Aku perempuan. Awal 30-an. Belum berkahwin. Kerja profesional di KL.

Company kecil, tapi aku antara orang yang paling bos harapkan.

Nampak macam aku okay.

Tapi bila balik rumah…

Sunyi.

Kosong.

Macam hidup aku cuma ulang benda yang sama setiap hari.

Bangun. Kerja. Balik. Makan. Tidur.

Hujung minggu? Baring. Main phone. Tidur lagi.

Tak letih sangat pun… tapi tak ada semangat.

Dulu aku rajin balik kampung. Sekarang aku malas.

Nak drive pun berat.

Nak masak pun rasa malas.

Padahal dekat rumah, mak abah tunggu aku. Tapi aku tetap pilih untuk duduk sorang-sorang kat KL.

Aku jaga solat. Aku baca Quran. Tapi hati aku tetap rasa kosong.

Ada orang tanya, kau lonely ke sebab tak kahwin lagi?

Entahlah… mungkin ya.

Tapi mungkin juga aku dah terlalu lama survive sorang-sorang sampai aku lupa rasa disayangi.

Kawan? Aku dah tak ada.

Aku sendiri yang jauhkan.

Sebab waktu aku susah, tak ada seorang pun yang peduli.

Tapi waktu diaorang perlukan aku,mintak tolong sana sini, mintak belanja, mintak drive, aku ada je.

Sampai satu hari aku sedar, aku cuma digunakan.

Ada lelaki cuba kenal, cuba rapat. Tapi aku tak layan.

Aku tak ada hati nak tanya “dah makan ke?”

Aku tak ada tenaga nak berbasa-basi.

Aku cuma penat. Penat jadi kuat. Penat buat semua sendiri.

Kadang-kadang aku tanya diri sendiri,

Apa salah aku? Kenapa aku rasa kosong sangat? Kenapa aku tak mampu rasa gembira macam orang lain?

Aku tak tahu.

Tapi aku tahu satu perkara

Aku dah lama sangat simpan semuanya sendiri.

Kalau ada yang baca ni, dan rasa benda yang sama…

Aku doakan kau kuat.

Dan tolong… doakan aku juga

– Daisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. akak sedang hadap apa yg ko tgh hadap dik. sampai terpaksa jumpa counselor. dan apa yang akak belajar dari pengalaman akak adalah, situasi ni adalah permulaan kepada depression. dan bila dah masuk ke fasa seterusnya, lagi susah nak bangun semula sampai affect keja walau ko pekerja yg bagus. time tu, akan jd bertambah depress.
    pertama, paksa diri, cari semula orang yang boleh kau jumpa untuk borak. walau ko rasa benda tu sebenarnya sebuah kesusahan yang amat payah sebab kau yang nak kena cari orang.
    kedua, paksa diri balik kampung. penat. tapi kemas bag, balik. jumpa mak ayah ni ada satu keajaiban yang Allah letak untuk kau dapat balik semangat nak hidup.
    ketiga, cari aktiviti hujung minggu. sorang-sorang pergi kelas renang, pergi kuliah di masjid. jumpa orang. daftar aktiviti memanah. ikut apa minat kau. janji kau keluar. kena matahari. sembang dengan manusia.
    jangan malas lama-lama. paksa diri. bangun.

  2. Try bersenam sis. Langgan gym punya package. Ambik personal trainer. Aim bukan nak body cantik.. tapi nak sihat. Bila kita stress/penat hormone cortisol tinggi dalam badan. So we need to do something untuk stabilkan balik supaya badan dan mental kita boleh cope. Or you can try start with brisk walking. Tak payah lama2 pun on the first trial. Nampak kan the sequences bila mental asyik alarmed penat2. It’s affecting overall.

    Life is getting bored sebab we usually repeating the same routine/cycle. Mcm kau cakap.. Kerja.. Penat.. Makan.. Tdo.. then ulang balik semua tu. Kawan? Yes as we’re growing older tak akan ada yg betul2 setia.. sbb semua org ada hal dan kepentingan masing2.

    Mak ayah ada lagi kan? Cuba berkawan/berbakti lebih dengan mereka. Umur mcm kita ni mostly mak ayah dah berumur kan? Tak lama dah pun masa kita dgn mak ayah. Bila2 je Allah boleh jemput.

    Other than that, cuba challange yourself dgn belajar benda baru. Try something new.. percaya lah.. we all in the same battle. Sebab dunia ni mmg tempat ujian. Tetap kuat ya 💪💪

  3. Sis awak cuba baca pasal theory a third place. Basically cari tempat yang asing dari rumah atau tempat kerja untuk awak either have me time atau bersosial. Can be both also. Gym ke, jalan kat taman ke. Insyallah boleh break the boring cycle. Semoga yang baik baik je untuk awak <3

  4. boringnye life ko. terlalu kejar dunia smpai hati pun rasa kosong. kesian. beli barang mewah, mkn tempat high class last2 rasa kosong gak balik rumah, nasihat sy, g kawan dgn ai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *