang muslimah. Jangan kerana hanya orang lain buat tren itu, kita pun nak buat.

Tak semua benda viral itu perlu diikut, jika orang masuk ke lubang biawak, takkan kita nak masuk ke lubang biawak juga. Itu belum lagi tren bangga bercinta dengan suami orang dan sebagainya lagi.

Awak diciptakan oleh Tuhan dengan sempurna, tiada cacat celanya. Takkan rugi jika kita tak ikut apa—apa tren semasa, bahkan jauh lebih selamat kerana tidak membuka ruang untuk jatuhnya fitnah, umpatan keji dan prasangka.

Seperti tren garis merah itu, saya malu membaca komen lelaki-lelaki di gambar perempuan berhijab yang ikut tren itu. Bahkan ada yang komen

“Dengan tren S Line kita tahu yang berhijab lebih ramai pela*** dan murahan”

Lihat? Kita sudah membuka jalan untuk wujudnya fitnah. Tak malukah kita? Maruah diinjak-injak.

Walaupun mulut kata hanya sekadar tren tapi tidak semua yang berfikir seperti kita, terdapat berbillion manusia di luar sana yang menonton video tersebut, dapatkah kita yakin bahawa semuanya berprasangka baik dan tidak wujud fitnah?

Hawa, kita ini mahal. Bahkan dalam Al Quran ada satu ayat Quran khas untuk wanita iaitu Surah An Nisa.

Islam telah mengangkat darjah wanita dengan mulia dan bermaruah, jangan menginjak perjuangan Rasulullah yang mengangkat martabat wanita dan menjadi jalan membuka fitnah kepada kaum wanita sendiri.

Saya pesan sebab saya sayang.

Saya pesan sebab saya peduli.

Fikir baik buruknya sebelum post video di media sosial. Ingat maruah diri, keluarga dan agama.

– Melati Kuntum Tumbuh Melata (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Yg ikut trend tu semua bebai. Ikut ja membuta tuli. Aku mmg tak leh tahan spesis yg malas guna otak untuk berfikir. Bodoh bertingkat2. Kalau trend terjun gaung beramai2 pun ntah2 ikut jgk. Tak boleh bla tu yg pakai tudung pun sama naik. Mmg urat malu tu dah tak ada langsung ke apa.

  2. ala sibuk la ko, sekati kita la nk buat trend tu. yg ko nk sibuk tu apahal?? xpayah nk acah uztazah ler!!! nyampah i

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *