Salam admin dan sapa-sapa yang baca. Ikutkan aku ni bukanlah Islamic sangat, extremist apatah lagi.
Aku pun bukan juga anak yang betul-betul baik pada mak pak, bukanlah bermakna aku ni anak derhaka atau apa, tidak,
Cuma adalah juga benda yang aku argue dengan mak bapak aku macam terhanguskan daging yang dipanggang atau terlupa angkat baju di ampaian. Haha.
Pendek kata, aku bukan anak yang sebaik malaikat atau sejahat syaitan, cuma normal sahaja.
Sebelum itu, kerana aku ni seorang yang normal, aku pun teringin juga nak ada couple bagai. Benda yang normal kalau ada suka kat orang berlainan jantina ni, kan?
Cuma, dari aku kecil sampai sekarang, dalam ke’normal’an aku sebagai anak, aku tak pernah ingkar benda yang satu ni, iaitu jangan bercouple.
Sekalipun aku teringin tapi limit aku berkawan dengan lelaki hanyalah sampai tahap ‘bergosip sebab sekepala’. Means kawan biasa, macam aku kawan dengan bebudak perempuan yang sekepala dengan aku.
Sebab itulah, sebab aku dah biasa tak couple, aku tak pernah terlibat dalam masalah-masalah couple yang membuatkan orang lain sesak nafas, pening kepala, sakit dada dan sebagainya.
Terutama bila kengkawan aku banyak yang couple tapi ada masalah yang pelbagai sampai aku pulak yang pening haha. Entahlah, aku pun dah hilang nafsu nak couple-couple bagai ni.
Rasa nak kahwin pun kadang-kadang ada tapi kebanyakkan masa tiada, rasa macam seronok juga jadi single ladies sebab mesti hidup lagi free nanti, dapat kumpul duit travel sukahati. Tapi yalah, takdir Tuhan tiada siapa yang tahu :)
Untuk ini, aku berterima kasih sangat kat mak pak aku sebab setiap kali kol atau berborak mesti pesan jangan couple, belajar dahulu.
Sampai terbayang imej dorang masa aku tengok crush aku dulu. Lagipun terus terang aku kata, aku ni jenis yang senang sikit nak terpengaruh.
So hopefully bila sampai masanya, aku dah jadi perempuan yang tegas. Sekarang ni biar aku nikmati dulu masa muda aku. Dan hopefully jugak, aku tak couple sampai bila-bila. Let it all flow naturally.
P/s: Bukanlah aku pandang hina sangat kat orang yang bercouple, cuma just not my cup of tea dan aku malas nak tambah masalah berbangkit. And again, I’m thankful to my parents for that.
– Yang berterimakasih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit