Syurga Yang Tak Didambakan

Assalamualaikum semua.. Aku Bunga. Ya, sudah berkahwin. Baru melahirkan anak yang keempat. Sekarang tengah berpantang anak yang keempat.

Semasa mengandung, suamiku kantoi chat mesra dengan rakan sekerjanya. Aku tanya kenapa dia buat macam tu. Dia cakap sebab dia sunyi.

Hmm… entahlah kenapa nak sunyi sedangkan ada anak-anak yang boleh hilangkan kesunyian.

Sunyi sebab aku, bukan dia tak tahu orang mengandung ni macam mana… nak melayan alahan, kepenatan, perubahan emosi… dengan perut semakin membesar.

Sebelum ni pun dia pernah kantoi curang. Dia minta aku bagi peluang. Kali ni kantoi, dia dah tak minta peluang… bahkan nak ceraikan aku.

Patutlah masa aku mengandung, dia cakap nak ceraikan aku… sebab dia kata kami dah tak serasi. Mudahnya dia cakap macam tu. Dia yang kantoi, dia yang nak bercerai.

Aku alami perubahan emosi yang teruk disebabkan dia. Dengan alahan mengandung, dan teringat-ingat yang dia dah tiada perasaan pada aku… hancur hati aku. Aku sedih sampai nak gugurkan kandungan.

Akhirnya, aku nak jaga emosi aku. Aku cakap dengan dia, kalau nak ada perempuan lain, tunggu aku habis bersalin.

Sedih kan hidup aku? Menagih cinta dan kasih sayang seorang lelaki… ayah pada anak-anak aku. Sedangkan sudah 11 tahun aku bersama dengan dia, dari dia tiada apa-apa sehinggalah dia sekarang.

Aku berdoa siang dan malam untuk dia… sanggup hidup susah dengan dia. Selalu aku top-up mana yang kurang jika dia tiada duit.

Kini, aku tengah berpantang, tengah menunggu masa untuk diceraikan. Kadang-kadang aku menangis… menangis dalam pantang.

Orang nampak aku bahagia, bertuah ada suami macam dia. Hakikatnya… aku tengok muka anak-anak, aku menangis.

Aku rayu dekat dia… kalau nak bercerai, tunggu yang baru lahir ni berumur 2 tahun. Tapi dia tak nak…

Untuk pembaca sekalian… doakan aku kuat membesarkan anak-anak seorang diri. Doakan aku kuat… doakan aku kuat…

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. semoga Puan kuat, bersabar dan tabah dlm menghadapi ujian, setial kesusahan pasti akan ada kemudahan

  2. cuba puan amalkan al jabbar .. mana nak tahu ada keajaiaban untuk puan.. tiba2 Allah buka jalan untuk puan, suami x jadi cerai.. mohon padanya puan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *