Serba Salah

Assalamualaikum semua. Saya mempunyai seorang anak buah yang berusia 8 tahun. Saya gelarkan anak buah sebagai Putih dan dia seorang budak lelaki.

Ayah Putih merupakan abang saya. Rumah mereka tidak jauh dari rumah keluarga saya, hanya selang beberapa rumah. Rumah kami ini dalam kawasan kampung.

Kes ini bermula apabila Putih menjadi panjang tangan, mencuri duit neneknya yang diletakkan di dalam handbag. Ketika itu neneknya sedang melihat TV, tapi perasan tingkah laku pelik Putih seolah-olah sembunyikan sesuatu dan cepat-cepat keluar dari rumah.

Hal ini ibu saya diamkan sehingga berlaku kes kecurian yang kedua, di mana Putih sekali lagi mencuri duit yang diletakkan di atas meja. Duit itu adik saya tinggalkan untuk membayar barang COD.

Untuk pengetahuan semua, rumah keluarga saya yang masih menginap di situ ialah ayah, ibu dan 3 adik-beradik perempuan yang berusia lingkungan 17–25 tahun. Waktu pagi hanya tinggal ibu dan ayah saya sebab yang lain pergi kerja dan bersekolah.

Berbalik kepada cerita di atas, hal ini ayah saya adukan pada abang tentang Putih mencuri duit. Abang ada tanya berapa jumlah yang dicuri itu. Ayah hanya cakap dalam RM50, padahal jumlah itu lebih besar. Lepas itu abang pulang dengan tergesa-gesa tanpa cakap apa-apa.

Kami adik-beradik mulanya memang geram dengan Putih, tapi keesokan harinya melihat pipi Putih seperti ditampar sehingga ada bekas tangan buat kami jadi takut,

Dan kami buat peringatan kalau ada apa-apa perkara yang melibatkan Putih, jangan mengadu pada abang. Abang sedikit panas baran, semua orang sedia maklum hal itu.

Lepas pada kejadian itu, apa-apa yang Putih buat kami hanya akan tegur dia tanpa libatkan abang.

Jiran pernah mengadu yang Putih sering melilau di kawasan rumah, kadang-kadang Putih kutip batu dan lempar dalam ruang tamu rumah jiran, suka pulas meter air rumah jiran. Kawasan kejiranan kami memang tak ada pagar rumah.

Yang paling geram, ibu pernah bersuara pada kakak ipar yang Putih suka panjat kereta jiran pijak cermin belakang. Reaksi yang diberikan oleh kakak ipar hanyalah, “Dia kan budak-budak.”

Hal yang paling memalukan adalah apabila Putih mengikuti abang pergi ke masjid. Di tepi masjid ada sebuah kedai runcit. Ketika jemaah sedang solat, Putih boleh pergi mencuri makanan ringan dan makan dalam masjid.

Abang merupakan jemaah masjid itu, jadi memang orang akan kenal. Yang beritahu Putih mencuri merupakan tuan kedai itu sendiri. Esoknya Putih ada datang rumah, tengok muka dengan kesan luka-luka, tahu bahawa Putih dipukul lagi.

Baru-baru ini berlaku lagi kecurian di rumah kami di mana telefon kedua adik perempuan hilang. Semua tempat dalam rumah dah cari, bila call telefon mati.

3 minggu kejadian berlalu, tiba-tiba terjumpa telefon itu bawah reban ayam jiran. Jiran tua itu bawa telefon ke rumah kami sebab dia ingatkan telefon itu terjatuh. Telefon itu pecah seperti dihentak oleh batu.

Kami adik-beradik memang terkejut tengok keadaan telefon itu. Tapi kami sekeluarga memang diamkan hal ini dari pengetahuan abang. Saya ada tanya pada Putih, dia tak mengaku, tapi air muka dia berubah setelah melihat telefon itu.

Kejadian yang membuat kami meletup ialah ketika smart watch adik bongsu hilang. Kebetulan ketika itu kakak kami dari Utara ada pulang ke rumah ibu. Kakak ada seorang anak kecil yang berusia 1 tahun 4 bulan.

Kami semua ingatkan anak kakak yang ambil jam itu buat main. Bila kami beritahu kakak, kakak kata, “Tak apa, nanti aku gantikan.” Kakak memang gantikan smart watch sebiji dengan smart watch adik bongsu yang hilang itu.

Hal ini tak habis di sini, ya. Ketika ibu kemas kawasan pokok jambu dan sapu daun-daun kering, pokok jambu itu sedikit rendang jadi bila nak sapu bawah pokok itu terpaksa menunduk sedikit.

Sedang ibu sapu daun-daun kering itu, ibu terkait sekali smart watch adik bongsu yang hilang itu. Keadaan sama macam telefon — screen smart watch itu pecah hancur.

Kami memang tak sangka langsung Putih akan bertindak sehingga begini. Hal ini memang kami tak boleh tutup mulut sebab melibatkan harta benda yang harga beratus ringgit.

Bila kami adukan pada abang, Putih dipukul depan mata kami. Bila kami cuba tenangkan abang, kakak ipar boleh cakap, “Jangan masuk campur hal keluarga aku.”

Saya cakap, “Takkan nak pukul sampai mati si Putih.”

Kakak ipar membalas dengan cakap, “Kau kan kuat mengadu.”

Sampai tahap macam itu sekali kami dicop. Salah ke kami cuba pertahankan harta kami? Orang lain yang mencuri, orang lain yang ganti. Entahlah, kadang-kadang rasa hormat dan sabar kami ada batasnya.

Perangai kakak ipar yang selalu back up anak dia dengan alasan perangai budak-budak memang macam ini. Perangai Putih memang pelik — kadang-kadang berak dalam longkang rumah ibu, bila beritahu kakak ipar dia cakap, “Basuh jelah, jangan banyak bunyi.”

Kadang-kadang malas dah nak ambil tahu pasal mereka, tapi memikirkan masih ada pertalian saudara buat kami serba salah.

– Cik Anggur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Putih ni macam ada gangguan mental atau ada masalah psikologi. Boleh bawa jumpa pada psikitari atau kaunselor.

  2. please help Putih urgently.
    dia perlukan bantuan doktor, rasanya ada masalah pembelajaran. kalau boleh kenalpasti awal, mungkin boleh ubah masa depan dia dari jadi mangsa pukul.
    please…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *