Cold Violence Si Suami

Salam semua pembaca. Ini kisah aku dan suami yang dah masuk 5 tahun usia perkahwinan. 5 years itch bak kata Fazura, cuma bezanya Fazura selepas 7 tahun dan aku selepas 5 tahun dan macam sampai limit.

Kami suami isteri bekerja. Gaji suami sebulan RM2800 (kerja 8-5) tak termasuk kerja part time kalau ada waktu Sabtu dan Ahad. Suami ambik RM800 lebih suami serah untuk urusan rumah. Gaji aku pulak sekitar RM4K. Jumlah aku beri ke rumah sekitar RM2500. Jadi boleh lihat di sini anggaran perbelanjaan keluarga kami sebulan dalam RM4500.

Walaupun suami kerja part time dan duit yang dia bagi tu tak cukup dia tetap tak kan tambah. Aku bergaji 4K dan beri sedikit untuk rumah kelamin kami dan dalam masa yang sama bayarkan rumah yang mak ayah aku duduk sekarang. Family kami takda rumah, aku yang belikan dan aku bayar seorang. Baik sampai situ penerangan aku.

Usia perkahwinan 5 tahun, anak sorang dah 3 tahun dan sorang lagi baru nak masuk 4 bulan. Aku tak pernah berkira soal duit tambah2 lagi tentang anak.

Suami ada simpanan 10K, seratus pun dia tak hulur masa aku beranak swasta haritu. Dia simpan untuk beli 125z buat bawak pakai ride dengan kawan2. Tapi sembang dengan orang dia ada tolong aku sikit masa aku beranak swasta untuk anak nombor 2 ni. Sekarang ni aku tengok nak sembang hebat je mulut dia.

Kami bergaduh tapi aku tak ingat tentang apa dan suami sepak tong sampah sampai terkeluar semua isi dia. Laki aku kalau mengamuk lepas dia dah hempuk2 barang sepak itu ini, hasil dari sepakan tu dia memang tak kan kemas. Dia akan biar macam tu je.

Sebenarnya aku pun tak ingat apa sebab gaduh tu punyalah banyak kali gaduh. Jadi bila aku kena kemas sampah dia aku bising2 dan melarat sampai ke harini.

Start dari dia sepak tong sampah tu, semua kerja rumah dia tinggal. Contoh selalu lepas buang sampah dia akan terus ganti plastik sampah baru ni dia akan biar je kosong, lepastu kalau bangun tidur sebelum keluar kerja dia akan selakkan langsir waktu pagi dan waktu malam dia akan turunkan langsir.

Tapi jadi gaduh makin teruk bila aku tengah cuti bersalin dok tunggu2 dia kat rumah, masatu dia pergi lepak padang tengok orang main bola. Bila dia balik lambat aku bisinglah. Anak dua orang dah, dia pergi kerja aku jaga anak kat rumah. Aku sendiri pun dah takda masa nak bazir kat luar dia boleh pulak ada masa nak bazir.

Lepas pada tu lah yang dia start tinggal semua kerja rumah.

Selepas seminggu bergaduh pun tiada perubahan. Selalu kalau lepas aku masak dia akan cuci periuk dan kuali. Pinggan mangkuk dan dapur wajib kemas kalau tak dia bebel. Tapi kalini semua dia tinggal. Baju pun dia tak basuh kan. Kat rumah ni tugas lipat kain dan iron baju tu tugas aku.

Ni aku listkan kerja lain yang dia tinggalkan sepanjang bergaduh ya,
– sapu sampah
– ⁠basuh baju
– ⁠bukak dan tutup tingkap
– ⁠matikan semua lampu sebelum masuk tidur
– ⁠basuh botol susu dan botol air anak

Dia akan buat semua tu bila aku bebel. Contoh, botol susu anak tu tak boleh basuh ke? Ha barulah terkedek kedek basuh 1. Itupun hanya 1 je dia basuh. Lagi 3 dia biarkan.

Lepastu bila tanya, awak dah tak nak bukak tutup tingkap ke? Dia boleh jawab sukahati lah. Nak bukak, bukaklah. Nak tutup, tutuplah.

Yang aku rimas bila gaduh dengan dia, dia akan tinggal semua kerja rumah. Tahun ni anak aku tak sekolah (taska) lagi, lain tahun anak aku sekolah ada baju sekolah, then kalau dia merajuk tak berbasuh lah baju anak aku tu.

Jangan suruh aku buat semua kerja tu. Aku berbesar hati gunakan duit gaji aku untuk keselesaan keluarga aku maka aku memang expect dia pun akan tolong dalam kerja rumah.

Kerja aku pun banyak jugak, lipat baju, siapkan barang anak ke rumah pengasuh setiap hari, memasak hari2, buat bekal anak, mop rumah, sapu sawang, cuci bilik air dan kerja2 yang tak tersenarai tu aku yang kena buat. Dia tak kan buat.

Soalan aku sekarang, bila semua benda dia tinggal, oh ada satu benda dia baru buat semalam. Iaitu basuh baju. Sebab baju seluar kerja dia dah habis tu yang dia basuh. Baju baby aku sebakul dah tak basuh basuh lagi.

Semalam aku dah cuba cakap dengan dia. Kenapa macam ni apa punca gaduh dan sebagainya. Dia tak kan cakap. Kami dah 2 minggu tak bercakap mesra. Tapi dia bila cakap dengan anak mesra betul, cakap dengan adik beradik dia, dengan kawan sekerja memang lain. Gembira sangat.

Paling aku sedih bila aku call dia kat tempat kerja dia, dia akan cakap dengan gembira sambil ketawa ketawa. Bila balik rumah dia akan masam muka. Masuk je rumah selepas balik kerja terus dia masam muka.

Dulu aku selalu tertanya tanya, sekarang baru aku tahu dia ni menunjuk depan orang. Depan orang dia akan cakap baik2 dengan aku time gaduh. Bila kembali ke rumah kami dia ajan jawab mendatar, cakap sepatah sepatah je.

Kalau aku cerita kat orang perangai dia ni, orang memang tak kan percaya. Semangat setiakawan tinggi. Suka kawan2 pandang tinggi dia. Kalau tak dapat lepak dengan kawan sebab aku suruh jaga anak, di dendam nya dengan aku konon aku kacau life dia dengan kawan dia.

Dia kerja PO hantar2 surat semua, bukannya kerja buruh yang setiap hari naik bata buat rumah. Tapi tetaplah balik rumah je meratib penat. Petang tidur sampai maghrib, isyak bila dah bertenaga mulalah nak keluar jumpa kawan.

Bila aku tanya macam2 contoh bila nak balik dan sebagainya mula buat aku macam musuh yang nak kongkong2 dia. Aku tanya dia baik2 kot.

Dalam 2 minggu kami bergaduh ni, kami ada bersama sekali. Selalu lepas bersama kita akan okey sikit. Tapi kalini sungguh aku terasa. Aku dah bekerjasama sebab fikir mungkin layanan batin tak cukup, lepas je bersama keesokan harinya masih lagi cakap monotonous dengan aku. Cakap tak nak pandang.

Bila aku cakap tak pernah menyahut. Sampai aku geram sangat aku panggil dia Si Bisu. Sedih tau hidup macam ni. Tertekan sangat. Nasib baik aku kerja dan kat tempat kerja bila aku panggil orang, orang menyahut.

Dia nak apa sebenarnya aku tak tahu. Dah berbincang tapi takda jalan penyelesaian. Contoh bila aku tanya, dulu sebelum tidur boleh je tutup lampu semua then baru tidur. Sekarang kenapa terus masuk tidur. Dia boleh cakap, suka hati lah. Kalau nak tutup pergi lah tutup.

Aku marah terus aku cakap, kalau kamu rasa kamu bergaduh dan kamu terus tinggal semua kerja rumah jadi boleh tak saya pun tak bayar semua komitmen keluarga yang saya tanggung? Minyak kereta kamu isikan. Duit lauk kamu bayarkan. Alasan sebab merajuk. Dia diam.

Tapi esoknya dia masih lagi dengan sikap yang sama. Dia akan senyap tak mesra dan sebagainya. Malam tadi dia gosok2 lagi sambil aku tengah serabut tidurkan baby. Aku terus fikir dalam hati, untuk apa kalau malam ni main esok aku kena layan macam sampah lagi. Terus aku takda mood. Pelacur main pun dapat duit. Aku dapat apa?

Kerja rumah semua dia dah tinggal, tapi komitmen tetap aku kena bayar. Kalau aku tak bayar pun dia akan cakap potong je mana tak mampu tu. Dia tak kan tambah langsung even dapat duit dari kerja part time dia. Jadi macam macam mana pun tetap aku kena bayarkan jugak komitmen tu.

Sampai bila aku nak hidup macam ni. Aku perlukan tambahan duit RM2000 yang dia bagi setiap bulan tu baru aku boleh hidup macam sekarang. Tapi sedihnya fikir bila meneruskan kehidupan suami isteri ni disebabkan duit je.

Cuma bila kerja, ada anak baby lagi, kerja rumah dia dah tak nak buat, dengan kerja kat tempat kerja aku lagi… aghhhhhhhh tolong aku lemas dengan keadaan ni.

Apa patut aku buat?

– Puan Keliru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *