Aku Kesal

Assalamualaikum.. Terima kasih admin kerana sudi ‘approve’kan luahan saya ini, jika sekiranya admin tidak sudi, tidak mengapa saya hanya mahu meluahkan segala yang sudah bertahun lamanya dipendamkan.

Aku rasa menyesal, kesal dan sedih bila mengimbaunya kembali. Aku mengaku, semua yang telah aku lakukan adalah salah dan berdosa.

Walaupun aku tidak mengambil maruah nya tapi aku sudah mencalarkannya. Aku lagi berasa bersalah meninggalkannya selepas aku telah ‘menyentuh’ dia.

Aku tahu dia amat menyayangi aku, aku tahu dia sanggup membuat apa saja untuk aku. Aku tidak berfikir panjang, tidak berfikir secara matang, aku mengikut nafsu syaitan aku dan mengabaikan maruahnya.

Aku tinggalkannya selepas ‘menjamah’ apa yang diberi. Ibarat seekor singa yang kenyang meratah rusa.

Kini aku sudah berlayar didalam sebuah bahtera bersama keluarga yang baru. Aku tahu aku sahajalah syaitan yang pernah menyentuhnya dan aku tahu bahawa dirinya masih terluka dengan parut yang telah aku semaikan keatasnya.

Aku tahu, aku tahu kerana aku masih memerhatikannya. Tetapi, aku tidak mahu dia menyentuh atau disentuh oleh yang lain. Aku tidak mahu dia mengulangi sejarah hitamnya.

Aku mahukannya, walaupun aku sudah berkeluarga tapi aku mahukannya, aku mahu menebus kembali segala silap ku kepadanya. Aku mahu menjadikannya merpati ku, mutiara putih ku.

Tapi aku tahu, aku tidak berhak untuk memilikinya. Aku tidak berhak selepas apa yang ‘ter’jadi. Aku tahu sakit dan peritnya masih lagi belum sembuh. Aku tahu dia menderita.

Aku cuba beberapa kali untuk menegurnya tapi gagal. Aku tidak boleh menahan sebak aku bila menatap wajahnya.

Ia mengingatkan aku kembali ke masa dia menangis di depanku dan aku hanya memandang telefon aku tanpa memujuknya. Bertapa keringnya hati aku membiarkannya begitu.

Kini aku telah di hantui oleh dosa2 aku sendiri.

Aku mahu dia tahu yang aku mahu mengahwini dia, memenuhi permintaanya ketika kami masih bersama. Tetapi nasi sudah jadi bubur, tiada apa yang aku boleh lakukan.

Aku minta maaf sayang, aku minta maaf….

– Bukan jodoh kita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *