Luahan Seorang Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca IIUM Confession semua. Apa yang aku taip ni dan kongsi kan sebenarnya lebih kepada luahan seorang anak yang rasa kecewa dengan ayah sendiri dan kesian dengan ibu sendiri.

Aku rasa dekat Malaysia ni ramai yang ibu sebelum berkahwin ada kerjaya sendiri, ada achievement sendiri dan financial freedom sendiri. Tapi lepas berkahwin end up terpaksa lepaskan semua itu sebab pilih jadi suri rumah sepenuh masa.

Sebelum tu aku nak disclaimer bukan aku menghina ibu/isteri ambil keputusan untuk jadi suri rumah tapi lebih kepada cerita aku ni terjadi dalam keluarga aku sendiri. Ibu aku ni sebenarnya boleh di katakan berpendidikan. SPM keputusan cemerlang dan ibu aku juga berjaya menamatkan ijazah.

Tapi pada aku ibu ni hebat zaman dulu dia mahir bukan setakat bahasa Melayu, inggeris, arab. Tapi bahasa russia, korea, mandarin dan juga jepun. Banyak gambar ibu aku dulu pergi luar negara dan tolong terjemahkan dari teks, buku, video dan bermacam lagi.

Akhirnya ibu berkahwin dengan ayah dan 2 tahun selepas berkahwin ayah suruh ibu berhenti dan jadi suri rumah sepenuh masa.

Ibu aku pun turutkan. Aku pun lahir, selang beberapa tahun kemudian adik aku lahir dan selang beberapa tahun kemudian adik bongsu aku pula lahir.

Pada aku dan adik beradik yang lain ibu seorang ibu dan isteri yang baik. Sebenarnya bila aku membesar tu memang dari didikan aku kecik lagi dah tahu yang ibu aku ni berpendidikan.

Dari kecil lagi ibu dah ajar sebut perkataan dengan penuh. Aku sekolah rendah ibu baca buku cerita bukan sahaja dalam bahasa Melayu tapi dalam Bahasa Inggeris. Sampai aku dengan adik-adik tak ada masalah untuk dapat A dalam exam untuk dua bahasa tu.

Kadang kalau kami tengok tv, tengok iklan ke atau film bukan dalam bahasa Melayu nanti ibu akan tolong terjemahkan dan siap kasitahu apa maksud dia dan contoh. Sedangkan bila kami sambung sekolah agama untuk tulisan jawi dan bahasa arab pun tak ada masalah memang hal bahasa ni ibu ajar kami sejak umur 5-6 tahun.

Tapi ayah aku tidak. Ayah aku dia selalu perli”, biar budak tu belajar bahasa Melayu cukup, nak mat saleh, mat saleh buat apa” kadang tu kalau ibu cuba cakap bahasa inggeris atau arab. Ayah aku tiba-tiba sinis cakap ibu ni menunjuk. Padahal ibu tengah ajar kami sambil tunjuk buku.

Kerja sekolah semua, hal belajar semua ibu yang teman dan ajar kami satu persatu-satu. Bila kami cuba tanya ayah dia marah cakap, “tanya ibu kau tu, aku mana tahu. Aku bodoh” bila aku kecik dulu tak ada apa sangat. Tapi bila dah makin membesar boleh nampak yang ayah aku ni dia insecure atau ada inferiority complex dengan ibu.

Lagi satu ibu dengan ayah ni kahwin bukan sebab jatuh cinta. Lebih kepada atuk aku ni terhutang budi dengan atuk belah ayah aku. Jadi di jodohkan. Jodoh yang makcik pakcik aku selalu cakap ‘paksa’. Makcik pakcik aku selalulah bergossip cakap.

Ibu aku ni dulu setiap bulan duit gaji masuk 5000. Pakcik aku siap cakap itu 90an. Kalau adjust inflasi berbelas ribu dia cakap.

Lepastu bila dah kahwin diorang cakap ayah aku pergi dekat atuk aku dan mengadu sambil pujuk dia suruh ibu berhenti kerja. Akhirnya ibu berhenti dan jadi suri rumah.

Sejujurnya ayah aku ni tak boleh kalau orang puji kami adik beradik dengan ibu. Padahal memang betul. Ajar ABC, 123 itu semua ibu yang ajar. Sedangkan karangan tu pun ibu yang ajar. Ibu bagi kami artikel surat khabar, majalah, buku dan kami baca sambil cuba buat karangan walaupun setakat 2-3 perenggan.

Ayah aku mana ada. Ibu minta dia jangan isap rokok dalam rumah pun dia tak peduli. Dia cakap, “ini rumah aku sukahati aku” setiap kali ayah balik rumah dan vibe dekat rumah terus terang tak selesa.

Tahun 2019, ibu meninggal dunia. Sebenarnya 2017 lagi ibu dah bertarung nyawa melawan kanser. Sayang, ibu tewas dan meninggal dunia pada hujung 2019. Tahun 2019 pada aku dan adik-adik aku adalah tahun yang paling buruk sekali. Cuma mampu menangis.

Tahun 2020 covid melanda. Waktu ni kami adik beradik semua duduk negeri lain sebab kerja pun di tempat lain. Sepanjang pkp tu sebenarnya benda yang paling banyak aku fikir ialah arwah ibu. Tengok gambar dan segala memori yang ada.

Aku selalu bayangkan hidup ibu kalau tak berkahwin dengan ayah macam mana. Adik aku selalu cakap kesian ibu. Dah jadi isteri dan ibu yang baik tapi dapat suami macam ayah aku.

Tak pernah cakap benda baik dekat ibu, puji ibu, selama aku hidup tak pernah sekali dengar ayah cakap terima kasih. Kalau ibu buat air, hidangkan makan tak pernah ayah aku cakap. “Terima kasih sayang”

Harijadi ibu dan kami adik beradik ayah tak pernah tahu. Bila ibu buat kek dan celebrate ayah aku selalu merengus cakap benda tak ada guna.

Ibu selalu cakap lemah lembut dengan ayah, “takpe benda setahun sekali bang” ibu buatkan ayah kek. Kami siap suprise cakap happy birthday waktu dia balik kerja. Dia marah, dia melenting dia menjerit.

Aku dengan adik-adik bila dah keluar rumah sambung belajar dan bekerja. Kami selalu taknak balik jumpa ayah tapi kuatkan hati sebab nak jumpa ibu. Bila ibu meninggal dan selamat di kebumikan. Balik rumah tu adik bongsu aku menangis.

Tiba-tiba ayah aku melenting cakap, “orang dah tak ada nak menangis apa lagi” melenting adik aku cakap, “diamlah kau dahlah orang tua bodoh”

Terperanjat kami semua dengan ayah aku. Sebab adik perempuan bongsu aku ni sebenarnya jenis yang memang tak banyak bunyi bercakap pun waktu dia nak je. Kadang satu hari tu nak dengar suara dia pun payah dekat sekolah setiap kali hari jumpa ibu bapa cikgu selalu cakap dia terlampau pendiam.

Sampai saudara mara ingat yang adik aku ni bisu. Melawan tu lagi lah tak pernah. Ayah aku sampai terdiam. Sejak covid tu kami memang jarang contact ayah. Selalu cuma tanya khabar makcik dan pakcik aku diorang sihat ke tidak.

Adik aku sendiri pun selalu cakap ibu kalau tak kahwin dengan ayah mesti hidup dia lain. Bila setiap kali fikir setiap kali tu juga rasa macam terlampau sedih.

Paling sedih pada kami bila awal tahun ni mengemas beberapa barang ibu dan jumpa sijil, diari, buku, gambar ibu dan segala nota ibu. Memang kami cuma mampu menangis.

– Imran (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *