Salam, saya dan suami dah hampir setahun mendirikan rumah tangga.
Pada mulanya terasa sangat indah. Saya rasa disayangi oleh suami. Tapi satu masalah saya, selalu membangkitkan issue tentang majlis perkahwinan kami yang 90% diuruskan oleh mak mertua termasuk semua bayaran majlis tersebut.
Dia memaksa saya untuk setuju dengan package yang dia amik untuk buat majlis. Sedangkan saya dah beritahu suami yang kita bersetuju untuk adakan satu majlis gabung. Dan kami juga dah bagi tahu kepada mak mertua.
Tapi mak mertua buat keputusan tanpa saya, saya merasakan yang saya sendiri tak involve pun dalam majis perkahwinan saya sendiri.
Disebabkan saya tak nak permasalahkan saya ikutkan dan juga suami saya pun hanya diam kerana alasannya mak dia yang sponser.
Sampailah dah selesai majlis berkahwin saya duduk rumah mak mertua, jujur saya cakap saya memang masih sakit hati tentang majlis yang dah lepas tu. Jadi hubungan kami tidak begitu baik.
Saya selalu ungkit benda ni pada suami bahawa saya berasa trauma dengan majlis sendiri, tapi saya dipukul. Kerana saya selalu ulang ulang cakap tentang hal tu.
Saya sakit hati dengan suami kerana dia tak pernah cuba untuk memahami keadaan saya dan saya dianggap tak bersyukur dan mengatakan ramai lagi perempuan lain yang nak ada dekat position saya dan tahu bersyukur jika bersuamikan dirinya.
Hubungan saya dan suami on off sejak itu. Suami pun tak merasa akan ketenangan di rumah. Ada je setiap bulan topic bergaduh pasal mak dia. Mak dia tolong basuh baju, masak, kemas katil kami.
Saya bukan tak bersyukur tapi sampai bila? tak boleh ke bagi kami ruang buat sendiri. Saya pun nak ajar suami saya berdikari bila pindah rumah sendiri nanti.
Tak lama tu suami saya kantoi curang, Dia curang dengan perempuan lain dan ajak berhubungan badan. Sekarang saya dalam process untuk bercerai. Doakan saya kuat dan jumpa yang lebih baik. Aamiin..
– Diana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit