Hello, saya nak cerita mengenai planning perkahwinan kawan saya (N). Dan saya juga cerita pada pasangan saya untuk tengok pendapat dan pandangan dia.
Cerita dia begini, kawan saya ni dah buat plan nak berkahwin. Dia cerita pada saya tapi pihak lelaki masih tengah usaha dan belum ready. Masih tengah kumpul duit and stable kan career dia.
Saya kenal partner kawan saya ni sebab kami ni kawan satu tempat belajar dulu, tapi tak rapat sangat dengan lelaki tu sebab lain course tapi agak sering jumpa lah sebab kawan kan. Saya ni kawan baik kepada si N ni. So memang selalu keluar lah, kadang ada partner dia sekali, jadi saya tahu his current situation macam mana.
Ada satu hari ni si N ni bawa saya survey wedding hall. Saya tanya, planning macam mana? Dia kata entah tapi dia nak ikut dia. Maksudnya, belum confirm apa-apa tapi dia dah fikir pasal wedding hall nak buat majlis macam mana apa semua.
Then hall tu dalam anggaran 50k-80k untuk seribu pax. Which is bagi saya rakyat biasa-biasa ni agak SEDIKIT mahal. Kalau saya, anggaran saya hanya 30k sahaja itu pun bagi saya dah agak okay sangat2. Tapi saya taknak judge kawan saya, masing-masing ada preference sendiri, impian sendiri kan. Saya follow and teman je.
Then, balik tu dia dengan partner dia bergaduh besar. Like memang besar sampai lelaki tu cakap dekat kawan saya tu, “harap awak boleh cari lelaki yang lebih baik dari saya, yang mampu untuk capai apa yang awak impikan. Saya lepaskan awak.” something like that but actually lagi panjang apa lelaki tu cakap lah but cant remember.
Saya dah tahu puncanya mesti pasal wedding hall tu and planning kahwin, yang bermula, si N demand nak hall tu tapi lelaki tu balas “tengoklah ikut kemampuan”
Tapi kawan saya ni tak suka jawapan lelaki tu and terus cakap “what do you mean ikut kemampuan? Awak patutnya usaha lebih. Bukan just tengoklah2. Usaha lah, effort. Kerja, cant you just tidur 2 hours a day? Baru lah saya nampak awak bersungguh-sungguh nak kan saya” Disitu lah bermulanya pergaduhan.
Saya sudah nasihatkan kawan saya ni. Saya ada bagitahu N, partner dia ni baru tukar kerja belum stabil, gaji pun setakat fresh2 grad, kenalah faham. Lagi-lagi dia ni anak sulung, banyak commitmentnya.
Tapi tak kawan saya tetap dengan pendirian dia, hantaran 20k, hall 50-80k, mas kahwin 3 dinar, majlis nak asing-asing (means dua belah pihak nak ada masjlis). Dia kata, dia nak tengok lelaki usaha sungguh-sungguh untuk dapatkan dia. Baru dia nampak worth diri dia harga diri dia dekat mana.
Saya faham, perempuan nak lelaki yang usaha bersungguh-sungguh untuk halalkan dia, betul saya pun nak. Tapi kena juga ukur baju di badan sendiri. Faham keadaan orang lain, ekonomi sekarang. Bukan bermaksud rendahkan nilai majlis tu kita rendahkan nilai diri kita. Tapi dia masih berkeras.
Saya cerita juga pada partner saya. Respond dia begini “kalau I, I dah tinggalkan dah perempuan tu. Buang masa, buang tenaga. Apa ingat dia sorang je perempuan. Ada ramai lagi perempuan lah tak rugi pun.
Apa muka dia lawa sangat ke macam model untuk I usaha kan sampai macam tu? kalau lawa macam model ada lah semangat sikit. Ni muka kawan you tu biasa-biasa je, a bit terlebih untuk preference lelaki (which is kawan saya ni overweight). Menyusahkan, tak respect keadaan lelaki.
Perempuan ni jangan jual mahal sangat, bersyukur ada lelaki nak halalkan dia. Tengok muka biasa-biasa je macam awam. Perempuan ni ada tarikh expired. Nanti lama-lama dah tak ada nilai, sedar diri. Lelaki takpe, makin tua makin tinggi nilai. Perempuan sampai umur 40 dah monopous, mana ada orang nak. Beringat lah.”
Tapi saya a bit tak suka cara partner saya respond. Ada betul dia, tapi tak perlu kot untuk rendah-rendahkan “perempuan” atau “rupa” orang. Betul dia cakap, tapi saya macam “ouh kalau model, layak lah untuk dapat nilai macam tu? lol” hampir bergaduh ye saya dengan partner saya pulak.
Saya tak demand sangat, saya bende baik ni kita permudahkan urusan orang. Tapi saya tak setuju part perempuan makin tua main takde “nilai” amboi. Habis tu, mak-mak ni yang lahirkan anak-anak ni dah takde nilai lah? haih.
Saya cakap saya tak suka mindset macam tu. Then he was like dia betulkan balik statement dia. Then okaylah. Saya salah faham dengan statement dia.
Entahlah saya pun tak tahu macam mana nak nasihatkan si N ni, sebab itu yang dia nak. Dia kata, kalau partner dia tidur lebih 2 jam sehari maksudnya dia rasa partner dia rendah-rendahkan nilai dia.
Kenapa dia boleh fikir macam tu. Maybe dia tengok lelaki lain kerja keras, takde cuti langsung, buat overtime semua, kurang tidur, sambtu ahad kerja sampai malam, jadi dia pun nak lelaki dia macam tu. Macam orang boleh buat macam tu, usaha macam tu kenapa partner dia tak boleh? Saya faham je, tapi saya ni cepat kesiankan orang. Sifat empathy saya sangat tinggi.
Jadi pada saya, betullah takat kemampuan je okay, lagi pun kan untuk kebaikan dua-dua pihak kan? after kahwin perlukan duit untuk survive lagi. Mana tahu, after kahwin tak sampai setahun dah pregnant, duit lagi tu. Tapi entahlah. Lain orang, lain impiannya kan. Tapi kesian juga kalau kawan saya dengan partner dia tu berpisah sebab ni.
Saya faham kedua-dua belah pihak, saya perempuan. Saya faham kenapa perempuan nak macam tu. Tapi saya juga faham keadaan lelaki, sebab bagi saya nak cari duit tu bukan mudah lagi-lagi ada commitment bulan-bulan yang kena tanggung.
Saya perempuan yang macam tu, saya tak bergantung pada duit parents jadi saya tahu macam mana susahnya nak secure duit. Kadang ada something happen yang kita perlu gunakan duit yang banyak. Entahlah, saya pun masih struggle nak simpan duit, masih belajar.
Saya doakan baik-baik untuk kawan saya dan partner dia. Dan saya pun harap saya dihalalkan untuk masa yang singkat. Aamiin.
– inbox (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Waduh waduh… ini kalau anak saya nak bakal menantu macam N ni memang saya nasihat cari lain je.
Hagak2 lah nak suh tidur 2 jam sehari semata2 nak cari duit. Ermm..
Cakap kat N tu kalau bakal suami tu selalu tak cukup tidur, nanti kemungkinan ajal cepat sampai tu tinggi sebab saraf otak pecah sebab stres+tak cukup tidur. Nanti cepat pula N tu jadi balu.
Dan TT tak yah kesian pun kalau dorang pisah sebab ni. Kalau N tu rasa partner tu tak sesuai, kira tak sekufu lah tu, so baik pisah sekarang. Kot kalau kahwin nanti banyak pula timbul masalah yang sama macam nak hantar anak sekolah bagus2 mahal2 tapi suami tak mampu, hanya mampu hantar sekolah biasa. So better pisah je sekarang suruh dia cari laki lain yang sama mindset sampai dapat.
Kawan awak tu mmg tak patut la demand macam2. Elok kena tinggal. Kemain mintanya.
Partner awak pon elok ditinggalkan jugak. Nak komen, tapi menghina2. Nampak tak masa depan awak dah umur 40 nanti? Dia kata awak dah tak bernilai tau. What he thinks of other women is his reflection of what he thinks of you. Hati2.
NI namanye princess sindrome,
Betul lah apa yang partner awak cakap tu, makcik setuju sangat, kita perempuan ni kalau setakat muka awam, syukur sangat kalau ada lelaki yang ikhlas nak jadik kan kita isteri, jangan lar terpengaruh dengan social media, sampai hidup di luar realiti.
Pandangan umur 40 dah tak ada ‘value’ ni sangatlah stereotaip dan tak berasas. Nilai seseorang, lelaki atau wanita, tak pernah ditentukan oleh angka umur atau rupa paras semata-mata. Ramai je wanita umur 40-an, malah 50-an, yang bahagia, berkahwin,
atau memilih untuk single tapi hidup berjaya. Jodoh dan hubungan yang sihat dibina atas keserasian, tanggungjawab, dan saling menghormati — bukan pertandingan siapa lebih muda atau cantik.
‘Muka biasa-biasa’ pun ramai yang dapat pasangan hensem dan sayang sepenuh hati, sebab kecantikan akan pudar tapi hati yang ikhlas dan karakter yang baik akan kekal. Tak salah memilih walaupun umur meningkat, sebab semua orang berhak mencari pasangan yang sepadan dengan nilai dan prinsip hidup mereka
teringat kak su pada seseorang beberapa belas tahun yang lalu. dia dah tentukan bila kawin, suami kena sedia segala untuk dia. nafkah sekian amount. kalau tak, dia rela tak kawin. memang sampai sekarang pun tak kawin2 lagi. muka pun biasa2 je bukan level thropy wife.
kadang perempuan muka awam ni kena be realistic la sikit kan
setuju. yg muka cantik pulak ada yg diuji dgn sihir pelalau jodoh. ujian masing2
Tak semua orang nilai pasangan hanya pada rupa paras. Ramai je ‘muka awam’ yang dapat pasangan yang baik, hensem, dan mampu, sebab hubungan tu lebih kepada keserasian, tanggungjawab, dan hormat-menghormati. ‘Realistic’ tu bagus, tapi realistic bukan bermaksud kena rendahkan standard sampai terima je apa yang datang. Masing-masing berhak cari pasangan yang sepadan dengan nilai hidup mereka, tak kira rupa atau status. Rupa boleh pudar, tapi karakter dan akhlak tu yang kekal
Inilah akibatnya banyak sangat tgk DVD, haha BUTO punya Perempuan. nak bayar sendiri la JIBAI
Memang la kalau nak hantaran tinggi atau kahwin grand kena la seiring dengan usaha sendiri, tu aku setuju. Tapi bila kritik sampai kait rupa fizikal, umur, siap cakap ‘takde value’ tu dah lari topik.
Jodoh bukan pasal siapa paling lawa atau muda, ramai je muka biasa-biasa kahwin dengan pasangan yang hensem/berjaya sebab keserasian tu yang penting. Kalau nak bincang pasal demand hantaran tu, bincang la pasal sikap dan persediaan, bukan merendahkan orang ikut rupa atau umur