Salam. Aku keroncong. Aku perlukan bantuan dan nasihat dari mereka yang berpengalaman.
Bulan mei lalu, acc bank islam aku tiba-tiba kena block dan dikatakan ditutup atas arahan hq kerana ada laporan scam.
Aku pun blurlah. Mana pernah aku scam orang, lepas tu aku pergi ke bank islam, pihak bank islam minta aku ke balai polis.
Bila pergi balai polis, jumpa IO check no akaun tiada laporan. Dahlah tu akaun gaji, gaji memang tak dapat keluar. Mana tak down aku waktu tu.
Selepas tu aku tukar bank gaji ke bsn dan guess what, bsn pun kena block rentetan dari kes bank Islam yang belum selesai.
Bila aku tengok-tengok dan ke balai polis semula, eh ada laporan terhadap bank islam tetapi bsn clear.
Bila ingat balik, ada seorang klien yang aku lambat respons terus cop aku sebagai scammer.
Tarikh kejadian sangat ngam dengan kejadian bank aku kena block, masalahnya bila aku tanya dia report aku ke tak, dia tak mengaku. Dia kata akaun dia yang kena dengn scammer.
Pihak polis minta call NSRC tapi nak call punyalah susah, tak diangkat angkat. Pihak bsn minta tutup akaun dan aku tutup, duit gaji di dalamnya dapat diambil.
Sekarang, aku kena dapatkan report polis dan surat pengesahan dari bank bahawa aku tak dapat membuka akaun di mana-mana bank untuk aku memohon tukar cara gaji masuk menerusi cek sebab aku tetapi dari bulan 7, sampai sekarang, tak dapat-dapat.
Gaji bulan 7 tak masuk dan aku sangat stres sebab komitmen yang besar.
Bank Negara suruh rujuk Bank Islam dan Bank Islam lagilah, langsung diemel tak balas, pergi ke sana pun sama je jawapan dan call pun tiada guna. Sekarang aku nak tanya.
1. Apa aku patut buat untuk clear nama aku? Aku yakin aku ini mangsa yang dianiaya, tak pernah sewa kad kat sesiapa dan tak pernah scam orang. Boleh tak kita check nama pengadu di balai polis sebab nak tahu betul ke klien tu yang report?
2. Boleh sesiapa beritahu macam mana aku nak dapatkan surat pengesahan tak dapat buka akaun bank tu sebab aku betul betul perlukan surat tu sekarang?
3. Jika ada cara penyelesaian, mohon bantuan korang semua. Aku buntu.
Semoga Allah balas kalian dengan kebaikan, jika sudi membantu aku.
– Keroncong (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit